Apam dot-dot .. apam dinosour .. apa2 ajelah.


Assalammualaikum...

Skang ni bila petang aje hujan.. hujan lebat + angin kuat membuatkan Amy tak berani nak biarkan baju kat ampaian, kalau tak kering lagi Amy rela sidai kat dalam rumah... 

Petang Isnin yg lepas hujan punyalah lebat, angin pulak (rumah Amy yg paling hujung) bila lalu rumah Amy bunyinya kadang2 buat amy kecut perut.  Banyak dahan pokok yg serkah dan ada jugak pokok yg patah.. bukan tumbang tau. Pokok patah tu pulak dah hempap kete yg paking kat tepi dia... nasib baik kete tu tak apa2.

Membebel pulak Amy pepagi ni... hihihi. Dah lama benar Amy tak buat apam dot-dot ni... Amy rasa dia ni ada byk nama antaranya Apam dino (sbb rupanya mcm telor dino kot). En hubby dah byk kali minta buatkan tp hari Ahad hari tu baru dapat tunaikan.. 




Sekali terlebih kaler daaa...


Resepi ni Amy dah tak ingat ambik kat mana sbb dah lama benar. Kepada tuan punya resepi, Amy minta izin sharekan kat sini ye..


Apam dot-dot/apam dino..

Bahan-bahannya:

3 biji telor,
200g gula halus,
275g tepung gandum,
3 sudu teh baking powder,
1 sudu teh ovellete ,
Filling secukupnya (masuk dlm piping beg),
150g susu segar- boleh ganti ngan susu sejat,
pewarna & esen vanila.

Cara-caranya:
1. Pukul telor dan gula sehingga kembang dgn kelajuan maksima selama 10 minit.
2. Masukkan susu, ovellete, esesn vanila dan pukul lagi.
3. Masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak bersama sedikit demi sedikit.
4. Bahagi-bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan ikut suka.. hihihi.
5. masukkan kedlm piping beg dan picitkan kedlm mangkuk kertas yg telah diletakkan di dlm acuan lompang.. Amy guna acuan tart.
6. Picitkan filling secukupnya.
7.Picit lagi adunan sehingga 3/4 penuh, kemudian dotkan ngan aduan kaler lain.
8. Kukus di dlm periuk kukus yg telah di panaskan terlebih dahulu.
9. Api jangan besar sgt nanti merekah.

Amy malas buat apam ni sbb banyak cerita dia dan Amy tak kuasa nak berdiri lama, tu yg lama tak buat.

Bila dah terlebih kaler... dah lah nampak garang.




Ice Cream Cake Utk Nasiim...

Assalammualaikum...

Ada banyak yg hendak Amy ceritakan tapi memandangkan waktu sangat terhad bertangguh2 jadinya last-last jadi cerita basi. Pagi ni sementara menunggu kain dalam mesin tu siap Amy ambik kesempatan menyengah blog sekejap..

Sebelum ni Amy ada ceritakan Nasiim dah jemu makan kek.. puas memikirkan kek apa yg dia akan makan. Masa singgah kat blog Rehal ternampak pulak gambar ice cream cake + ada pulak cara2 nak membuatnya... apa lagi macam org mengantuk disorongkan bantallah jadi nya hihihi.



Tak nampak pulak muka clown ni...  cis semuanya pandang belakang.


Senang rupanya buat kek ais krim ni... Amy yg keras tangan ni pun boleh buat. Walaupun hasilnya tak seberapa tapi bolehlah... sendiri yang nak makan bukan nak jual. 


Nasib baiklah Amy dah buat kek asas dulu... Mula2 Amy ingat nak masukkan semua bacuhan kek tu dlm satu loyang tapi penuh sangat tu yg gambar yg tgh tu comot sbb lepas tu Amy tuang separuh ke dlm bekas yg no1 tu. Kek yg tgh tu tak cantik sbb Amy letak suhu dia mcm Amy bakar kek biasa ... jadilah mcm tu... yg kedua Amy rendahkan lagi suhu dia... Amy pun tak sangka jadi cantik pulak. Ni pertama kali jadi cantik kek coklat yg Amy buat hihihi. Resepi ada kat n3 yg sebelum ni tp klu malas sila klik di sini aje.

Gambar yg ketiga tu hasil keras tangan Amy yg dah disejuk bekukan.... hahaha tak cantik sungguh. Bila dah kena make up nanti dah tak nampak kannnn. 




Bahan bahan yg diperlukan..

Kek asas/span (Amy punya coklat),
Ice Cream.. ikut suka (Amy beli yg ada tiga sekali tu),
Whipping Cream- non diary (Amy guna rich),
bahan utk hiasan..

