Kek Kukus Buah Sedap ...

Assalammualaikum dan Salam Aidilfitri ...

Lama sungguh tak buat kek buah ... tahun ni Amy buat 9 biji. Dah lah periuk kukus tu periuk saiz biasa aje. Kukus 4-6 jam tapi keknya 2 biji aje. Dua hari baru siap.

Amy sebenarnya tak rancang pun nak buat kek buah tapi disebabkan permintaan MIL jadi kenalah buat. Itu pun tak cukup. Nasib baik tak ambik order kalau tak pengsan Amy kat dapur tu.




Kalau boleh tak nak buat kek kukus buah ni ... Kek ni lah kek yang paling cepat tambah berat badan Amy. Kalau dah ada takkan nak buat-buat macam takde pulak kan... teringat-ingat aje kat kek tu.

Projek kek kukus ni Amy guna 2 resepi. Satu resepi yang biasa Amy guna dan satu lagi resepi dari blog Kak Azie. Hari ni Amy sharekan resepi dari blog kak Azie dulu. 

Alhamdulillah memang sedap sangat dan tak manisssss sangat. Ni yang bagi nama kek kukus buah sedap .. heheh. MIL dan Mak Ngah en hubby kata sesuai dengan tekak diorang. Kek ni harus disimpan seminggu dulu baru boleh dapat kelembaban yang betul-betul lembab dan lebih sedap. 

Resepi baru .. masih tak tau rasa dia macam mana jadi hari pertama tu balik aje dari terawih terus Amy kendurikan. Sedap tapi macam kena tambah gula lagi kot. Agak kering sikit tapi en hubby Amy laju aje masuk mulut.

Nasib baik Amy tak tambah gula lagi utk kek yg seterusnya. Selepas seminggu kek tu bertambah manis, bertambah sedap dan moist.



Resepi yang biasa Amy guna tu tak perlu simpan lama. Sejuk aje dah boleh potong. Memang dah moist dan sedap tapi agak manisss. Bila dah seminggu ia bertambah lembab tapi mcm lembik kat dalam mulut tapi tak lembik ... tak tau camner nak terangkan dia tapi Amy tak suka kalau ia dah lama.

Resepi kak Azie ni dia kena tunggu lama baru dia lembab. Semakin lama ia semakin sedap. Lembab, lembut tapi tak rasa mcm lembik kat dalam mulut. Macam pejal sikit.

Bagi Amy kalau nak makan cepat boleh cuba resepi yang lama tapi kalau nak simpan lama ... resepi ni lebih baik. 

Jenis butter yang berkualiti digunakan  adalah penting untuk dapatkan kek kukus buah yang sedap dan baunya yang menyelerakan. 

Amy guna loyang saiz 9'... itu aje saiz yg paling besar kat rumah ni.  Adunan ni boleh dapat lebih kurang 2.5 kg jadi amy buat satu loyang tu 1.25kg. Kalau nak buat 1kg pun ok tapi tebal dia macam tak cantik pulak. Amy pernah buat 2kg satu loyang tapi hasilnya sangat tebal.



Kek Buah Kukus Lembab dan Sedap
Oleh: Azie Kitchen
Loyang saiz: 10" 

Bahan bahan:
500 gm butter
6 biji telur 
500 gm mixfruits
2 sk vanilla
2 sk esen ros - tak letak

Bahan Ayak:
600 gm tepung gandum
2 sk soda bikarbonat 
1/2 sk cream of tartar 
1 sk serbuk buah pala - opsyenal, Amy tak letak

Gula Hangus:
4 cawan gula pasir- Amy guna 600 gm  gula pasir
1/2 cawan air sejuk



Cara cara:

- Panaskan gula pasir di dalam kuali menggunakan api kecil sehingga gula cair dan berwarna perang. 
- Tuangkan air dan kacau seketika sebelum dimasukkan butter. Terus masak sehingga cair. 

- Masukkan pula mixed fruits dan masak sehingga mendidih dan tutup api. Ketepikan dan sejukkan sebentar sehingga agak suam.

- Masukkan semua bahan ayak ke dalam adunan buah tadi sedikit demi sedikit dan gaul dengan senduk kayu hingga rata dan sebati.

- Dalam bekas lain, pukul telur sebentar atau gunakan mixer. Kemudian tuangkan ke dalam adunan dan kacau sehingga sebati. 
- Masukkan esen vanila dan esen rose. Jangan terlebih kacau takut buah mendap.

- Masukkan adunan ke dalam  bekas saiz 10-12" dan kukus selama 4 - 6 jam di dalam pengukus yang telah dipanaskan airnya. Lagi lama dikukus lebih lembab dan tahan lama. 
- Kukus dengan api yang sederhana pada 3 jam yang pertama dan selepas itu dikecilkan api.  Kalau nak tambah air pengukus, pastikan ditambah dengan air panas.



Tengah menggukus gas pulak habis. Punyalah lama tunggu cina gas nasib baik ada multicooker.



Resepi ni senang sangat tak payah guna mixer tapi yang lecehnya kena tunggu campuran gula hangus tu suam dulu.



Sekang kita makan dulu puas-puas nanti lepas raya kita 'diet' balik. 


Comments

  1. Pandainya akak buat. Kek fav ayah saya ni :)

    ReplyDelete
  2. tgk pun dh tau sedap kak...
    tp kadang mkn kek buah ni blh muak...

    tinginnya rasa kek buatan akak nih

    ReplyDelete
  3. rajinnye kak ...nak sikit..hehe

    ReplyDelete
  4. alamak kek ni kalo ada time raya memang lemah iman betul rasa.. laju je nak ngap. pkir sebab kat rumah orang ja.. hahaha nak buat malas =P

    ReplyDelete

Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)