Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...
23 Okt 2014.
Hari terakhir kami di Portugal. Pukul 9 pagi kami dah naik train. Beg simpan dulu kat hostel. Hari ni kami nak meronda pekan Lisbon pulak naik bas HOHO red line,18€.
Sebenarnya kalau nak pergi semua tempat kat Lisbon ni kena ambik lebih dari satu line, barulah puas hati dah terbang jauh-jauh tu. Memandangkan tambang yang mahal dan kami pun dah tak de masa, kami ambik satu ajelah.
Kami berhenti di Muzium Maritim. Ambik gambar berpuluh-puluh lepas tu kami keseberang jalan pulak.
Pemandangan dari dalam train semasa dalam perjalanan ke Cascais semalam.
Muzium Maritim dari jalan raya.
Cik Limah 'berposing' dulu kat Muzium Maritim sebelum meneruskan perjalanan... heheh.
Betul-betul seberang jalan ada banyak bot. Kena jalan jauh sikit untuk sampai distinasi kami yang seterusnya.
Ok dah sampai... bergambar dulu.
Monument to the Discoveries- Padrão dos Descobrimentos.
Punyalah banyak tangga nak panjat tapi sampai situ aje, tak boleh nak menyibuk kat patung-patung tu.
Jambatan ala San Francisco. The 25 de Abril Bridge.
Punyalah panas kat tepi pantai ni kejap aje dah sun burn. Aku berjemur kat PD pun tak delah sehitam berjemur kat Portugal ni.
Berjalan depan lagi sampailah ke Belem Tower.
Nak masuk kena bayar. Tak pelah kita bergambar kat depan dia aje.
Inilah jadinya bila kejar bas tapi terlepas. Punyalah laju jalan tapi tak sempat sampai kena gelak dengan mamat Lisbon. Agaknya dia tak pernah tengok orang kejar bas agaknya.
Di tengah-tengah bandar lisbon. Kami pulang ke pekan semula.
Tak silap Amy tiket bas ni boleh pakai sehingga 2 hari, dan memandangkan tak nak beli tiket bas line lain kami pun ikut ajelah bas tu pusing-pusing Lisbon. Entah berapa kali ntah kami lalu tempat yang sama. Dah lah panas terik, mengatuk pun ada.
Tak jauh dari terminal ferry ni ada tempat 'kapal cruise'berlabuh. Punyalah besar.... punyalah grand... punyalah luxury.
Pusing pekan lagi.
Lalu tempat nak naik cable car.
Lepas tu lalu pulak kat tempat yang ada banyak besi ni. Tak lama lepas tu lalu pulak stesen keretapi Gare do Oriente Train Station. Kami turun di situ untuk tanya tiket ke Barcelona atau Madrid. Kami dapat tiket ke Madrid pukul 9:30 malam.
Dari Oriente Station kami ambil train untuk ambil beg di hostel, kena tukar train di Almeda baru sampai Interdente. Sepatutnya boleh aje tahan bas HOHO tu untuk balik tapi sama jugak nanti kami kena naik train jugak untuk sampai ke hostel. Lagipun kalau naik train, bila nak pergi Oriente balik dah senang, dah tahu jalan.
Bestnyaaaaaa! bangunan dia nampak macam bangunan lama dan bersejarah je.
ReplyDeletebestnya, diorg ni suka preseve diorg nye sejarah kan. mmg suka la tengok
ReplyDeleteohsem jalan2 Portugal.. :p
ReplyDelete