Untuk lebih detail tentang resepi dan cara-cara nak buat ice cream cake ni silalah  klik di sini.  

Puaslah mencari idea nak buat kek utk si kecik tu.. selalunya dia kalau pasal ice cream laju aje tapi bila dah jadi kek dia tetap tak hinggin jugak... nasib baik mamanya tak naik hanggin. Amy tak taulah tahun depan nak buat apa pulak utk dia.



Nota kaki : Terima kasih kepada yg sudi menyinggah kat sini,
                   nanti Amy akan slow2 buat BW hari ni... tungguuuuu



Kek Asas Coklat Moist..

Assalammulaikum...

Pening kepala bila memikirkan nak buat kek apa utk hari jadi Nasiim nanti... si Nasiim ni pulak dah tak makan kek, dah muak agaknya. 

Dari satu blog ke satu blog Amy menyinggah utk mencari idea dan resepi baru last jumpa resepi kek asas coklat moist kat blog kak Azlita. Terima kasih kepada Kak Azlita kerana sudi share resepi kek asas coklat moist yang sedap.

Tak sia-sia mencuba ... kek ni lembab, sedikit padat dan berat. Kalau nak buat kek hiasan bolehlah potong kek tu kepada beberapa kepingan berdasarkan keperluan. 


kek asas coklat

Kalau nak makan kek ni aje tanpa sebarang topping pun sedap. 

Kek Coklat Lembab/Choc Moist Cake

Bahan A
300 gm tepung gandum
100 gm serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat


Satukan semua bahan

Kemudian ayak
Ketepikan 


Bahan B
3 biji telur A saiz
400 gm gula kastor
1 sudu teh esen vanilla

Bahan C
250 ml susu cair
250 ml minyak jagung

Untuk mendapatkan kek yang lebih moist dan lebih lembut, bolehah tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis. 

Bahan D
250 ml air panas

Satukan semua bahan B
Pukul hingga putih
Masukkan minyak dan susu cair, jika nak lebih moist boleh tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis
Pukul hingga sebati

Boleh pukul dengan Hand Mixer atau Stand Mixer, kalau guna Stand Mixer guna pemutar bentuk belon.
Masukkan bahan tepung yang telah diayak tadi sedikit-sedikit dan kaup balik adunan dengan spatula.

Jika adunan banyak dan tak larat nak kaup balik dengan spatula, boleh masukkan dalam Stand Mixer dan gunakan pemukul macam gambar di atas. Letak pada speed paling perlahan sekali. Putar sehingga ia sebati aje, jangan lama kerana nanti banyak udara terperangkap dalam adunan kek dan kek kita berlubang-lubang bila kita potong.

Adunan yang telah dikaup balik dengan spatula
Tambahkan air panas dan gaul rata
Adunan yang telah di gaul rata
Tuang adunan dalam loyang bulat atau empat persegi ukuran 8 inc yang telah di gris dan di lapik dasar loyang dengan kertas minyak

Bakar adunan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C
Masa pembakaran 1 jam sehingga 1 jam 1/2 bergantung kepada kepanasan ketuhar.
Untuk memastikan kek telah dibakar sempurna, cucuk tengah kek secara sendeng dengan lidi bersih.
Bila lidi keluar licin, ini bermakna kek telah di bakar sempurna.
Jika tidak tambahkan lagi masa membakar.


Kejadian kek banyak bergantung pada suhu oven kita, pastikan kita faham kelebihan dan kekurangan oven kita.
Kebiasannya untuk membakar kek kita hendaklah letakkan kek di rak tengah dengan api atas dan bawah di gunakan. Suhu oven pula dari 160C ~ 180C bergantung pada jangka hayat sesuatu oven itu.
Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran kek, kerana ia akan membantutkan pengembangan kek kita nanti.
Selepas 1 jam buka oven dan cucuk dulu dengan lidi, jika belum masak bakar lagi 15 minit. Jika selepas 15 minit berlalu tak masak lagi tambah 15 minit lagi. 

Selamat mencuba...

Donut kentang... Kejap aje dah licin.

Assalammualaikum....

Hari ni masak yg ringkas aje.... ayam panggang rosemary. Mananya tak ringkas... ayam, kentang dan tomato masuk aje sekali. Kebetulan ada jagung.. apa lagi buat jagung bakar pulak... sapu butter pada jagung sikit pastu masuk dlm oven. 

 Teringat pulak smlm Amy ada salin resepi donut kentang. Resepinya senang dan bahannya pun ada. Sementara tunggu dia naik Amy gi ambik budak sekolah dulu.



