Juadah Berbuka yang ringkas ...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..,

Sekejap aje dah 12 hari kita berpuasa kan nanti sekejap aje dah nak raya. Amy masih belum buat apa-apa persediaan lagi. Vitamin M terlebih tahun ni... hehehe. Ramai sahabat Amy yang dah start buat biskut, Amy mungkin minggu depan kot.



nasi ayam - Juadah berbuka puasa

Semalam Amy masak nasi ayam untuk berbuka puasa. Resepi ni Amy ambil dari blog kak ita masam manis. Menurut kak Ita resepi yang di kongsikan oleh Nurulwahida Othman ini diadaptasi daripada resepi nasi ayam yang di kongsikan oleh kak Laily Subang dan perapan ayam yang di kongsikan oleh Tuan Mustaffa Haji Othman seorang bekas masterchef yang pernah berkhidmat di Istana Buckhingham dan merupakan pemilik restoran Steak Me'nate yang menjadi viral di laman sosial satu masa dulu.


nasi ayam - Juadah berbuka puasa

Bagi Amy resepi ni senang tapi ada banyak citer. Kalau kita buat nasi goreng, lebur-lebur semuanya dah siap tapi nasi ayam ni nak kena sediakan stoknya dulu, beras nak kena rendam, nak buat sambal dan supnya lagi. Senang tapi makan masa.

Walaupun banyak citer tapi Alhamdulillah hasilnya memang sedap.   Nasi tu Amy masak 3 cawan, mula-mula risau jugak selalu masak 2 cawan pun masih ada baki yang ni 3 cawan... takut tak habis aje.

Resepi ni adalah resepi nasi ayam yang paling sedap pernah Amy buat. Tak cukup nasi satu periuk, masing-masing makan bertambah-tambah. 


nasi ayam - Juadah berbuka puasa



NASI AYAM UMI
Resepi Oleh : Laily Subang
Rujukkan : Nurulwahida Othman

Sebelum kita mulakan proses menanak nasi ayam, kita kena sediakan stock ayam. Stock ayam ini nanti kita akan gunakan untuk

  • Tanak Nasi Ayam
  • Sup Ayam
  • Sambal Lada



resepi Nasi ayam



Oleh itu Stock ayam perlu di bahagi kepada 3 bahagian.

Resepi Stock Ayam


1 ekor ayam yang 2 kg ke atas tapi Amy guna yang sekilo lebih.

Ayam di potong ~ tak kiralah nak potong kecil, potong 8, potong 2 atau nak rebus terus seekor. Amy potong kecik-kecik aje ayam tu.

Larikan lemak ayam ~ lemak ayam ni adalah rahsia istimewa dalam penyediaan ayam ini. Lemak ayam banyak di bahagian bontot ayam. Lemak ini di simpan untuk menanak nasi kita nanti.



-Rebus air dalam periuk hingga mendidih dengan menggunakan api yang besar.
-Pastikan air yang banyak hingga ayam tenggelam - Amy terlebih pulak airnya.

-Bila air dah mendidih barulah masukkan ayam.

-Letakkan sedikit garam ketika merebus ayam.

-Kemudian tutup periuk dan biarkan ayam empuk selama 5 hingga 6 minit

-Jika merebus seekor ayam, lebihkan masa rebusan sedikit

-Bila dah 5 minit angkat ayam dan toskan. Amy terlupa nak angkat dah lama baru ingat tapi alhamdulillah ayam tu tetap sedap.
~  Tujuan menggunakan air mendidih ketika merebus adalah untuk memerangkap jus ayam agar terus kekal dalam daging ayam tersebut


resepi Nasi ayam

Resepi Nasi Ayam
Resepi oleh : Laily subang

3 cawan beras
~ jika guna beras biasa sukatan air sama dengan sukatan beras. Jika guna beras basmathi, sukatan air di lebihkan sedikit.

3 cawan air stock ayam

2 ulas bawang putih ~ di tumbuk

1 inc halia ~ di titik atau ketuk

lemak ayam ~ dari 1 ekor ayam yang kita potong
1 kiub pati ayam
1 helai daun bay leaf ~ kalau tak ada letak daun pandan pun boleh
1 sudu teh serbuk kunyit
garam secukup rasa
Rempah tumis 4 sekawan ~ kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkit dan biji pelaga.


