Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..
Pagi tu kami check out pukul 9 lebih. Kami minta mamat front desk tu tolong check in online utk TAP Portugal sekali.
Selasa.. 21/10/2014.
Pagi tu kami check out pukul 9 lebih. Kami minta mamat front desk tu tolong check in online utk TAP Portugal sekali.
Kami berjalan kaki ke Pl. Catalunya utk ambil bas ke airport.
Suasana pagi... tak delah sejuk sangat.
Tunggu trafic light...
Add caption |
Sambung jalan lagi....
Beg Cik Limah tu sengsara nak tarik... duduk kejap sbb dia dah penat tarik huhuhu.
Amy risau betul ngan roda beg Amy ni, klu tolak dia sengget aje dah.
Sampai kat Pl.Catalunya, kami terus tuju tempat kami turun bas sebelum ni. Rupanya punyalah banyak bus stop. Setiap bus stop berbeza basnya. Cari2 tak jumpa pergi pulak seberang jalan tak jumpa jugak...
Amy dah penat si Nadia pulak gi cari, kali ni dia pergi cari berhampiran air pancut, tempat kami bergambar ngan patung tak cukup kain mlm tu. Baru jumpa. Rupanya bas gi airport semua kat situ, dia tak kwn ngan bas lain.
Bas A1 utk gi Terminal 1, tambang 5.90euro seorang. Flight kami pukul 12 tgh hari. Mula-mula kami nak naik train dr Barcelona ke Lisbon tapi tak ada pulak, nak naik bas lamalah pulak... so naiklah kapal terbang TAP Portugal yg cantik tu...
Kapal terbang ni tak delah besar mana pun... kocik aje. Pramugari dia tak nampak cam pramugari. Ada makanan tapi kami minum jus aje. Perut lapar tuuu tapi makanan depan mata tak boleh nak ngap.
Ok dah abis citer kat Barcelona... nanti sambung citer kat Portugal pulak.
Rasa rugi dah datang jauh-jauh tapi tak dapat nak pergi banyak tempat di Barcelona. Kami hanya keluar duit utk air, hotel dan tambang sahaja. Walaupun percutian budget tp Amy rasa kalau kami ambik bas HOHO tu, mahal tapi banyak tempat yg kami boleh pergi.
Comments
Post a Comment
Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)