Layan Drama Korea Sambil Lipat Kain...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Dah lama jugak Amy tak melayan tv apatah lagi citer melayu. Jangan tanya drama ke pelakon ke penyanyi ke ... kalau yang baru tu semua Amy tak tau. 

Pernah ada kenalan terdekat kata housewife ni boleh buat macam-macam sebab ada banyak masa. Orang lain Amy tak tau tapi bagi Amy tak jugak. Bila semua dah keluar ke sekolah dan pejabat, startlah mengemas rumah kadang-kadang breakfast pun lupa. Bagi Amy memang tak habis-habis kerja kat rumah ni pastu terkejar kejar nak ambik anak sekolah, masing masing waktu balik sekolahnya tak sama. Kalau lif buat hal lagilah 'loteh' dibuatnya.

Lepas mengadap anak-anak buat homework setiap malam barulah ada masa, sambil-sambil melipat dan mengosok baju Amy layan citer Korea. 

One More Happy Ending...



This drama tells the story of marriage, remarriage and divorce. At times like this, when getting divorced and remarried is not a big deal. Men and women who want to be happy once again get married, divorced and remarried. Han Mi Mo (Jang Na Ra), Baek Da Jung (Yoo Da In), Go Dong Mi (Yoo In Na) and Hong Ae Ran (Seo In Young) were once members of idol group Angel. Han Mi Mo now divorce and works as a representative for a remarriage consulting business. She gives honest answers to her customers who hope to remarry. Her former bandmate Baek Da Jung is also a representative at the same company. She married a rich man but is also divorced. Go Dong Mi is now an elementary school teacher. She is single and feels lonely. Hong Ae Ran is a representative for an internet shopping mall. These women are still friends. Meanwhile, Song Soo Hyuk (Jung Kyung Ho) is a reporter and a single father. He has a friend, Goo Hae Joon (Kwon Yool), who is a doctor and single. Song Soo Hyuk and Goo Hae Joon become involved with these women.


 Moorim School...


The Moorim School isn't focused solely on high academic scores. The school teaches its students virtues including honesty, faith, sacrifice and communication. The teachers and students at the school come from different countries and each have their own stories. Yoon Shi Woo (Lee Hyun Woo) is a troublemaker idol star who suffers a setback and finds himself shoved into this strange school to straighten out. Wang Chi Ang (Hong Bin) will be the roommate he strikes up a friendship with. He a rich kid with a carefree personality who was let in because of his powerful parents. Meanwhile, Sim Soon Duk (Seo Ye Ji) is a hardworking student who supports her blind father and has to attend Moorim in secret. Hwang Sun Ah (Jung Yoo Jin) is the daughter of the school president and Moorim ace student.




Cheese in Trap...


Drama depicts the delicate relationship between female university student Hong Seol (Kim Go-Eun) and her senior Yoo Jung (Park Hae-Jin). Hong-Seol works part-time due to her family's poor background. Yoo Jung is good looking, gets good grades, athletic and has a kind personality, but he has a dark side.



Neighborhoods' Hero...



Baek Shi-Yoon (Park Si-Hoo) is an ex-secret agent. He is a well-trained human weapon. Hiding his past, he buys the bar "Neighborhood" and runs it is as the owner. He gets close to the neighborhood regulars at his bar and sympathizes with their pain. Baek Shi-Yoon meets a young man who works as a temporary employee. The young wants to become a police officer. Baek Shi-Yoon trains the young man as a secret agent and they fight together against evil.







Lampu ...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Dah dekat sebulan dapur Amy bergelap, nasib baik ada lampu kat yard  taklah gelap sangat. Ini semua gara-gara lampu dapur Amy yang tiba-tiba jatuh ke lantai. Nasib baik masa tu Amy tengah basuh pinggan kat sinki,  buatnya tengah jalan bawah dia ke tengah masak ke....


lampu

Puas nak membersihkan kaca-kaca halus.

Lampu ni jatuh dengan wall plug dia sekali. Tak kan lah lubang tu membasar kot... mungkin wall plug yang lama tu tak bagus. 





Semalam Amy ajak En Hubby gi kedai lampu Paragon kat Desa Pandan, Hari Sabtu sebelum tu dah gi Ikea tapi tak ada yang berkenan. Hajat di hati nak mencari lampu untuk dapur. 

