Assalammualaikum dan Salam Ramadan..
Dah 2-3 hari teringin tapi baru hari ni dapat buat. Resepi agar-agar mangga ni Amy dapat dari blog Che Mat.
Amy sebenarnya tak pandai buat agar agar.. mest ada yg pelik kan hehehe. Amy pernah buat tapi tak jadi, nenek Amy pun pelik.
Bila ternampak kat blog Che Mat rasa teringin aje... terbayang bayang aje kat mata hihihi. Lastnya Amy cuba jugak. Kejap aje dah siap.
Agar Agar Mangga.
diambil dr blog Che Mat
BAHAN-BAHANNYA :-)
5 gram serbuk agar-agar
4 - 5 camca besar gula (che mat guna 4 camca besar)
2 cawan air
1 helai daun pandan, disimpul
1 cawan susu sejat (che mat guna susu sejat IDEAL)
2 biji mangga (saiz sederhana) kupas dan ambil isinya
Secubit garam
Isi mangga yang didadu untuk hiasan (jika suka)
CARA MEMBUATNYA :-)
- Satukan agar2 serbuk dan gula dalam periuk, kacau rata, masukkan air dan daun pandan, kacau rata dan masak hingga mendidih dan gula larut, guna api sederhana dan kacau sentiasa. Sementara itu isi buah mangga dan susu sejat dikisar hingga menjadi puri.
- Kecilkan api, keluarkan daun pandan, kemudian tuang puri mangga dalam periuk berisi agar2 tadi. Kacau rata hingga sebati dan masak sekejap, jangan biar sampai mendidih, bila ia panas dan naik wap sahaja sudah cukup. Matikan api.
- Tuang dalam acuan kegemaran anda dan biar hingga hilang wap panas. Kemudian sejukkan dalam peti sejuk. Hidangkan dan hias dengan isi mangga yang didadu, jika suka. Sedap dimakan sejuk...
Hari ni Amy masak mee goreng cincai aje, masak banyak2 pun bukan habis makan pun.
Lepas ambik anak2 dari sek KAFA tadi singgah bazar ramadan kat depan flat PPr tu. Amy beli kuih sikit untuk tambah tambah.
Mee goreng ni Amy panggil mee goreng cincai sbb main masuk aje apa yg ada kat dapur tu. Tak letak cili letak sos dan kicap aje. Sawi pun letak sikit aje kalau letak banyak nanti lagi banyaklah dia duk kat tepi pinggan.
Ingin tambah pendapatan dgn Herbal Plus?
Amy memerlukan agen dan stokis di seluruh Malaysia.
TEKNOLOGI HERBAL PLUS DI'PATENT' KAN, TIADA PAD LAIN DI DUNIA YANG BERTINDAK SEBAGAI 'BOOSTER' TENAGA & MEMBANTU MENYELESAIKAN MASALAH SAKIT PUAN DENGAN HERBA ASLI & AROMATERAPI SEPERTI HERBAL PLUS
Diiktiraf HALAL (IFRC Asia)
Laporan makmal CONSOLIDATED LABORATORY : keselamatan terjamin
Pengiktirafan ISO14001 pengurusan alam sekitar
Pengiktirafan ISO9001 pengurusan kualiti
------------------------------------
HARGA HERBAL PLUS
------------------------------------
Produk terdiri daripada pantiliner utk kegunaan harian (15.5cm), pad siang (24.5cm) & pad malam (28cm)
[LOOSE PACK]
-Pantiliner (20pcs) RM13
-Pad Siang (10pcs) RM13
-Pad Malam (8pcs) RM13
[BUNDLE] :
-Pantiliner (200pcs) RM130;
-Pad Siang (100pcs) RM130;
-Pad Malam (80pcs) RM130
Whatsapp Amy 019-2253299
Comments
Post a Comment
Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)