Jalan-jalan Petang ... SSF.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Kebetulan hari ni en hubby half day jadi Amy pun ajaklah dia mencari cawangan TNB yang terdekat. Dah dekat 14 tahun duduk sini tapi TNB pun tak tau kat maner ... heheh. 

Ni semua pasal TNB tukar no akaun tulah, Amy pun diantara yang terkena jugak, lain kali Amy citer pasal bil TNB tu tau.


Tanya pakcik Google, ikut pak Waze tetiba sampai tempat yg dituju ... tengok kiri kanan, bayang TNB pun tak jumpa last-last ajak en hubby ke SSF aje.

Skang SSF ada buat sale sampai 4 sept, 2016 kalau tak silap Amy. Manalah tau kot ada barang yang Amy suka dah jadi "murah giler".



En hubby suka sofa ni tapi ...

Memang banyak yang barang yang  harga dia jauh berbeza dari selalu tapi barang yang Amy suka masih lagi "harga mampu tengok". 



Amy lagi suka kalau kaler dia macam ni.



Sofa yang en hubby suka tapi kaler aje yang lain. 



Banyak juga barang baru. Setakat nak cuci mata tu... bolehlah. 



Sudahnya kami beli benda ni aje nak letak kat kaki kerusi. Harga ahli RM2.90 sahaja. Tak dapat hangkut sofa yang besar gedabak tu dapat hangkut protective pad ni pun jadilah.

Comments

  1. eca pun suka cuci mata kat SSF....tapi tue la harga mampu tengok je =(

    ReplyDelete
  2. harga ssf mmg stil mahal..canti tu cantiklah..ikea lagi ok kot price? huhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)