Sebelum-sebelum ni kalau cari lampu kedai ni pilihan pertama sebab Ikea jauh nuuuun kat Damansara, la ni Ikea dah dekat ngan rumah kedai ni jatuh tempat kedua... hehehe. Maklumlah harga lampu kat Ikea jauh lebih murah dari lampu-lampu yang ada kat kedai.

First time Amy gi kedai ni masa beli lampu untuk rumah yang kat Semenyih tu .... lebih kurang 12 tahun jugak Amy kenal dengan bos kecik kedai lampu Paragon ni.


Kami berkenan dengan lampu ni kononnya nak letak kat ruang antara almari baju ngan toilet tu, yang tu dah bertahun dah tak de lampu lagi. Amy dapat RM210 tapi tak jadi pulak lepas tu.






Ala-ala Middle East tapi yang terlintas kat kepala Amy ialah Deepavali, apasal ntah.



Macam sangkar burung...





En Hubby kata dia tak minat style yang macam ni.


Ini pulak yang biasa kita tengok tapi cer tengok harga tu ... 



Inilah lampu yang kami pilih untuk dapur RM2++. Dulu Ikea ada jual lampu yang macam ni, kalau tak salah Amy Ikea punya mentol 3 yang ni mentol 5. 



Bos dan pekerja tengah mengilap bagi berkilat kilat guna Autosol.

Konon nak beli satu aje tapi terbeli dua pulak. Dah bertahun-tahun Amy berkenan ngan lampu chandelier tu. Setiap kali Amy datang kedai ni Amy mesti tengok. Maklumlah harganya .... 

Semalam Amy tengok harganya masih sama seperti dulu. Belek punya belek bos kecik tu cakap ni last untuk stok yang lama, yang baru harga baru pulak. Gara-gara lampu ni lama Amy kat kedai tu dok buat kira-kira dlm kepala punya pasal. Akhirnya terbeli jugak. Huhuhu, abis duit tabung aku.




Bos kecik balut satu-satu crystal ball... Lepas tu letak kotak pulak kat bawah lampu tu dan kotak kat setiap tempat mentol ... entah apalah namanya Amy pun tak tau. Pastu balut ngan plastic wrap pulak.






Tempat lain yang bergelap tempat lain pulak yang pasang lampu. Hari ni dapur Amy masih lagi bergelap, semalam En Hubby tak sempat nak drill kat dapur tu sbb dah gelap.


Cantik pulak kalau guna Chrome ni.

Mula-mula pakai mentol 3w ni tapi cahaya tak cukup terang buatkan Amy sakit kepala.



Tak tahan sakit kepala, Amy tukar metol tu ngan mentol asal lampu tu sementara nak tunggu mentol baru. Mentol 3w tu Amy ingat nak gi tukar balik kat kedai tu ambik yang terang sikit.




Irfan cakap ... "mama, mama ... ada rainbow dalam kotak ni".

Bukan Anak Aje Yang Ada Calouring Book Tau...


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari bukan nak citer anak yang 'menggaler' tapi citer mamanya pulak yang tiba-tiba 'menggaler' hehehe. Tak pernah mimpi pun nak beli buku 'menggaler' ni untuk diri sendiri.... dulu Amy selalu beli untuk anak-anak aje tapi sejak anak-anak dah besar dan tak pandang dah aktiviti kaler 'menggaler' ni tak de lah Amy beli lagi.



Banyak betul skang colouring book untuk orang dewasa. Masa Amy menyinggah kat MPH hari tu lepas pos hadiah untuk pemenang Giveaway tergerak pulak nak membelek buku ni .... akhirnya terbeli hihihi.

Ada diantara buku-buku tu tulis untuk hilangkan stress.... dalam hati Amy, ini jangan ternampak atau terdengar kat MIL Amy tu jawabnya memang nak kenalah. Mesti dia akan cakap lebih kuranglah ye maksudnya ... Kalau stress kena baca Al Quran.

Amy beli bukan untuk hilangkan stress tau... 


Hasil yang pertama...

Amy kalau bab-bab seni ni memang tak de bakat. Ni namanya kaler ikut suka... belasah aje janji kaler.

Sambil mengadap anak-anak buat homework malam-malam tu ... masa ni lah Amy gunakan untuk 'menggaler' buku tu, sikit sikit lama lama siaplah halaman yang pertama. Masa ni ajelah pun yang boleh buat.





Yang ni pulak entah berapa lamalah boleh siap.

Cantik-cantik gambar dalam buku Secret Garden ni, anak-anak tengok Amy 'menggaler' diorang pun mulalah nak minta buku yang macam ni jugak ....


