Balik Kampung... Cerita basi lagi.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Cerita basi lagi... hehehe. Dua minggu lepas, hari Sabtu sebelum Deepavali kami balik Serting dah agak petang. Macam biasa highway sesak, bila sampai Bukit Putus pulak lagilah slow.  Beratur panjang belakang lori lepas tu hujan lebat pulak.... patutnya 2 jam dah sampai ni berjam-jam baru sampai.


Sebenarnya Amy malas nak balik tapi adik nak nikah punya pasal kenalah balik jugak. 

Mak dan abah dah tak ada tinggal nenek aje kat sana.. adik beradik pun kami bertiga aje kalau Amy tak balik macam mana pulak kan.


Kami Blok 7, Pengantin perempuan Blok 8... orang sekampung jugak.

Rumah kami tak buat kenduri sebab tak ada sapa nak uruskan. Amy kat KL adik Amy yang nombor tiga tu kat Perak, nenek pulak dah tak larat lagi. 

Pagi tu masa nak nikah kat masjid ramai jugak sebelah perempuan yang datang tapi adik Amy hanya 4 orang.... masa nilah rasa sedih.



Pihak pengatin perempuan buat jamuan kat Dewan Belia dan Sukan   Jempol. 


Arul... adik Amy nombor tiga dengan anaknya yang berumur tak sampai 40 hari. Sesekali jumpa kawan lama banyak yang hendak dibualkan.



Pak Uda dan Pak Jang dari Alor Gajah... Nasib  baik mereka datang, lega juga rasa hati. 






Inilah keluarga kami ... eh anak-anak dan en hubby tak masuk sekali pulak hehehe.


Ni ayah, anak dan anak buah ni ntah apalah yang diorang buat.

Anak-anak Amy macam biasa kalau balik Serting macam orang menyambut merdeka.


Kampung tak de wifi... bila Astro tak de citer best kenalah buat aktiviti lain pulak.




Excited belajar menyapu pakai penyapu lidi... kat rumah KL tak de penyapu lidi ni.

Balik kampung semuanya adventure time... menyapu sampah pun dia kata adventure time jugak. Cuba kalau kita suruh dia buat tiap-tiap hari, gerenti adventure time tukar jadi 'boring time' hehehe.



Kejap-kejap basuh kaki...


Ada aje benda yang dia nak buat bila balik kampung ni. Siput celah batu pun dia jumpa jugak. Selagi kita tak terjerit jerit panggil masuk selagi tulah dia merdeka kat luar tu.


Sehari sebelum Deepavali kami balik KLj alan clear ... 2 jam dah sampai. Sebelum sampai rumah kami singgah kedai mamak dulu. Makan siap-siap balik rumah tak payah masak dah, hehehe.

Comments

  1. baru 2minggu tak basi lg kak... kalu 2 bln ye dh basi hehehhe

    kalu pihak lelaki tak bt majlis takpe org biasa dh bt sekali ngn perempuan,.... bukit putus kalu lalu mlm2 mmg serem... ngn gelap takde lampu lg... penah lah beberapa kali pg umah kwn n lalu bukit pts tuh... mlt mmg kumat kamit baca mcm2 doa hehehe dasar penakut kan

    hehehe bdk bandar balik kg mmg lah ada je nk di teroka kak... aiyan kalu blik kg kalu pintu tak ttp mmg kejap2 nmpak dh ddk main kt bwh dok kejar ayam lah

    ReplyDelete
  2. banyak aktiviti di kampung ye..seronok anak2 :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)