Bandung... Part 2

Assalammualaikum...


Hari ni sambung citer pasal Bandung lagi... kat sana tak banyak tempat yang kami pergi, yelahkan motif utamanya... en hubby nak jumpa kawan dia kalau dah asyik berjalan bila nak bercerita...  

Percutian di Bandung
Dah lama tak jumpa banyaklah ceritanya tu...

Percutian di Bandung

Faris, Irfan dan Abel.

Percutian di Bandung

Ibu kepada Vera ni orang Sumatra... anaknya ramai yang tinggal di Bandung.
Selama kami di sana macam2 masakkan yang disediakan oleh makcik ni, masakannya sama macam masakan  Negeri Sembilan.
Pedas jangan cerita... sama macam nenek Amy masak, berasap telinga. Sambal belacannya paling sedap, bertambah2 Amy makan hihihi. 

Percutian di Bandung

Akhirnya dapat jugak budak2 ni berkenalan dengan pingpong.

Hari kedua kami ke Pasar Baru lagi...

Percutian di Bandung

FM 6pcs IDR20000.


Percutian di Bandung

Telekong sulam tampal lagi IDR 90000 (RM25.++) satu. 

Percutian di Bandung
5pcs IDR100,000. 


Percutian di Bandung
5 + 1 dalam RM75.


Percutian di Bandung
 Semua sekali lebih kurang RM15. 





Percutian di Bandung

Kuih Apek.. baunya seperti kuih bakar dan rasanya sedap, anak2 Amy suka kuih ni sekali beli 12 keping pun tak cukup. Tak ingat pulak harganya. 

Percutian di Bandung

Ciomey dan cendul tapai ubi + nangka. Cendul ni sedap sangat kalah cendol mamak hihihi.


Percutian di Bandung

Ini kali pertama kami makan kat gerai semasa di sana. Walaupun tepi jalan tapi tak banyak keta yang lalu. Tempat ni pun agak bersih. Amy tak ingat nama tempat ni tapi ianya bersebelahan dengan masjid dan tak jauh dr Jln Riau.

Percutian di Bandung

Pemuzik jalan...


Kena duduk kat belakang... kat depan dah tak muat.

Sebelum balik kami singgah kat Hypermarket Metro. Ada pulak 2-3 orang budak perempuan yang buat survey utk minuman yogurt, mula2 suruh rasa... sedap jugak, pastu nak minta namalah no telefon lah, dah kata tak nak seboleh2 nak jugak....iskhhhh. 



Percutian di Bandung
Ubi Cilembu yang dah siap di bakar...  macam dlm cerita korea pulak makan ubi bakar... mengada kan hihihi. Ubi ni kalau kat sini panggil keledek. Tak boleh nak makan banyak2 sbb perut dah penuh ngan air... manis sgt punya pasal. Yang hitam tu bukan hangus tau.

Percutian di Bandung


Percutian di Bandung

Avokado 3.496kg(9 biji) IDR 110,124 (RM31.50). 
Punyalah besar Avocado ni. 
Bila dah sampai KL, nenek Amy pulak ingatkan buah mangga... 


Percutian di Bandung
 Malam terakhir kami di sana. Sebelum gi TSM singgah dulu kat Amanda. Rupanya kedai Amanda ni dekat sangat ngan rumah mereka tak sampai 5 minit dah sampai.

Percutian di Bandung
Amy beli 10pcs utk ole-ole, nak gi Kartika Sari dah tak sempat.

Percutian di Bandung

Trans Shopping Mall. Masa Amy gi dulu 2010 namanya Bandung Shopping Mall. 

Percutian di Bandung
Tak dapat gi Eiffel Tower dapat bergambar kat sini pun jadilah.



Comments

  1. syok nyer kak... tak banyak supink tp tgk banyak tmpt gk akak pg... ada kwn kt sana len2kali boleh pegi lg... seronok sbb ada pemandu pelancong free

    ReplyDelete
  2. Bestnya. Sedap plak tgk ubi bakar tu

    ReplyDelete

Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)