Gulai Pucuk Paku Ikan Kering...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Pagi Isnin minggu lepas,  sebelum anak-anak  berkhatan sempat jugak Amy masak gulai pucuk paku ni. Seperti biasa Amy ambil resepi ni dari blog Kak Ita masam manis


Amy guna satu ikat pucuk paku aje. Amy beli pucuk paku ni kat Pasar Pudu satu ikat RM1. Satu ikat ni pun dah banyak, makan berdua pun tak habis. Ikan kering yang ada kat peti tu ada 100g. Amy beli yang dalam peket kat Jaya Jusco.

Lepas masak Amy bawa anak-anak gi swimming pool ingatkan sempatlah makan sebelum pergi Pusrawi tapi solat Zohor terus gerak sbb en Hubby kata jalan jem.

Temujanjinya pukul 2:30 ptg jadi Amy ingatkan nanti balik bolehlah makan tapi hampa malam baru sampai rumah.
.
.
KELAPARAN






GULAI PUCUK PAKU IKAN KERING
Oleh : Pak Engku
Rujukan : Santapan Gulai Tradisi


2 ikat daun pucuk paku - Amy guna 1 ikat aje.
10 tangkai cili padi ~ ditumbuk- Amy kurangkan.
300 gm ikan kering- Amy ada 100g aje.
3 batang serai ~ dititik
2 inc kunyit hidup ~ di tumbuk
5 sudu besar tempoyak
500 ml santan
2 helai daun kunyit ~ dihiris
Garam secukup rasa

Panaskan periuk, masukkan tempoyak, cili padi, santan dan kunyit
Kacau perlahan di atas api yang sederhana
Masukkan pucuk paku dan kacau sebati
Apabila mendidih masukkan daun kunyit dan ikan kering
Kacau hingga pekat
Perasakan dengan garam.





Masa Amy gi pasar tu ada orang jual ciku RM4 sebekas. Dah masak ranum balik rumah terus boleh makan dah. Ciku ni memang buah 'pebret' Amy, masa gi BW  minggu sebelum tu ada ternampak buah ni kat Blog Dana terus teringin nak makan. Kebetulan sehari dua selepas tu jumpa kat pasar, apalagi tak lepas peluanglah hehehe.


Comments

  1. Akak pun suka ciku tapi jarang dah membelinya. Kalau nampak di Aeon tu, beli gak kadang-kadang bila dah teringin sangat. Ikan masin masak lemak dengan nanas akak sukalah tapi bab letak pucuk paku mahupun sayur ni akak kurang sikit sebabnya akak tak makan sayur ^_^

    ReplyDelete

Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)