Assalammualaikum...
Semperit... biskut kesukaan en hubby dan adik ipar Amy, Nadia. Amy pulak... setiap kali rasa aje mesti tak berkenan... jadi tak delah heran ngan semperit ni.
Masa blogwalking... jumpa pulak resepi Semperit ni kat blog Kak Azlita. Gambar kat blog Kak Azlita tu semuanya cantik2 dan semuanya nampak sedap.
Tergoda ngan gambar Semperit Kak Azlita punya pasal + bahan semua ada (kecuali tepung red rose) cara nak buat pun macam senang aje = terhasillah semperit yang Amy tak pernah mimpi pun nak buat... hihihi.
First time Amy rasa Semperit yang sedap dan sesuai ngan tekak Amy yang memilih ni.
Mula-mula Amy buat 2 adunan, pastu buat lagi satu aduan. Satu adunan dapat lebih kurang 140 biji. Kalau buat pendek2 dapat lagi banyak.
Bila dah asing2 nak bagi sana sini tinggal satu bekas aje. Bekas tu pulak Amy dah sealkan.... hahaha.
Aduan yang pertama tu Amy tak terus semperitkan dia... jadi Semperit yang terhasil tak berapa cantik. Yang kali kedua, terus buat... senang aje nak menekannya dan cantik aje Semperit tu.
Terima kasih kepada Kak Azlita kerana sudi share resepi yang sedap ni.
Biskut Semperit
Bahan-bahan;
250 gm butter
150 gm gula icing
1 biji kuning telur
250 gm tepung red rose
150 gm tepung kastard
30 gm tepung jagung
1 sudu teh esen vanila
manik gula sebagai hiasan
150 gm gula icing
1 biji kuning telur
250 gm tepung red rose
150 gm tepung kastard
30 gm tepung jagung
1 sudu teh esen vanila
manik gula sebagai hiasan
Cara-caranya;
Ayakkan tepung red rose, tepung kastard dan tepung jagung. Ketepikan
Pukul butter dan gula hingga sebati.
Masukkan telur dan esen vanila dan terus pukul hingga bergaul sempurna
Kemudian masukkan tepung yang telah di ayak sedikit-sedikit dan terus menguli sehingga adunan menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di jari
Panaskan oven pada suhu 170C
Sedialan loyang pembakar dan oleskan sedikit butter
Masukkan doh ke dalam acuan semprit dan tekan di atas loyang
Buat dalam 2.5 cm panjang
Hiaskan dengan manik gula
Bakar dalam oven dengan suhu 170C selama 15 minit ( Amy bakar 12-13 minit aje kalau tak garing pulak jadinya)

Sejukkan sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara.
Selamat Mencuba.
simple tp rasanyer msti sedap
ReplyDeletekuih sepanjang zaman ni....dari zaman kecik² sampai kini semperit tetap dihati
ReplyDeleteAssalamualaikum kak..saya nk tnya..kuih nie texture nya gebu atau keras sikit ae?? Sbb saya suka yg keras sikit..nmpk mmg sedap..inht nk try..hihi..;)
ReplyDeleteWaalaikum salam...
Deletetexture biskut ni tak keras dan tak berderai sangat dan tak rapuh... just nice.
tapi klu kasar sikit dia mudah patah tp tak berderai pun.