Cara-caranya:
Beras di rendam dengan 1 sudu teh serbuk kunyit
Jika menggunakan beras basmathi, rendam lama sikit anggaran 3 jam

Kemudian cuci bersih

~ Tujuan rendam dengan kunyit untuk mendapatkan sedikit warna kuning lembut pada nasi ayam kita nanti.

Masukkan lemak ayam yang telah di cuci bersih ke dalam periuk nasi.
Kemudian tutup periuk, lemak akan bertukar menjadi minyak

Buangkan baki lemak yang tertinggal dan biarkan hanya minyanya sahaja dalam periuk nasi

Masukkan bahan tumis ( kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan biji pelaga ) bawang putih yang di tumbuk halus, halia yang telah di ketuk dan daun pandan.

Tumis hingga garing dan naik aromanya

Kemudian tuangkan air rebusan ayam.
Masukkan juga kiub ayam dan sedikit garam
Akhir sekali masukkan beras
Tanak nasi seperti biasa.


resepi Nasi ayam

Amy tak letak tomato sebab tak ada yang makan.

Resepi Ayam Madu
Resepi Oleh : Tuan Mustaffa Haji Othman
Rujukkan : Nurulwahida Othman

2 ulas bawang putih ~ di tumbuk halus
2 sudu besar madu
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar minyak bijan ~ optional
1 sudu kecil lada sulah
garam secukup rasa

Satukan semua bahan dalam sebuah bekas
Kemudian lumurkan pada ayam
Perap ayam 15 minit ~ 1/2 jam

Kemudian panaskan minyak dalam kuali
Pastikan minyak betul-betul panas
Api biar sederhana tapi minyak harus betul-betul panas baru masukkan ayam
Masak ayam 5 ~ 7 minit sahaja
Angkat ayam yang telah masak dan saringkan
~ Tujuan minyak betul-betul panas , supaya luar ayam garing masaknya tetapi daging di dalam masih lagi jucy.






Resepi Sambal Lada

6 biji lada merah ~ dikisar
2 ulas bawang putih ~ di kisar
1 sudu jus limau nipis
1 inc halia ~ di kisar
4 sudu besar gula
1 sudu teh garam
3/4 cawan air rebusan ayam
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap manis

Satukan semua bahan kisar dalam blender, masukkan air rebusan ayam dan kisar hingga halus.
Tuangkan dalam periuk dan masak atas dapur.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
 Tambahkan sos cili dan sedikit kicap manis.
Bila dah masak, perahkan jus limau dan hidangkan bersama set nasi ayam.


sup ayam- nasi ayam


Sup Ayam

2 biji kentang ~ di potong kecil
1 batang carot ~ di potong kecil
1 pokok daun bawang ~ ambil bahagian bawangnya  ( 2 inc dari akar ) dan belah 2.
1 bunjut rempah sup bunjut
1 inc halia di ketuk
1 kiub ayam
2 ulas bawang putih ~ di tumbuk
garam secukup rasa

Baki air rebusan tadi panaskan semula
Masukkan kentang, carot dan daun bawang
Masukkan juga sup bunjut dan kiub ayam
Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih dan halia
Masukkan dalam sup ( jangan masukkan minyaknya )
Perasa kan garamnya
Sedia di hidangkan bersama set nasi ayam

Bahan sampingan

Daun salad
Tomato ~ hi hiris nipis
Timun ~ di hiris nipis

orange apple sparkling


ORANGE APPLE SPARKLING
Rujukkan : Lasallefood Indonesia

50 ml Orange sunquick
400 ml minuman aiscream soda
air batu secukupnya
2 sudu makan biji selasih
10 helai daun mint
1 biji buah epal hijau ~ di sagat
1 biji apple merah ~ di sagat

Biji selasih di rendam dalam air suam hingga kembang
Tuangkan orange sunquick dalam jug
Masukkan 400 ml aiscream soda kacau rata
Tambahkan ketulan ais, biji selasih, daun mint , apple merah dan hijau
Kacau rata
Segera di hidangkan.

