Daging Halia...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...


Dah lama betul kena peram n3 ni. Rasanya dah dekat setahun hehehe. 

Amy jumpa resepi ni kat blog Kak Azlita ... 




DAGING HALIA

By : Chef Hanieliza
Rujukan : Buku masakan 1 Hari 1 Resepi



Bahan Perap
200 gm daging
3 inc halia muda ~ dihiris
3 sudu makan sos tiram
2 ulas bawang putih ~ diketuk
1 biji bawang merah ~ dihiris
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan serbuk lada hitam


Daging dihiris nipis dan di cuci bersih, kemudian toskan
Gaulkan daging dengan bahan perap dan perapkan sebentar

Panaskan minyak sedikit, dan tumiskan daging yang telah diperap tadi, kacau rata
Masukkan air dan biarkan daginglembut dan kuah sedikit pekat
masukkan Kapsicum dan tomato
kacau rata

emmm... senang aje kan.. mudah dan ringkas.



Cerita pagi ini

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Dah 2 hari jalan kaki gi sekolah. Selalu ayahnya yg hantar naik kete, kalau mamanya lebih suka jalan kaki aje. 

Doa Pembuka 12 Pintu Kebaikan...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Sekejap aje dah hari Khamis kan.. Hari ni hari ke 6 anak anak Amy peksa, esok last. Bila dah 3 orang anak sekali nak peksa rasa mcm nak belah badan jadi 3 pulak... nak hadap diorang dalam masa yang sama. Sekejap si abang panggil sekejap si kecil panggil...

Nasib baik sek KAFA peksa minggu depan, hari Jumaat ni nak buat Hari Guru...... Amy masih tak de idea nak buat apa utk diorang bawa.


Pagi ni Amy kongsikan Doa Pembuka 12 Pintu kebaikan..

Tebus ticket free tengok Avengers...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Hujung tahun lepas register utk TGV Cinemas Movie Club dapat 2 ticket free dan 1 ticket free utk birthday.

Tiket free utk birthday tu tak ambik sbb masa sebulan aje n tak ade citer best... rugi betul.



Nasib baik yang 2 complimentary ticket tu boleh tuntut dlm masa 6 bulan jadi kami pakai untuk tengok citer Avengers.



Bayar 3 tiket aje utk anak2. Dah jimat dah tu.

Best juga citer Avenger yang baru ni.



Herbal Plus...



*** Pad Herba Aromaterapi produk hilangkan keputihan,sengugut,buasir dan rengat atau meroyan semasa berpantang

*** Sepantas 5 saat boosterkan tenaga anda dan menghilang bau hanyir nifas serta merawat pengecutan rahim seperti bertangas! 

*** walaupun berpantang sendirian

*** Kekal bertenaga 24jam dan mampu bertangas :)


Whatsapp Amy 019-2253200

Cerita bergambar di Pavilion.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Pagi tadi gi bank Standart Chartered ... dah alang-alang sampai situ terus menyinggah Pavilion.

 Setiap kali lalu kat Toast Box tu mesti ramai... klu ramai yang beratur sedaplah agaknya tu. Nampak nasi lemak... harga RM3.50. Ada yang beli sampai 4 alaaa nasi lemak tu macam nasi lemak bungkus yg biasa tu. Amy pun beli lah walaupun mahal 4 pulak tu tapi pastu menyesal... rasanya adehhh sedap lagi nasi lemak yg kat tepi jln rumah Amy tu RM1 aje n sama saiz.


Pantang nampak... nak bergambar aje. 
Anak amy skang gi mana2 pun lebih suka pakai selipar jepun... senang katanya nak gi surau atau toilet... Amy pun tak kata apa, ramai yang pakai selipar jepun pun.


Tokyo Street... Amy suka gi sini, ia membuat Amy teringat semula kenangan masa duk kat Yokohama dulu.



 Amy suka kedai ni... Amy suka yang kaler hijau tu.



Konon nak gi Daiso tapi ramai pulak orang... malas nak masuk. Jalan-jalan lagi pastu balik.


Iklan tak berbayar..



DAO kata kalau nak jual...
Jual benda yang boleh MEMBERI NILAI TAMBAH $$$ kepada orang lain!