Banyak kan... satu kotak. 
 Masing-masing bila beli kaler mula-mula aje yang penuh kotak pensil kaler tu lepas tu kotak entah ke mana pensil kalernya entah ke mana. 

Tak payah dah beli kaler yang banyak-banyak tu, bila dah kumpul macam ni macam-macam kaler yang ada.




4 hadiah yang tidak bertuan.... sapa cepat dia dapat.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Inilah senarai pemenang Amy Hilmirda Giveaway yang dah memberi respon... terima kasih Amy ucapkan. 

Ada 4 lagi hadiah yang tidak dituntut, mungkin bukan rezeki mereka. Kalau boleh Amy nak selesaikan urusan pengeposan dalam minggu ini... tak nak simpan lama-lama hehehe. Mesti ada yang dah tak sabar nak terima hadiah masing-masing kan. 

Untuk 4 hadiah yang tidak bertuan ini Amy buka kepada semua peserta Amy Himirda Giveaway yang tidak ada dalam senarai di atas.  Caranya Amy terangkan kat bawah sekali ye...


5 kotak Tjena.

84.http://citirahayu.blogspot.my/2015/12/amy-hilmirda-giveaway-2015.html

28.http://bebyyellowshiteru.blogspot.my/2015/12/amy-hilmirda-giveaway-2015.html

14.http://bluechoralpearl.blogspot.my/2015/12/amy-hilmirda-giveaway-2015.html

100. http://akuvsdiashadhira.blogspot.my/2015/12/amy-hilmirda-giveaway-2015.html

Ada 1 lagi Kotak Tjena tidak bertuan.



1 Herbal Plus DayUse.

8. http://kupukupupurple.blogspot.my/2015/12/amy-hilmirda-giveaway-2015.html



Herbal Plus Pantyliner
35.http://qiyasaad.blogspot.my/2015/12/amy-hilmirda-giveaway.html?m=1



2 Pelapik Gelas Panna
96.http://www.zukidin.com/2015/12/amy-hilmirda-giveaway-2015.html

Ada 1 lagi Pelapik Gelas Panna tidak bertuan.



6 Set Kalas

53.http://hiphiphorray15.blogspot.my/2015/12/amy-hilmirda-giveaway-2015_14.htm

9. http://akubukaninnocent.blogspot.com/2015/12/amy-hilmirda-giveaway-2015.html

57.http://juliajamaludin.blogspot.my/2015/12/amy-hilmirda-giveaway-2015.html

74.http://mieya7882.blogspot.my/2015/12/amy-hilmirda-giveaway-2015.html

31. http://noradzwatyrokkafella.blogspot.my/2015/12/amy-hilmirda-giveaway-2015.html

Ada 1 lagi Set Kalas yang tidak bertuan.




4 Jam Rusch

81.http://secondblogimpianacikyaanie.blogspot.my/2015/12/amy-hilmirda-giveaway-2015.html

2. http://adna2029.blogspot.my/2015/12/amy-hilmirda-giveaway-2015.html

1. http://mummyayu.blogspot.my/2015/12/amy-hilmirda-giveaway-2015.html

Ada 1 lagi Jam Rusch tidak bertuan.


Untuk 5 hadiah yang tidak bertuan ini Amy dah tak nak buat cabutan lagi dah sebab ia akan mengambil masa. 

Cara nak rebut hadiah-hadiah ini ialah tulis kat ruangan komen " Saya nak...."
Contoh ... Saya nak Kotak tjena.

Setiap hadiah akan di miliki oleh orang yang pertama tinggalkan komen. 

Syarat-syaratnya ialah 
1. Peserta Amy Hilmirda Giveaway 2015.
2. tinggalkan link penyertaan.
3. Email (arifamy@gmail.com) atau whatsapp Amy (019-2253200) nama penuh, alamat dan no tipun untuk urusan pengeposan. 

Amy harap dengan cara ini Amy dapat selesaikan pengeposan hadiah dalam minggu ni juga.


Minggu pertama yang macam nak pengsan...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Minggu pertama persekolahan ni memang memenatkan... tak sempat nak up date tiap-tiap hari. Hari Isnin lepas, ibu bapa murid-muris tahun 1 dan 4 dipanggil untuk mendengar taklimat tentang DLP untuk math dan Sc.