- Amy buat 1 botol besar aiscream soda dan 150ml orange sunquick. Apple merah dan hijau 1 biji sahaja.
-Amy tambah air supaya tidak manis sangat.
- daun mint tak de amy bantai pakai applemint.


resepi Nasi ayam

Pencuci mulut Amy buat jelly rasberi keluaran Nona. Ikut aje arahan kat kotak tu dan Amy tambah nata de coco. Satu kotak tu dapatlah 6 ketul... jadilah. Rasanya ok lah tak delah tak sedap tapi Nasiim tak suka. 


resepi Nasi ayam

Comments

  1. Lengkap! berselara seisi rumah pastinya Amy:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. PENGAKUAN TULUS DARI SAYA PAK SUKIRNO KERJA DI HONG-KONG SEBAGAI SOPIR

      Assalamualaikum.wr.wb. Kami ingin berbagi cerita kepada anda semua bahwa saya kerja di hongkong sangat-sangat menderita hutan di kampung sangat banyak ....dan kebetulang saya buka interner dapat nomor AKI dan saya coba-coba tlpn no hp aki menceritakan semua masala saya di sini mau pulang kampung tidak ada ongkos pulang dan alhamdulillah aki membantu saya melalui angka TOGEL benar-benar tembus 100% jp.....dan kami di sini sekeluarga mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga,, serta penghargaan dan rasa kagum yang setinggi-tingginya kepada AKY SANTADEWA,,saya sudah kerja sebagai SOPIR selama 10 tahun DI HONG-KONG,,dengan gaji lebih kurang 1.7jt/bln,,tidak cukup untuk memenuhi kebutuhan sehari-hari,,apalagi setiap bulan harus mengirim anak saya di kampung ,,sudah lama saya mengetahui roomn ini,,juga sudah lama mendengar nama besar AKY SANTADEWA,,tapi saya termasuk orang yang tidak terlalu percaya dengan hal angka ghoib,,jadi saya pikir ini pasti kerjaan orang iseng yang mau menipu saya …..tpi saya coba2 hbngi aky menceritakan semua masala tentan saya dan keluarga saya di kampung ..
      dan akhirya aky Berikan melalui angka togel 4D 1344 putaran hong-kong,,saya benar2 tidak percaya dan hampir pinsang,,angka yang di beri AKY ternyata tembus,,awalnya saya coba2 menelpon,,saya bilang saya terlantar DI hong-kong,,tidak ada ongkos pulang apalagi hutan ANAK saya diBANK mencapai 200jt,,terus beliau bantu kami kasih angka TOGEL..mulanya saya tidak percaya,,mana mungkin angka ini keluar,,tapi dengan penuh pengharapan saya pasangi kali banyak,,sisa gaji bulan kemaring ternyata alhamdulilla angka di berikan 4D 1344 pada tanggal 11-6-2016 TEMBUS 100%….!!!
      dapat 300jt..sekali lagi terima kasih banyak,,saya sudah kapok kerja di kampung orang,,rencana bulan ini mau pulang ke KALTIM utuk buka usaha di kampung sekalian bayar hutang anak saya di bank…….
      buat AKY saya tidak akan lupa bantuan dan budi baik AKY sekarang kehidupan sya lebih baik dan sya nanti y bisa berkumpul lagi sama kluarga besar sya di kampung..

      bagi teman-teman penggila kupon putih yang tidak pernah merasakan kemenangan dalam bermain TOGEL 2D 3D 4D SPORTS TOTO 6D
      AKY SANTADEWA.akan membantu anda semua dengan Angka ritwal/GHOIB..

      angka GHOIB:SINGAPURA
      angka GHOIB:HONGKONG
      angka GHOIB:MALAYSIA
      angka GHOIB:TOTO MAGNUM 4D.6D.8D
      angka GHOIB:LAOS
      angka GHOIB:SIDNEY
      angka GHOIB:CAMBODIA
      angka GHOIB:CHINA
      angka GHOIB:KOREA
      angka GHOIB:TOTO KUDA
      angka GHOIB:ARAB SAUDI
      angka GHOIB:BRUNEI DARUSSALAM
      angka GHOIB:TAIWAN
      angka GHOIB:THAILAND
      silahkan HBG/SMS di NO ;

      { 0852’8315’2944 } ATAU KLIK http://dukunnyaisriwangi.blogspot.co.id/

      anda jangan mudah tergiur dengan janji-janji saatnya kita perlu bukti
      hanya aky yang menjamin 100% kemenangan..AKY SANTADEWA …akan membantu
      anda semua dengan Angka ritwal/GHOIB
      putaran togel apa saja yang penting Anda yakin dan percaya sama
      AKY SANTADEWA MEMANG SELALU TEPAT DAN TERBUKTI. …….

      KARNA RASA HATI YANG GEMBIRA MAKANYA NAMA BELIAU SAYA CANTUNKAN DI INTERNET terima kasih, semoga info yang diberikan bisa membantu anda semua

      Delete

Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)