YES! Saya pilih PAD HERBAL PLUS!
1. PAD HALAL yang boleh dipakai tanpa was2.
(SAHAM AKHIRAT)
2. Harganya mampu milik!
RM13 utk sebulan.

Sehari sekali makan kat kedai pun dah habis RM20.
3⃣PRODUK LAKU KERAS!
Sebulan boleh habis 90 BUNDLE!
4⃣TIDAK BERMUSIM!
Setiap hari ada orang period,ada orang bersalin berpantang.
5⃣TIDAK ROSAK sehingga 3 TAHUN!
Tak macam kuih raya ..tahan sebulan lepas tu berkulat..nak buat kuih raya sampai tak tidur malam.

*eh...banyak lagi lah..
dah la RINGAN!
tak payah bukak kedai!
Allah...Paling best DAPAT TOLONG ORANG!
DAPAT PI UMRAH FREE!
DAPAT PI UMRAH FREE!
DAPAT PI UMRAH FREE!
#MOBILE_STOKIST
#PADHERBALPLUS
#HERBALPLUS

Whatsapp 019-2253200..

Cerita bergambar Hari Sukan Tahunan SKSBU 2015.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Pagi tadi Amy gi Sukan Tahunan SKSBU, masa pergi tu dah hujan dah. Walaupun  hujan tak lama tapi becak jugaklah padang tu.

 Irfan rumah Shirtlift..
Dia balik awal ngan en hubby... dah demam budak tu rupanya.

Nasiim rumah Green... 



Sementara nak tunggu penyampaian hadiah sempat lagi main tu.

Faris kata dia masuk dancing dancing.. 

Faris rumah Mclay.

 Semangkuk laksa yang kecik ni berharga RM4 dan air botol strawberry tu pun RM4... gatal nak beli sbb tak pernah jumpa punya pasal... hehehe.


Acara larian 8x50 lelaki tahun 3. Dapat tempat ke 2, Sukaneka pun dapat tempat ke 2 jugak.


Masuk sukaneka ... ade 2 acara sukaneka yang pertama dapat no 1 yang kedua dapat no 2. Jadilah daripada tak dapat.



Macam masuk sawah... adehhh rasa malas betul nak sental.

 Pukul 2:30 tak abis lagi kami dah cabut balik...



Demam... Amy letakkan pantyliner Herbal plus yang di basahkan sikit kat dahi dia.



Balik kampung...

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Post kali ni Amy guna Blogger app kat tipun.. Ok lah tak payah nak hangkut cik lappy, kat kampung pun Line Digi dah ada 3G so up date guna tipun aje.

Petang Khamis kami bertolak balik kampung, dr rumah pukul 3 lebih sampai pukul 7 lebih. Jalan jem mcm nak raya. 


Macam ni pun boleh tidur.. Selalu 2 jam dah sampai kampung.


Dulu Amy pernah cerita pasal pokok bunga ni.. Amy beli kat Sg Buluh, masa beli aje ada bunga pastu dah bertahun tak bunga2. Dr pasu kecik tukar pasu besar.. Dah tukar pasu besar tak jugak bunga ha ni Amy hangkut balik kampung.. Tanam atas tanah lepas ni klu tak bunga jugak tak tau lah nak buat apa.



Pokok mangga tengah berbuah lebat..


 Bunga raya pulak nenek Amy tanam keliling rumah. Mcm2 kaler.



Tanam pokok avokado.. Pokok ni pun Amy bawa utk tanam kat sini, kat KL tanam dlm polibeg aje.


Anak2 merdeka balik kampung. Kat KL mcm kena kurung dlm rumah.


Pagi Td sempat lagi main sblm balik KL. Kena balik pagi sbb ada kelas Tae kwan do ... Minggu depan sukan minggu lagi satu dah Test so hari ni kena pergi jugak.


Balik kampung nak tengok nenek.. Nak bg golden clam dan Spring Life. Nenek Amy ada sakit lemah jantung, darah tinggi, ketumbuhan dlm hidung dan tangan sebelah  kanan sakit susah nak buat kerja.
Amy hantar Herbal Plus pada jiran2 kat kampung sekali. Sempat jugak buat demo tp tak sempat pulak nak ambik gambar... tak de tukang ambik gambo hehehe.


Sambung tido lagi.. Gaya mcm  ni pulak..