Spider-Man...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Masa tengah tunggu Irfan dan Nasiim kat British Counsil tadi kebetulan orang yang cuci tingkap tu betul betul kat depan kami.... kawan Faris kata yang orang ni Spider-Man. Yo lah Spider-Man pun Spider-Man lah.


Idea dari Pinterest...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Jom cuci mata ngan gambar yg Amy ambik kat Pinterst ni.



Bagus jugak idea ni... baking tray Amy tu tak tau mana nak letak dah tapi mana pulak nak cari rak majalah ni + tak de ruang yg sesuai nak letak dia.




Boleh letak botol air mineral yg banyak kat dapur tu.



Kalau gantung kat pintu kabinet tu senang sikit nak ambik.






Kalau tak jumpa getah nak mengikat pakai sepit baju pun boleh jugak :).

      

Lepas ni habislah muncung botol tu Amy potong.





Kalau Amy lah kan... ambik satu habis semua terbalik.





Idea ni pun ok jugak...








Amy suka tengok idea susun atur kat Pinterest ... banyak, duit dan tahap kerajinan aje penghalangnya hehehe.




Roti Nestum Bermadu dengan Krismis...

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Cuti sekolah ni masing-masing lapar aje, dan makan nasi pun masih mencari lagi. Kejap-kejap buka peti ais, kejap-kejap buka kabinet dapur pulak, adeh. Mamanya kena jugaklah masak lagi hehehe.


Sebelum ni Amy pernah share resepi Roti Nestum Bermadu, kali ni resepi yang sama jugak tapi Amy tambah krismis tu yang jadi Roti Nestum Bermadu Krismis... pandai-pandai aje bagi nama kan.


Sila abaikan rupa roti yang tak berapa nak handsome ni ye... maklumlah baru nak belajar meroti.




Roti Nestum Bermadu Dgn Krismis.
Bahan-bahannya:
  • 3 cwn tepung gandum.
  • ¾ cwn nestum - bukan nestum baby ye heheh.
  • 2¼ tsp yeast - Amy guna mauripan aje.
  • 1 tsp garam.
  • 1 cwn susu- Amy guna susu kotak lowfat. Klu takde soya pun boleh.
  • ¼ cwn air panas suam- suam kuku.
  • 28g butter - Amy guna buttercup.
  • ¼ cwn madu.
  • 2 tbsp madu - warmed (amy letak dlm air panas)
  • 1½ to 2 tbsp nestum.
  • 1/2 cwn krismis.












  • Masukkan tepung, nestum, yeast dan garam dalam mangkuk mixer pastu gaul sebatikan.
  • Amy gunakan kuali leper aje, panaskan susu tapi jangan sampai mendidih... cukup untuk cairkan butter aje. Pastu masukkan butter dan air.
  • Masukkan susu tadi ke dalam tepung. Kalau mixer Amy... Amy guna speed 2. Amy putar dalam 15 minit.... memandai mandaikan hehehe.
  • Masukkan dough ke dalam mangkuk yang dah diminyakkan sedikit. Tutup dengan kain bersih dan biarkan dia naik double 1/2 ke 1 jam. Amy biarkan lebih dari satu jam.
  • Pastu.. Amy tabur tepung kat tempat Amy nak letak dough tu. Gunakan jari.. ratakan dough 9x12. Pastu rollkan cantik cantik dan masukkan dalam loaf.
  • Tutup lagi dan biar dia naik lagi sekali.
  • Panaskan oven 180C kalau oven kecil kurangkan sikit kot.
  • Bila dah naik sapu madu suam ke atas roti tu dan tabur nestum.
  • Letakkan dulang atau bekas kecil berisi air kat bahagian bawah (dlm oven) untuk stim.
  • Amy bakar 55 minit.



  • Mula-mula cantik aje tapi tak menyabar punya pasal ... naik sikit aje dah bakar. 



    Gatal tangan mula-mula bakar api bawah aje dulu pastu bila dah tukar api atas bawah terus jadi macam gempa bumi roti tu.



    Dah tak handsome dahhhh...



    Keluar dari oven aje terus kena kenduri tak sempat sejuk dah, kejap aje tinggal suku.

    Walaupun tak handsome tapi rasanya masih sedap. Lembut dan moist.



    Keesokkan paginya en Hubby bawa ke opis. Cantik aje dia kena potong kan... 

    Balik Kampung ...

    Assalammualaikum  dan Salam Sejahtera..

    Cuti sekolah CNY ni kami balik kampung Amy tengok nenek, anak-anak apa lagi... merdekalah diorang. 


    Tak lekat dalam rumah, ada aje keje diorang. Abis anak-anak ikan pakciknya di buat main.


    Alasan nak buang daun kat dalam kolam tu...




    Tersesat pokok sawit sebatang kat belakang rumah .. nilah buahnya.


    Irfan ni pulak first time tengok buah sawit.




    Yang ni adik kepada adik ipar Amy, Ramadan. Kebetulan masa panjat tu sekor kerengga pun tak de tapi bila dah naik banyak pulak yg datang... kelang kabut turun, nasib baik tak jatuh.



    Jambatan nak ke rumah jiran sebelah. Jambatan kayu ni pun diorang excited.. rumah kita orang jangan mimpilah nak jumpa jambatan camni.



    Start dahhh....




    Faris pulak mengejekan gitar yg entah sapalah punya, kang kalau putus tali ke rosak ke puaslah nak mengantinya.



    Siangnya hujan... malam pulak sejuk.



    Hangkut pokok cili ni balik KL, kat rumah pokok cili Amy tu terbantut agaknya tak besar-besar. Ni tanam yang dah besar terus puas hati.


    Faris main basikal sepupunya sampai tercabut tayar.




    Jangan ingat kat highway aje yg 'jem'. Masa nak balik Kl... belum sampai Hospital Kuala Pilah lagi dah 'jem' hingga ke Bukit Putus yang peliknya lepas tu jalan dah clear .. tak taulah apa sebabnya.