Guna patafix abis citer.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...


Baru-baru ni ramai sahabat FB yang up date mereka guna Patafix untuk aktiviti 'tampal menampal' kat rumah diorang. Minggu lepas masa gi JJ ternampak pulak Patafix ni kat bahagian alat tulis. Amy pun tak lepas peluang terus beli. 

Amy beli UHU Patafix untuk yang 3kg punya. Harganya amboiii... RM9 satu paket. Ada juga jenama Faber Castel Tack-It tapi yang tu untuk benda yang ringan shj. 

Rak Ikea tu dah sebulan lebih beli, lambat sangat nak tunggu drill Amy lekat aje rak tu guna Patafix. Abis citer. Amy lekat gam tu kat 6 bahagian takut jatuh punya pasal .... hehehe. Amy tak berani nak letak benda yang berat berat, Alhamdulillah dah 8 hari tak jatuh lagi.


Rasa macam merdeka pulak bila ada Patafix ni sebab tak payah drill atau paku.... frem gambar yang ada banyak kat rumah ni pun abis Amy patafixkan jugak.

Amy lekat gambar ni kat belakang. Dulu kat situ tak de tingkap.... melopong aje. Ruang tu Amy letak mesin basuh tapi utk keselamatan punya pasal kami buat tingkap 4 daun. Bila dah letak langsir tak nampak dah macam bahagian belakang rumah. 

Kalau pakai patafix ni senang nak buka balik, dinding kita pun tak rosak.









Comments

Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)