Kek Asas Coklat Moist..

Assalammulaikum...

Pening kepala bila memikirkan nak buat kek apa utk hari jadi Nasiim nanti... si Nasiim ni pulak dah tak makan kek, dah muak agaknya. 

Dari satu blog ke satu blog Amy menyinggah utk mencari idea dan resepi baru last jumpa resepi kek asas coklat moist kat blog kak Azlita. Terima kasih kepada Kak Azlita kerana sudi share resepi kek asas coklat moist yang sedap.

Tak sia-sia mencuba ... kek ni lembab, sedikit padat dan berat. Kalau nak buat kek hiasan bolehlah potong kek tu kepada beberapa kepingan berdasarkan keperluan. 


kek asas coklat

Kalau nak makan kek ni aje tanpa sebarang topping pun sedap. 

Kek Coklat Lembab/Choc Moist Cake

Bahan A
300 gm tepung gandum
100 gm serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat


Satukan semua bahan

Kemudian ayak
Ketepikan 


Bahan B
3 biji telur A saiz
400 gm gula kastor
1 sudu teh esen vanilla

Bahan C
250 ml susu cair
250 ml minyak jagung

Untuk mendapatkan kek yang lebih moist dan lebih lembut, bolehah tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis. 

Bahan D
250 ml air panas

Satukan semua bahan B
Pukul hingga putih
Masukkan minyak dan susu cair, jika nak lebih moist boleh tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis
Pukul hingga sebati

Boleh pukul dengan Hand Mixer atau Stand Mixer, kalau guna Stand Mixer guna pemutar bentuk belon.
Masukkan bahan tepung yang telah diayak tadi sedikit-sedikit dan kaup balik adunan dengan spatula.

Jika adunan banyak dan tak larat nak kaup balik dengan spatula, boleh masukkan dalam Stand Mixer dan gunakan pemukul macam gambar di atas. Letak pada speed paling perlahan sekali. Putar sehingga ia sebati aje, jangan lama kerana nanti banyak udara terperangkap dalam adunan kek dan kek kita berlubang-lubang bila kita potong.

Adunan yang telah dikaup balik dengan spatula
Tambahkan air panas dan gaul rata
Adunan yang telah di gaul rata
Tuang adunan dalam loyang bulat atau empat persegi ukuran 8 inc yang telah di gris dan di lapik dasar loyang dengan kertas minyak

Bakar adunan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C
Masa pembakaran 1 jam sehingga 1 jam 1/2 bergantung kepada kepanasan ketuhar.
Untuk memastikan kek telah dibakar sempurna, cucuk tengah kek secara sendeng dengan lidi bersih.
Bila lidi keluar licin, ini bermakna kek telah di bakar sempurna.
Jika tidak tambahkan lagi masa membakar.


Kejadian kek banyak bergantung pada suhu oven kita, pastikan kita faham kelebihan dan kekurangan oven kita.
Kebiasannya untuk membakar kek kita hendaklah letakkan kek di rak tengah dengan api atas dan bawah di gunakan. Suhu oven pula dari 160C ~ 180C bergantung pada jangka hayat sesuatu oven itu.
Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran kek, kerana ia akan membantutkan pengembangan kek kita nanti.
Selepas 1 jam buka oven dan cucuk dulu dengan lidi, jika belum masak bakar lagi 15 minit. Jika selepas 15 minit berlalu tak masak lagi tambah 15 minit lagi. 

Selamat mencuba...

Comments

  1. cantiknya...elok je permukaan atasnya..kalau sy kan, bakar kek coklat selalu merekah di tengah..

    ReplyDelete
  2. alahai sedapnyer kak... terliur dana menengoknyer

    ReplyDelete
  3. adezzzz kak...mintak sepiring... ;-) (muka x malu)

    ReplyDelete
  4. sedapnya.....makan macam tu pun ok...kan...?

    ReplyDelete
  5. Ada lagi tak? Nak sikit...hehehe...Saya print respipi jer. Buatnya tak tau bila ☺☺

    ReplyDelete
  6. dah lama tak buat,
    tengok kek akak terliur pulak :p hihi

    ReplyDelete
  7. Assalamialaikum...bole share tips supaya kek x merekah?nmpak cntik j kek tu x merekah pon...bakar api atas bwah k bawah shj?tq.:)

    ReplyDelete

Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)