Tat Nenas Gulung...

Assalammualaikum....

Amy suka sangat biskut tat nenas gulung, setiap kali raya mesti cari biskut ni.


Amy jumpa resepi ni kat forum cari...  resepi dari Kak Anis ni memang sedap. Ramai yang dah cuba resepi ni pun kata sedap.

Terima kasih kepada Kak Anis kerana tidak lokek berkongsi ilmu. Banyak yang Amy pelajari dari Kak Anis. 



Tat Nenas Gulung
oleh: Kak Anis Suraya




Bahan-bahannya:
200g butter - Amy guna buttercup yg dlm tin tu aje.
50g majerin - Amy guna Daisy.
1/4 cawan gula halus.
3 cawan tepung gandum - diayak.
1/2 cawan serbuk badam yang telah disangai.
1 biji telur.
Jem nenas secukupnya - Amy guna perisa strawberry.
Kuning telur + pewarna kuning telur secukupnya.

Caranya:
1. Gaulkan tepung, gula dan serbuk badam sebati.
2. Masukkan butter dan majerin. Gaulkan lagi sehingga menjadi seperti serbuk roti.
3. Masukkan telur yang telah di pukul manja sedikit. Uli sehingga menjadi doh yang lembut tapi tak perlulah menguli sepenuh tenaga mcm nak buat roti tu. 
Kalau doh mcm keras sedikit ambil sedikit butter dan digaulkan pada doh sehingga doh menjadi lembut dan senang di tekan. Doh yang keras akan menyebabkan anda bekerja keras sambil terangkat2 badan... hihihi.


Selamat mencuba...











Comments

  1. sedapnya,ida tak pandai nak buat kuih raya,tiap-tiap tahun beli je.
    kalau dpt buat sendiri mesti best kan.

    ReplyDelete
  2. The accumulated of admonition in achievement is stunning, like you about wrote the book on the subject. Your blog is abounding for anyone who wants to acquire this accountable more.
    Wholesale gold chains

    ReplyDelete

Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)