Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...
Hari sabtu yang lepas Amy bawa budak bertiga tu gi British Counsil KL untuk English Level Check. Amy dah buat booking online 2 minggu sebelum tu tapi bila sampai sana Amy register sekali lagi kat kaunter... Amy terlupa nak bagitau yang Amy dah register kat online. Tak pelah.
Hari sabtu yang lepas Amy bawa budak bertiga tu gi British Counsil KL untuk English Level Check. Amy dah buat booking online 2 minggu sebelum tu tapi bila sampai sana Amy register sekali lagi kat kaunter... Amy terlupa nak bagitau yang Amy dah register kat online. Tak pelah.
Dulu Amy pernah hantar diorang gi Kumon untuk Math dan Bi ... lama jugak lah dari Irfan umur 4 tahun sampai darjah 5. Anak-anak Amy tak leh nak bawa Kumon, worksheet kena disiapkan dalam masa yang ditetapkan tapi anak Amy selalu lambat kadang-kadang kalau homework banyak sampai tidur pun lewat dah lah worksheet tak buat.
Irfan pun sekarang dah dapat kelas DLP untuk Math dan Sc. Tak de lagi dah cikgu nak translate dalam bahasa melayu dah. kertas soalan pun dah tak de dwibahasa dah.... nak tak nak kenalah hantar gi kelas English.
Google sana tanya sini... akhirnya Amy pilih British Counsil daripada Lorna Whiston kerana faktor yuran dan jarak.
Lepas bayar untuk test maka budak2 ni pun diberi test untuk menilai level BI diorang.
Test mengikut umur... test yang pertama, kena jawab kertas soalan. Faris dan Nasiim kertas soalan untuk 7-12 tahun dan Irfan pulak 13 keatas.
Test yang kedua...
Lama jugak menunggu giliran test yang kedua tu, macam-macam benda yang diorang buat. Nasib baik dah tak ramai orang.
Lepas test barulah tau level berapa englishnya. Jika minat bolehlah terus register untuk class. Untuk anak-anak, terpaksalah mamanya mengorek tabung hehehe.
Kami diberi kad. Irfan dapat hijau, Nasiim dan Faris dapat pink.
Kad hijau untuk 11 tahun ke atas. Kad pink untuk 11 tahun ke bawah. Anak-anak yang pakai kad pink... kena dihantar dan dijemput kat pintu class. Anak satu kad penjaga satu kad.
Buku yang kena beli... kalau beli kat MPH online dapat 10% diskaun. Boleh juga beli kat MPH Quill.
Kelas yang pertama start 9 Januari.
waaa..anak skang mmg kena camnni ye
ReplyDeletewah...info baru nih...boleh check englich level! hurmmm, agak-agak saya ntah level ke berapa huhu
ReplyDelete