Agar-agar Milo.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Masa beraya rumah kak Seha... Kak Seha hidangkan agar-agar milo. Sedap betul bila makan sejuk-sejuk... apa lagi Amy mintalah resepi. 


Agar-agar Milo..
resepi Kak Seha.

20g agar-agar tali- Amy guna 10g serbuk agar-agar.
5 cwn air - Amy guna 1000g air.
1 cwn gula.
1/2 cwn susu pekat.
1 tin susu cair.
1 1/2 cwn milo + 1/2 cwn air panas- kacau dan letak tepi.

Cara-caranya.

-Masak agar-agar tali sehingga hancur- Amy buat masukkan serbuk agar-agar kedlm air dan masak sehingga mendidih.
-Masukkan gula - kacau sehingga larut.
-Masukkan susu cair dan susu pekat.
-Api sederhana... kacau lagi sehingga mendidih.
-Masukkan milo kacau pastu tutup api.
-Masukkan dalam loyang.

Dah siap... makan sejuk sejuk memang sedap tapi anak Amy si Nasiim tak berapa gemar pulak kalau si Irfan dan si Faris laju aje.



Selamat Mencuba...

Comments