Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera..
Sekejap aje dah hari Jumaat, dah 5 hari anak-anak start sekolah. Tahun ni anak Amy yang kecil sekali dah darjah satu, skang tiga-tiga satu sekolah. Senang sikit dah tak delah terkejar-kejar sangat seperti sebelum ni.
Nasiim... Biar pun dia dah biasa pergi sekolah tapi Amy tetap risau.. kat tadika toilet dekat ngan kelas, bersih dan tak de masalah air tak de. Skang walaupun toilet agak dekat ngan kelas tapi biasalah kan toilet kat sekolah memang ada macam-macam citer. Dia pulak lepas rehat aje nak gi toilet.. nasib baik abang Faris dia rehat sama waktu ngan dia. Abang Irfan pulak rehat tak sama.
Perhimpunan hari Isnin.
Abang Faris pulak setiap pagi lepas aje pintu pagar sekolah tu pegang tangan adik dia dan hantar sampai barisan kelas adik dia, mamanya tengok dr luar pagar rasa terharu.. kat rumah bukan main lagi kat sekolah abang mithali.
Petang pergi sekolah KAFA pulak. Kalau orang yang tak kenal mesti kata dia sombong, sebenarnya kalau dia tak kenal orang dia tak gheti nak bercakap... senyap aje.
Semalam jumpa gambar dalam train masa kat Spain dlm FB adik ipar Amy... tunggu dia keluarkan gambar dr dalam kamera dia bertahun. Hahaha nampak gomok.
hehehe.belajar rajin2 ye syg.kisah mula2 masuk sekolah dan toilet.mmg 1 masalah.hehe
ReplyDelete