Faris dah tahun 4 jadi kenalah Amy pergi dengar. Sebelum ni dah dengar kat sekolah menengah la ni kat sek rendah pulak. Macam Irfan dulu Math dan Sc memang dalam BM tapi bila peksa ada soalan dwibahasa. Masa P&P pun kalau ada yang tak faham cikgu akan terangkan dalam BI tapi kalau DLP ni dah 100% BI. 

Tahun 4 diberi 2 kelas untuk DLP... kalau ramai ibu bapa yang mohon maka keputusan peperiksaan anak-anak yang lepas akan diambil kira. 

Irfan dulu dari tahun1 sehingga tahun 6 dah didedahkan dgn Math dan Sc dalam Bi tapi Faris pulak dari tahun 1 sehingga 3 dalam BM dan dia juga agak lemah dalam BI jadi Amy ambil keputusan untuk tidak memilih kelas DLP.



Seluar pj SMKSBU masih belum ada stok jadi Amy tak boleh nak tukar seluar Irfan yang tersalah saiz tu.



Nasiim dan  Faris dah start sekolah KAFA kat SKSBU .



Kalau dulu lepas sekolah terus balik rumah skang dah tak boleh. Waktu habis sekolah Faris dan Nasiim pun dah tak sama jadi dari pukul 1 sampai pukul 3 Amy berumah kat sekolah. Hantar buku sekolah agama, tukar baju dan belikan makanan untuk Nasiim. Faris... Alhamdulillah dah pandai urus diri sendiri jadi Amy tak bimbang sangat tapi si Nasiim pulak masih belum biasa.







Beratur sebelum masuk kelas KAFA.




Hari pertama sekolah KAFA kasut dah tertukar... sampai hari ni tak tau kasut sapa.


Yang ni kasut Nasiim... tak sama langsung dengan kasut yang tertukar tu. Kasut ni saiz 13 kasut tu saiz 1. 

Yang Amy pelik tu takkan lah parents dia tak perasan kasut anak dia dah lain... kecik pulak tu.

Bila anak dah start sekolah ni... bukan setakat anak aje yang penat tapi mamanya pun macam nak pengsan jugak. Pantang letak kepala aje dah mimpi.

English Level Check ... British Counsil.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari sabtu yang lepas Amy bawa budak bertiga tu gi British Counsil KL untuk English Level Check. Amy dah buat booking online 2 minggu sebelum tu tapi bila sampai sana Amy register sekali lagi kat kaunter... Amy terlupa nak bagitau yang Amy dah register kat online. Tak pelah. 


Dulu Amy pernah hantar diorang gi Kumon untuk Math dan Bi ... lama jugak lah dari Irfan umur 4 tahun sampai darjah 5. Anak-anak Amy tak leh nak bawa Kumon, worksheet kena disiapkan dalam masa yang ditetapkan tapi anak Amy selalu lambat kadang-kadang kalau homework banyak sampai tidur pun lewat dah lah worksheet tak buat. 

Irfan pun sekarang dah dapat kelas DLP untuk Math dan Sc. Tak de lagi dah cikgu nak translate  dalam bahasa melayu dah. kertas soalan pun dah tak de dwibahasa dah.... nak tak nak kenalah hantar gi kelas English.

Google sana tanya sini... akhirnya Amy pilih British Counsil daripada Lorna Whiston kerana faktor yuran dan jarak.




Lepas bayar untuk test maka budak2 ni pun diberi test untuk menilai level BI diorang.

Test mengikut umur... test yang pertama, kena jawab kertas soalan. Faris dan Nasiim kertas soalan untuk 7-12 tahun dan Irfan pulak 13 keatas.




Test yang kedua...





Lama jugak menunggu giliran test yang kedua tu, macam-macam benda yang diorang buat. Nasib baik dah tak ramai orang. 



Lepas test barulah tau level berapa englishnya.  Jika minat bolehlah terus register untuk class. Untuk anak-anak, terpaksalah mamanya mengorek tabung hehehe.



Kami diberi kad. Irfan dapat hijau, Nasiim dan Faris dapat pink.
Kad hijau untuk 11 tahun ke atas. Kad pink untuk 11 tahun ke bawah.  Anak-anak yang pakai kad pink... kena dihantar dan dijemput kat pintu class. Anak satu kad penjaga satu kad.





Buku yang kena beli... kalau beli kat MPH online dapat 10% diskaun. Boleh juga beli kat MPH Quill. 
Kelas yang pertama start 9 Januari.