Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...
22/10/2014.
Sampai aje kat Carcais tak tau dah nak tuju mana... mati kutu kejap. Nak google tak leh sbb sim card yg Amy beli tu utk dlm Spain aje, kat Lisbon kami pakai wifi hostel. Tanya kat kaunter tanya kat driver bas. Kaunter tu pulak orang tanya lain dia jawab lain, driver bas tak faham BI pulak... lama kami kat luar stesen keretapi tu last kami naik aje bas yg berhenti kat luar tu.. tambang 1euro seorang.
Pemandangan luar stesen keretapi kat bus stop.
Bas yg kat situ rupanya tak jalan jauh...
Macam-macam gelagat orang yg kami jumpa dlm bas tu, maklumlah Cascais tu bukanlah bandar macam Lisbon.
Bila dah naik bas... masalahnya pulak nak turun kat mana??? nama tempat tak tau, tau Cascais aje huhuhu. Bila lalu kawasan laut, bas tu berhenti dan driver dia panggil kami sambil menunjuk ke arah laut.
Kami buat kesimpulan mungkin tempat tu lah kot... mestilah dia tau tempat yg byk pelancong pergi kannnnn.
Sebenarnya kat situ tak de apa pun... mungkin kalau photographer sukalah kot dan orang yg macam Nadia tu sukalah tengok batu.. sbb keja Geoscientist byk tengok batu hihihi. Tapi hari tu dia tak delah excited tengok batu tu.... dia baru turun dr gunung masa kat Barcelona tu sbb tengok batu punya pasal.
Kat sini bergambar atas batu aje sbb tak de pantai.
Kamera tipun yg dah tua so gambar pun tak berapa nak cantik lah ye.. hehehe.
Nampak tak basikal merah dah jatuh dlm tu... basikal tu nampak mcm basikal baru.
Bila dah berubah iklim + berjalan aje dr pagi sampai ke malam = kulit muka pun ishhh ishhh ishhh lah jadinya.
Sebelum balik singgah kedai aiskrim... panas tu tepi laut tu, nasib baik bawa air mineral.
Satu lagi aksi yg tak pernah terlintas di fikiran nak buat...
Sempat berposing lagi sementara menunggu bas nak balik ke stesen keretapi tadi.
Kat sana kena berhati-hati juga semasa berjalan, najis anjing memang bersepah sepah. Takut tak perasan terpijak n bawa balik masuk bilik pulak.
Dalam perjalanan tu nampak pantai tak jauh dr stesen keretapi...
Dah nak sampai stesen keretapi... lalu kedai-kedai.
Ok dah sampai...
Rupanya perjalanan bas tu dia start kat situ dia berakhir pun kat situ. Pusing-pusing situ aje... tak gi jln jauh2 pun.
Dah sampai stesen tu... nak kena cari pulak macam mana nak gi Sintra sbb tiket dah beli siap2 masa kat Lisbon lagi.
Cik Nadia..
Rupanya kami kena gi seberang jalan... bertentangan ngan stesen keretapi tu ada main road, yg tadi tu bukan main road. Puaslah pulak mencari jln camner nak gi seberang tu... papan tanda tak de, kena pandai2 sendiri huhuhu.
Stesen bas tu di bawah Carcais Mall (shopping mall).
Banyak bas yg ke Sintra tp salah sorang driver bas suruh kami ambik bas 417 sbb laluan dia tak jauh sangat dan cepat sikit sampai yg bas lain banyak menyimpang ke tempat lain dulu baru kesana.
Tiket kami dah beli siap-siap sebelum tu.. Lisbon-Cascais-Sintra-Lisbon, so tiket pergi balik dah ada.
Ok sampai di sini sahaja citer kat Cascais pasni sambung citer bergambar kat Sintra pulak.

fenin jgk yek klu pi melancong kt negara yg pertuturan bahasa ibunda nyer pelik sgt, udahla inggeris pun tak paham... kite udah mcm itik ngn ayam berckp...
ReplyDeletecantik betul pemandangan laut tuh... batu2 tuh menyeramkan kalu terjth
sapa laa punya basikal tu ek? ada ke yg trn smpi ke bwh tu? curam x?
ReplyDelete