Balik dari sekolah terus bersilat ngan donut ni. Kejap aje dah siap masak. Anak-anak Amy pulak... panas donut tu pun belum hilang lagi dah dikerumunnya padahal sebelum tu dah mkn tengah hari. Masa tu jugak dah abis, nasib baik sblm tu Amy sempat asingkan sikit utk en hubby.

Bila dah petang ni Amy rasalah sikit donut en hubby tu... sedap dan masih lembut dan gebus lagi. Selalunya donut yg Amy buat tu bila dah sejuk aje dia dah liat. 




Di sini Amy sharekan resepi donut kentang ni....


DONUT KENTANG CITARASAWAN

resepi: kak Wan

Olahan: Izah

200 gm tepung gandum
1 1/2 sk yis segera mauripan
100gm ubi kentang
1 sudu besar susu pekat manis
50gm gula halus
1 1/2 sb mentega
1 biji telur kuning
1/2 sudu teh garam
60ml air
Gula ising untuk salutan
Minyak untuk menggoreng


Cara-cara :
1. Kupas kentang, rebus hingga empuk dan lenjek hingga halus ketika masih panas. Sejukkan.
2. Satukan tepung, gula dan yis, gaul rata. Masukkan kentang lenjek dan bahan bahan lain kecuali air. Gaul hingga rata dan masukkan air sedikit demi sedikit dan uli
hingga menjadi doh yang lembut dan elastik.
3. Rehatkan adunan selama 15 minit dan tutup dengan kain / plastik sehingga
mengembang.
4. Canai dan terap dengan acuan donat dan letak di atas dulang yang ditabur sedikit
tepung. Rehatkan selama 20 minit lagi hingga mengembang
5. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.
6. Salut dengan gula halus atau coklat mengikut suka.



Selamat mencuba...



Sambal tumbuk ikan bilis...

Assalammualaikum

Semalam pukul 5:30 ptg dah macam pukul 7 lebih... dah gelap. Nasib baik masa ambik Faris semlm bawa payung kalau tak mesti basah kuyup. Pagi ni pulak mendung aje... 






Tiba-tiba teringat pulak sambal tumbuk yang selalu arwah abah buat dulu... kalau makan ngan bubur pun best jugak, lagi pun dah lama tak buat bubur nasi.



Dulu  arwah abah selalu buat dua kaler satu kaler hijau satu kaler merah. Bukan letak kaler tau tapi cili api merah dan cili api hijau. Sambal ni di goreng dulu bahan2nya baru ditumbuk. Setiap kali arwah abah buat mesti amy makan banyak... sampai sakit perut pedas punya pasal.  



Sambal Ikan Bilis Tumbuk...

Cili padi -Kalau tak nak pedas letak sikit aje.
                Amy hiris sikit supaya nanti tak meletup
Bawang merah - di hirisAmy guna bawang besar.
Bawang putih- di hiris
Ikan bilis 
Garam secukup rasa..

Caranya....

Gorengkan bahan bahan di atas satu persatu pastu tumbuk dan jangan lupa letak garam ... dah siap. 

Gu Family Book... Citer baru niiii

Assalammualaikum...

Drama Korea lagi... ni kes tak de idea nak buat n3 lagi ... hihihi. Jangan marah ye..

Drama ni baru 2 episod, minggu ni baru start. Drama ni macam biasalah kisah cinta, citer dolu-dolu dan watak utama dia half manusia half beast. Hahaha mesti ada part yg mengarutkan.


Amy suka gambar ni sbb mata dia boleh tukar2 kaler. Cer tengok lama sikit....


Nampak tak.....

Sebelum ni Amy tengok si Lee Seung Gi ni berlakon dlm citer The King 2 Heart tu... ala yg jd king tulah..



Profile

  • TV Show: Gu Family Book
  • Revised romanization: Gugaui Seo
  • Hangul: 구가의 서
  • Director: Shin Woo-Cheol
  • Writer: Kang Eun-Kyung
  • Network: MBC
  • Episodes: 24
  • Release Date: April 8 , 2013 --
  • Runtime: Mondays & Tuesdays 22:00
  • Language: Korean
  • Country: South Korea



Plot

         Gu Wol Ryung (Choi Jin-hyuk) was the gurdian god of the Jiri Mountains. Yoon Seo Hwa (Lee Yeon-hee) was sent to a gisaeng house with her brother Yoon(Lee David) and their maidservant Dam (Kim Bo-mi) after their father was executed. When Seo-hwa was tied to a tree to be brought shame, Wol Ryung watched her. He watched and debated over whether he should untie her. After fighting with the monk Sojung (Kim Hee-Won), he finds that she has already been untied and was being prepared for a night with Jo Gwan-woong (Lee Sung-jae). Seo Hwa was horrified to find that out because Gwan-woong was the man who killed her father. Just before meeting him, Yoon comes up with the plan to swap Dan and Seo Hwa's position, allowing them to run away.

