WhatsApp Group Kelas Anak-Anak



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera ...

Alhamdulillah, tahun ni ketiga-tiga anak Amy ada whatsapp group khas utk ibu bapa dan guru. Tahun lepas kelas Nasiim aje yang ada abang dia yang dua orang tu tak ada.



Bagi Amy whatsapp group kelas anak-anak ni sangat-sangat membantu. 
Dulu kalau ada kerja yang tak sempat salin  atau tak ingat nak kena pakai baju apa, tak tau nak tanya kat sapa sebab kawan-kawan dia tak ada yg tinggal dekat-dekat sini. No tipun pun tak tau.

Bila dah ada whatsapp group ni barulah lega banyak. Dah ada tempat utk ibu bapa dan guru berkomunikasi. Setakat ni belum lagi yang ada menyalah gunakan whatsapp kelas anak-anak ni. Kalau ada hal-hal yang sensitif biasanya mereka akan pm tepi guru kelas masing-masing. 

Hari Usahawan sebelum ni, kami menggunakan ruang yang diberi ini untuk membincangkan apa yang hendak di jual dan supplier.  Begitu juga dengan kecerian kelas. pendek kata tanpa bersemuka pun kami ibu bapa boleh menyumbang idea dan tenaga. 




Kalau kelas Irfan lagi best. Cikgu dia akan up kan nama pelajar yang tak bawa buku, tak siap kerja atau yang datang sekolah tapi tak menghadirkan diri dalam aktiviti penting dan yang main dalam kelas. 
Jadi tak de lagilah kes cikgu kata ibu bapa tak ambik tau dan ibu bapa pulak tak boleh lagi kata tak tau yang anak mereka tak buat homework atau tak tau apa yg berlaku di sekolah. Dengan ini ibu bapa dan guru dapat bersama-sama memantau anak-anak kita.




Comments

  1. Bagus juga ada group whatsapp yg disertai oleh murid, guru n pelajar. Jadi sama2 pantau anak2 kita tu. BTW, Abam Kie ada buat GA buku n novel. Jemputlah masuk juga...terhangat d pasaran skrg... tq. www.zukidin.com

    ReplyDelete
  2. betul ada kebaikan jgk kak... tp kadang ada jgk yg kot2 mak pak yg terlebih concern psl anak2 tanya lebih2... kadang blh bt annoying jgk... maksudnya mungkin ptt wassap private kt cikgu tuh trs dr ltk kt grup hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya mereka akan pm cikgu tu sendiri kalau ada hal yg terlebih-terlebih tu :)

      Delete
  3. bagus ade group mcm ni..
    skrg info sume dihujung jari.. hihi

    ReplyDelete
  4. Betul tu..
    Kalau guna dengan baik memang bagus sebenarnya group whatsapp nie..
    Tapi bila ada yang menyalah gunakan tu yang masalah..
    Apapun Whatsapp nie ada je kebaikan dan keburukan..
    Terpulang pada kita yang menggunakan..
    Semoga lebih ramai yang sedar mengenai kebaikan group whatsapp nie..

    ReplyDelete

Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)