Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Apa yg Amy pelajari tentang lembah Hualien... Lembah ini terletak diantara 2 gunung yg berbeza plat. Satu plat central dan satu lagi plat Pilipina. Kawasan Hualien ni tak berapa sesuai utk pertanian secara komesial... banyak marmar dan jed aje. Sering hujan dan banyak air mata air yg keluar dr perut bumi.
Banyak kawasan yg tidak mengunakan baja atau racun kimia utk mengekalkan alam sekitar yg bersih dan bebas dr sebarang pencemaran. Lembah ini terkenal dgn penternakan Golden Clam. Clam ini diberi makan Alga Hijau dan menyebabkan kulitnya berwarna kuning dan clam ini bebas dr sebarang bahan kimia.
Orang Taiwan ramai yang mempunyai masalah hati dan sebab ituah mereka mengamalkan Golden Clam utk kesihatan hati mereka. Banyak sykt yg memasarkan Golden Clam termasuklah Quaker.
Ok Sambung balik...
Hari kedua kami semua diminta check out sebelum pukul 8:10 pagi. Amy dan Auntie Ika turun breakfast pukul 6:35 pagi. Kami orang pertama gi breakfast dalam group kami...
Semalam kami tidur lewat... hampir pukul 1 pagi, pukul 4 pagi bangun sembahyang subuh pastu tidur balik. Ya Allah susah betul nak buka mata pagi tu.
Walaupun ada pelbagai pilihan... tapi pilihan kami terhad kepada bubur nasi dan roti sahaja.
Kami simpan beg besar kat hotel Les Breezy... bawa beg kecik aje ke Hualien.
Stesen keretapi ..
Khas untuk kaum wanita pada waktu malam.
Suka pulak ambik gambar kasut...
Dalam train.. train kami pukul 9:30 pagi dr Taipei sampai Hualien pukul 11:30 pagi. Perjalanan agar jauh, lama jugaklah dapat tidur.
Sampai Hualien kami pergi makan dulu..
Bekas air ni nampak cantik tp menjengkelkan... berapa banyak kali da nak kena pam baru gelas penuh.
Mr Tsai... tuan punya Perkampungan Golden Clam ni. Ada 1500 kolam yg sebesar padang bola sepak di situ.
Sampai kat sana kami dihidangan dgn kopi.
Dr Eng Wee Sian, pengasas syarikat Bio Greeno memberi penerangan kepada kami.. beliau juga tukang translate utk Mr Tsai.
Bilik ni sebenarnya utk board of director meeting tapi hanya kami dr sykt Bio Greeno shj yg dapat menjejakkan kami ke dlm bilik tu.
Amy rasa Dr Eng ni rakan kongsi Mr Tsai.
Lambakan Golden Clam..
Proses mengasingkan clam..
Golden Clam yg telah diasingkan.
Kolam khas ut pengunjung mengutip Golden Clam.
Kalau kolam macam ni .... ini kolam ikan.
Nampak tak air mata air yang keluar ...
Tak lah besar mana pun... tapi kulit dia kaler kuning... kat Pasar Pudu memang tak ada ok.
Tak melepaskan peluang mengutip Golden Clam.
Mr Tsai belanja kami makan...
Auntie Ika panggil Ikan Darah Tinggi sbb kat luar kulit diaorang tabur garam tapi isi dia tak masin pun.
Sup Clam... sedap oooo.
Sebenarnya ada banyak lagi menu clam tapi yg ni aje yg masuk dalam gambar. Restoran ni terletak tidak jauh dr kolam yg kita orang kutip clam tu. Masa kami nak duduk tiba-tiba salah seorang dr pekerja restoran itu cakap melayu dengan kami... ha apa lagi sesi soal jawablah. Rupanya student, ambik fizik dan buat part time kat situ... orang Johor ok.
Ratu Bio Greeno..
Punyalah besar batu jed ni.. boleh main sorok-sorok lagi.
Gemoknya saya... hehehe.
We are waiting for u...