         Instead, Dam is made to meet Gwan-woong while the two siblings run in the forest. Seo Hwa and Yoon split there. Seo Hwa was taken care of by Wol Ryung having he had fallen in love with her. Wol Ryung keeps secrets from her (Dam had hung herself and Yoon was captured and hung as well. He didnt tell her that he was a divine creature as well) so she becomes angered with him. She turned herself into the officers and they kill Wol Ryung believing that he just wanted to manipulate her.
         She sooned regretted everything but then she was pregnant. She gave birth to her child. Seo Hwa then put the child into a basket and in a river. Moo-sol, a nobleman who happened to be near, took him in and named him Kang Chi (Kang - River / Chi -Thrown away).
         Choi Kang Chi (Lee Seung Ki) then grew up to be an outspoken character who’s full of curiosity. He realizes that he’s a half-human-half-beast through a certain incident and starts living his second life. Dam Yeo Wool (Suzy) is a master of martial arts and archery. Yeo Wool is an upright character who really values the Three Bonds and Five Relationships in Confucianism, and becomes an instructor at a martial arts center at a young age.

[edit]


   Cast

Gu Family Book-Lee Seung-Gi.jpgGu Family Book-Bae Suzy.jpgGu Family Book-Yoo Yeon-Seok.jpgGu Family Book-Lee Sung-Jae.jpgGu Family Book-Jo Sung-Ha.jpg
Lee Seung-GiBae SuzyYoo Yeon-SeokLee Sung-JaeJo Sung-Ha
Choi Kang-ChiDam Yeo-WoolPark Tae-SeoJo Gwan-WoongDam Pyeong-Joon
Gu Family Book-Jung Hye-Young.jpgGu Family Book-Lee Yoo-Bi.jpgKim Hee-WonGu Family Book-Lee Yeon-Hee.jpgGu Family Book-Choi Jin-Hyeok.jpg
Jung Hye-YoungLee Yoo-BiKim Hee-WonLee Yeon-HeeChoi Jin-Hyeok
Cheon Soo-RyunPark Chung-JoSojung Beob-SaYoon Seo-HwaKoo Wol-Ryung
Additional Cast Members:


Nine: Nine Times Time Travel...


Assalammualaikum...

Hari ni Amy nak share drama Korea yg buat Amy ternanti-nanti tiap2 minggu.  Drama ni dah episod 10, tiap2 minggu dia kuar 2 episod. Macam biasalah kalau drama yang Amy tunggu mesti citer cinta + mcm citer donggeng tapi bukan donggeng... mcm maner nak terangkan ye?. Kali ni time travel lagi macam drama Faith dan Time Slip Dr. Jin tu.

Drama ni Amy tengok kat Gooddrama dan Dramacrazy



Nine: Nine Times Time Travel

Nine- Nine Times Time Travel-p1.jpg

Profile

  • TV Show: Nine: Nine Times Time Travel (literal title)
  • Hangul: Nain: Ahob beonui Shiganyeohaeng
  • Revised romanization: 나인: 아홉 번의 시간여행
  • Director: Kim Byung-Soo
  • Writer: Song Jae-JungKim Yoon-Joo
  • Network: tvN
  • Episodes: 20
  • Release Date: March 11, 2013 --
  • Runtime: Mondays & Tuesdays 23:00
  • Language: Korean
  • Country: South Korea

Plot

Park Sun-Woo (Lee Jin-Wook) works as an anchorman at a TV broadcasting station. He is in love with newsreporter Joo Min-Young (Jo Yoon-Hee), who is bright and honest. Park Sun-Woo then obtains 9 incense items, which allows him to go back 20 years in time. Park Sun-Woo travels to the past.
....
CBM reporter Min-Young (Jo Yoon-Hee) is in the country of Nepal, covering an expedition team as they attempt to climb Annapurna Mountain. Min-Young hears that senior reporter Sun-Woo (Lee Jin-Wook) is set to arrive in Nepal and goes to the airport to welcome him.
Suddenly, Sun-Woo kisses Min-Young. This is shocking to Sun-Woo, because she confessed her feelings for him, but he didn't seem to care. Sun-Woo asks Min-Young to live together for only 6 months.
Meanwhile, Sun-Woo goes to the police station and confirms that the frozen body is his older brother Jung-Woo (Jeon No-Min). Sun-Woo blames himself, because he saw Jung-Woo shortly before his death and he looked like something was wrong.
That evening, Sun-Woo can't go to sleep. At that moment, he sees something unbelievable.

