Assalammualaikum
Menu petang sabtu kami....
Durian Crepe...
Berjalan2 dari satu blog ke satu blog, ramai yang dah cuba buat crepe durian ni malah ramai juga yang menjualnya. Terpulang aje kepada tahap kerajinan yang nak membuatnya. Sabtu lepas selepas hantar anak2 gi kumon, Amy dan en hubby gi membeli durian kat Pandan Jaya... dah lama tak makan durian.
Petang tu apalagi tak melepaskan peluang nak mencuba salah satu resepi durian crepe ni yang Amy salin dari blog kak Azlita. Amy suka sangat tengok blag kak Azlita tu... gambar2 makanan kat situ semuanya cantik2 lepas tu rasa terliur aje. Kepada Kak Azlita, terima kasih banyak2 kerana sudi kongsi resepi yang sedap2.
Nasib baiklah Amy tak double kan adunan ni... satu adunan Amy dapat 16 ketul dan..... dan.. Anak2 Amy tak makan pun huhuhu... kaler hijau punya pasal. Dah lah Amy dan en hubby yang kena habiskan. Nasib baik en hubby tu suka. Bertambah2 Kg lagilah jawabnya.
DURIAN CREPE / DURIAN PANCAKE
By : Fatmah Bahlawan
Rujukan : Hesti
250 gm tepung gandum
3 biji telur
500 ml santan
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh pandan emulco
1 sudu teh pewarna hijau
Satukan semua bahan di atas di dalam bekas
Kacau rata
Masukkan dalam blender dan kisar
Kemudian tapis
Sediakan kuali leper untuk membuat crepe yang tidak melekat
Panaskan hingga kuali benar-benar panas
Oleskan sedikit minyak pada kuali
Kemudian kecilkan api
Tuangkan satu senduk kecil ke dalam kuali dan masaklah adunan tadi hingga menjadi crepe
Adunan tak perlu di balikkan
Bila permukaan atasnya dah kering terus angkat
Buat sehingga habis
Biarkan sejuk.
Durian Filling
By: Nia Kurniasih
Rujukan : Hesti
1 cawan Non dairy Whipping Cream
Isi durian secukupnya
Pukul Whipping Cream dalam mixer hingga kental
Pisahkan isi durian dari bijinya. Lumatkan sedikit
Amy Kongsikan kat sini gambar dari blog kak Azlita... cantikkan gambarnya.
Bentangkan 1 keping crepe
Letakkan Whipping Cream di tengahnya
Letakkan isi durian
Tutupkan semula dengan Whipping Cream
Lipatlah crepe
Kemudian simpan dalam peti ais sebentar
Enak di hidangkan dingin
Selamat Mencuba...
perkh terliur.... sedapnyer skrg ni sana sini org cite psl crepe nih... nk membuat sndiri mmg mls lah, dhla kalu nk bt kene bt banyak... hehehhe
ReplyDeleteHamboi...menarik betul nampak nyer!
ReplyDeletemamavogue pun suka tgk blog kak Azlita.
suka lelehkan air liur sendiri..hihi
rajinnye..)) kaler nampak cantik sangat. mesti sedap..
ReplyDeleteKena rajin dan gigih buat baru lah dapat Amy. Kenapa pulak anak-anak tak suka kuih hiju ke Amy. Cantik tu...
ReplyDeletewah sedap tu cuma KA x mkn durian ler, boleh cuba guna yg len kan
ReplyDeletememang sedapppp sgtkannnnn
ReplyDeleteamboi...rajinnya amy.....mintak sikit boleh....
ReplyDeleteamy..klu ank2 akk masa kecik2 dulu pantang je kue warna hijau sume dorang nak..arina lak sampai skrg umo 6 thn masih lg mcm tu..bila dah rasa x sedap baru dia tolak ketepi..
ReplyDeletejadi juga amy buat
ReplyDeleteakk x pandai dikkk
dan malassss huuhuh
nak beli macam dah frust gituu huhuh
Sedapnyer nmpak...nk copy yek akak...nk try wat kat umah:-)
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteCantik warna dia,nampak macam sedap ja he.he..kak Ros tak pernah rasa lagi DURIAN PANCAKE ni..nanti boleh la try buat..