Assalammualaikum...
25 September 2014 genaplah 11 tahun umur Irfan. Tahun ni hari jadi Faris n Nasiim, Amy tak buat kek pun sebab masa yang tak mengizinkan dan depa dah muak makan kek. Sian kek tu tak de sapa nak makan. Tapi untuk Irfan Amy buatkan juga kerana semalam n hari ni dia ada Tentatif Program "MUMTAZ 3" anjuran Masjid Bukit Aman.
Jadi semua budak darjah 5 sek KAFA diwajibkan pergi. Program tu 2 hari satu malam. Dia tak pernah lagi tidur kat tempat lain kalau kami tak ada... so buat kek ni bagi dia rasa gembira.
Tapi kek Span Perancis ni bukan untuk Irfan seorang tapi untuk mereka bertiga... senang satu kek aje. Sorang nak kek strawberry sorang nak kek coklat.... haa hambik strawberry ada coklat pun ada.
Kek ni Amy deco simple aje... terkejar-kejar ambil anak dr sekolah, 3 orang tak sama waktu nya pastu dah balik nak siap gi sekolah agama pulak jadi deco tu Amy buat bila diorang dah balik dr sekolah agama. Bila ayahnya balik dr opis aje semuanya mcm dah tak menyempat ... jadi ni lah hasilnya.
Walaupun kek ni banyak cerita tapi memang berbaloi ... sedap sangat kek ni. Strawberry n coklat memang best.
Resepi kek span perancis ni Amy ambil dari blog kak Azlita. Kak Azlita buat kek 'batu bata' tapi Amy buat yang biasa aje sbb tak de ring yg mcm kak Azlita tu.
Lagipun.... ha ni yg satu lagi pelik ni, kenapa kek kak Azlita tu tinggi... maksud Amy boleh lah nak belah dua tapi Amy punya ni tak tinggi pun. Kalau belah dua... angkat mesti patah. Apakah kesilapanku.
Birthday boy
Mula-mula Amy nak buat macam kak Ita..luar tu pakai whipping cream aje. Senang dan cantik tapi kata kak Ita nanti muak pulak kalau luar dalamnya cream...betul juga.
Jadi dalam Amy letak krim coklat n krim strawberry luar salut ngan whipping cream dulu pastu baru letak ganache. Itu dah terlebih rajin... selalunya Amy letak terus ganache aje.
By : Chef Alex Goh
Rujukan : Buku Fruity Cakes
4 biji kuning telur
20 gm gula kastor
1/4 sudu terh esen vanila
4 biji putih telur
100 gm gula kastor
110 gm tepung ~ diayak
70 gm butter yang dicairkan
Sedikit pewarna pink dan strawberry paste
Sapukan buter pada loyang dan alas dasar loyang dengan baking paper
Panaskan oven pada suhu 190 C ( bergantung pada kepanasan oven masing-masing )
Dalam bekas lain yang kering, putar putih telur hingga berbuih, tambahkan gula dan putar lagi hingga kental dan kaku (soft peak) ~ Bahan B
Tuangkan selebih baki bahan B dan kaup balik hingga sempurna
Masukkan tepung yang telah diayak dan kaup balik lagi adunan hingga rata.
Tuangkan butter cair dan gaul rata
Satu bahagian diwarnakan pink dan letakkan sedikit paste strawberry ~ gaul rata
Tuangkan adunan dalam dua loyang berasingan
Bakar pada suhu 190 C selama 15 minit atau sehingga kek masak sempurna ~ suhu oven bergantung pada kepanasan oven begitu juga dengan masa kek dibakar sempurna.
Sejukkan
By : Chef Alex Goh
Rujukan : Buku Fruity cakes
4 biji kuning telur
20 gm gula kastor
1/4 sudu terh esen vanila
4 biji putih telur
100 gm gula kastor
95 gm tepung
15 gm serbuk koko
~ kedua-dua bahan ini dicampur dan diayak
70 gm butter ~ dicairkan
Sapukan buter pada loyang dan alas dasar loyang dengan baking paper
Panaskan oven pada suhu 190 C ( bergantung pada kepanasan oven masing-masing )
Dalam bekas lain yang kering, putar putih telur hingga berbuih, tambahkan gula dan putar lagi hingga kental dan kaku (soft peak) ~ Bahan B
Tuangkan selebih baki bahan B dan kaup balik hingga sempurna
Masukkan tepung dan serbuk koko yang telah diayak dan kaup balik lagi adunan hingga rata.
Tuangkan butter cair dan gaul rata
Bakar pada suhu 190 C selama 15 minit atau sehingga kek masak sempurna ~ suhu oven bergantung pada kepanasan oven begitu juga dengan masa kek dibakar sempurna.
GANACHE COKLAT
By : Chef Amer Hamzah
Rujukan : Majalah SAJI Mac 2012
300 gm krim tenusu ~ dary whipping cream (ita guna Ancor)
30 gm sirap glukos ~ dapatkan di kedai jual bahan kek
500 gm coklat gelap ~ hiris halus
Tuangkan dalam bekas yg berisi coklat gelap
kacau rata hingga coklat larut sepenuhnya
Ita tambah sedikit paste vanila untuk bau yang lebih harum
180 gm Ganache Coklat ~ ambil dari adunan di atas
150 ml krim putar bukan tenusu ~ non dairy whipping cream (Amy n kak Ita guna Rich)
Campurkan Ganache Coklat dan kacau rata
Resepi asal dari : KRIM RASPBERI
By : Chef AmerHamzah
Rujukan : Majalah SAJI Mac 2012
100 gm puri buah strawberri ~ ita gantikan dengan coklat urai
Campurkan coklat urai dan kaup balik rata.
Kek span perancis ni agak kering sikit jadi jgn lupa spray sikit ngan air kopi atau jus lemon. Amy pulak dah asyik ngan krim tu sampai terlupa pulak pasal air tu. Jadi kek yg bawah sekali n atas sekali aje yg spray air tu... dah la kek yg tengah tu kering aje.
Ini yang Amy buat
1. Bawah sekali kek coklat
2.krim coklat.
3.kek vanila
4. krim strawberry.
Amy abiskan krim strawberry tu sbb lepas tu memang tak pakai dah. Membasir aje.
5.Kek Strawberry.
6. Krim coklat lagi.
7. Kek coklat
8. Salut kek ngan whipping cream.
9. Salut ngan ganache pulak.
Ganache tu... hehehe Amy ni amatur aje jadi apa yg Amy buat... biarkan coklat ganache tu sejuk pastu masuk dlm piping beg n pipekan kat kek. Kemas kan dan gunakan pisau yg direndam air panas utk licinkan.
Selamat mencuba.
Comments
Post a Comment
Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)