Park Sun Woo is given nine chances to travel back in time to solve a crime that happened 20 years ago. However, this is not without consequences as his involvement in the past effects the lives of many including his.

Notes

  1. "Nine: Nine Times Time Travel" takes over the tvN Mondays & Tuesdays 23:00 time slot previously occupied by "Flower Boy Next Door" and followed by "Flower Boy Dating Agency" May, 2013.
  2. Filming begins January 9, 2013.
  3. Director Kim Byung-Soo and screenwriter Song Jae-Jung previously worked together on tvN drama series "Queen In-Hyun's Man"

Cast

2012
Nine- Nine Times Time Travel-Lee Jin-Wook.jpgNine- Nine Times Time Travel- Jo Yoon-Hee.jpgNine- Nine Times Time Travel-Jeon No-Min.jpg
Lee Jin-WookJo Yoon-HeeJeon No-Min
Park Sun-WooJoo Min-YoungPark Jung-Woo
Nine- Nine Times Time Travel-Kim Hee-Ryeong.jpgNine- Nine Times Time Travel-Jeong Dong-Hwan.jpgNine- Nine Times Time Travel-Lee Eung-Kyung.jpg
Kim Hee-RyeongJeong Dong-HwanLee Eung-Kyung
Son Myung-HeeChoi Jin-CheolKim Yoo-Jin
1992
Nine- Nine Times Time Travel-Park Hyung-Sik.jpgNine- Nine Times Time Travel-Seo Woo-Jin.jpgNine- Nine Times Time Travel-Kim Hee-Ryeong1.jpgNine- Nine Times Time Travel-Park Moon-A.jpg
Park Hyung-SikSeo Woo-JinKim Hee-RyeongPark Moon-A
Park Sun-WooPark Jung-WooSon Myung-HeeSung Eun-Joo
Additional Cast Members:






[edit]

Skateboard..

Assalammualaikum...

Tercapai jugak permintaan budak2 ni nak kan skateboard.  




Amy tak tau kat maner nak cari skateboard ni, kat Jaya Jusco yang ada pun dekat RM100 yang kecik sekali dekat RM50. Amy jumpa skateboard ni kat Sg Wang... mula2 tanya harganya RM80 kami minta 2 utk RM100. 

Amy manalah tau pasal skateboard ni, masa kecik2 tak pernah jumpa pun. Rupanya kat JJ ada jual yg mcm ni jugak tp roda dia spesis lain ...  lagi murah tak sampai RM40 (tulah ari tu tak tengok betul2 kan dah terkena).







Irfan kejap aje main pastu sambung tengok cartoon. Tinggal si Faris ni aje.


Amy suruh diorang main kat depan rumah aje. Amy atau en hubby akan jaga kat situ... takut terlangar org pulak. Diorang boleh main kat tingkat 6 tapi Amy malas nak turun naik lif.







Sikit-sikit tu bolehlah.... mahirnya belum lagi.


Nasiim cuti lagi...

Assalammualaikum...


Hari ni Nasiim tak pergi sekolah lagi, hari Jumaat lepas dia tak gi sekolah sbb demam... hari ni pulak kaki sakit.





Minggu lepas dia ada bagitau Amy kaki dia terkena paku. Pelik jugak.. mana datang paku. Rupanya dia terkena paku kat skirting yg Amy tanggalkan masa nak pasang wallpaper dulu. Lepas tu Amy pun dah terlupa... dia pun tak de cakap sakit sampailah semalam. Masa dia main ngan ayahnya, ayahnya ternampak ada benjol kat kaki dia. Belek punyak belek rupanya dah ada nanah, apalagi terus gi klinik. 






Kat klinik doktor tak 'injet' pun cuma spray ngan sray yg sejuk tu. belah sikit aje pastu dah siap. Nasiim kata tak sakit pun sejuk aje.



Inilah paku tu... tak sangka pulak dia boleh gi main kat situ . Paku tu kat dinding bukanya kat lantai, Amy biarkan sbb nak lekatkan balik skirting tu.



Masa Amy beli rumah ni.. almari baju tu memang dah ada.Skirting  tu diorang potong sbb nak lekatkan almari tu ke dinding. Amy pulak sbb nak pasang wallpaper, Amy tarik almari tu. Nak cari skirting baru yg panjang sampai ke hujung tapi tak jumpa2 lagi. Kat maner nak cari skirting ni? Ada ke diorang jual skirting aje?