Rumah Untuk DiJual - Bandar Sunway Semenyih Superlink.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Akhirnya ku lepaskan jua.... amboiii  heheh. Yelahkan dah bertahun-tahun hati berbelah bagi nak jual tak nak, nak jual tak nak.  Jenguk pun sekali dua aje setahun.


Iklan rumah Amy ni boleh tengok kat Disini. Nanti ada pulak yang tertanya tanya kat mana kan. 

Rumah Amy ni kat Bandar Sunway Semenyih dah dekat ke Kajang.  Jarak dari rumah nak ke highway Lekas tu tak sampai 3 minit kalau drive. 

Jangan risau.... jika anda serious buyer, harga boleh dirundingkan.


house for sale


Hari ni anak-anak semua kat rumah. Faris dan Nasiim dah merdeka tinggal Irfan aje yang akan start exam Jumaat minggu depan. Faham-faham ajelah kalau dah merdeka ni, komputer ipad diorang "kongker". Mamanya nak guna komputer pun kena tunggu giliran heheh.

Cerita Minggu Lepas... Seri Pajam Nilai.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Minggu lepas masa Amy pergi Seri Pajam opis kat Nilai, masuk-masuk pintu aje mata terus melekat pada decoration dia.

 Menarik juga kat ada sofa macam ni kan...

Ruang ni pun nampak menarik.




Biarlah en hubby dengan urusan dia. Amy pulak merayap kat dalam opis tu tengok deco dan contoh-contoh rumah yang ada kat situ. Rumah yang kecik-kecik yang untuk pameran tu aje bukan rumah besar tau.


Complementary from Seri Pajam.




Tadaaaa.... yang dalam tin tu ada gula-gula mentos dan yang oren tu sarung kusyen. 

Resepi Bluberry Muffins Yang Sangat Sedap.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...


Amy pernah beli blueberry muffin kat Tea Leaf n Coffee Bean, memang sedap tapi harga... tak boleh beli selalu. 

Cari punya cari punya cari... akhirnya Amy jumpa dua resepi blueberry muffins ni. Satu guna fresh blueberry dan satu guna blueberry filling tapi akhirnya Amy pilih yang guna fresh blueberry.  Biasalah kalau kat sini mahal sikitlah harganya.


Amy pilih yang guna fresh bluberry tu sebab Amy nak tahu macam mana rasanya kalau guna fresh blueberry dan satu lagi penyebabnya ialah resepi yang guna fresh blueberry ni dah berusia lebih 150 tahun dan ramai yang kata sedap.


Bila angin rajin dah datang .... haa hambik, 2 sekali. Dua-dua resepi ni senang dan cepat disediakan. Amy buat relax-relax dari pukul 12 lebih dan pukul 3 dah siap tinggal kena kenduri aje. Chocolate brownies kedut ni memang dah jadi kesukaan family Amy, buat aje gerenti habis. Resepi chocolate brownies kedut ni boleh ambil di sini.


Grandmother Hinckley's Blueberry Muffins.
Di ambil dari Cooks.com.


Bahan-Bahannya:
3 sb butter 
2/3 cwn guna - Amy guna gula castor
1 biji telor - dipukul. 
1/2 cwn susu- Amy guna fresh milk.
1 1/2 cwn tepung*
2 sk baking powder*
1/2 sk garam*
1 - 1 1/2 cwn bluberry

* tepung, baking poder dan garam di ayak bersama.



Caranya:

Panaskan oven dulu suhu 160c-170c. Bergantung ada oven masing masing.
Pukul butter dan gula sehingga berkrim.
Masukkan telor.
Masukkan susu.
Masukkan bahan yang diayak bersama kedalam adunan.
Masukkan blueberry dan digaulkan sahaja.



Masukkan adunan kedalam muffin pan atau cup.
Amy guna cup shj dan dapat 11 biji.
Mula-mula Amy bakar 160c untuk 25 minit dan kemudian naikkan 170c dan bakar lagi 5 minit. 


Resepi ni butternya guna sudu jadi biarkan butter tu lembut sehingga boleh disukat guna sudu tapi janganlah biarkan sampai cair pulak.

Amy guna baki butter scs yang ada, malas nak pergi beli butter yang lain. Rasa dan bau bergantung pada penggunan butter kita. Telor pulak Amy tak baca resepi betul-betul dan terus masukkan tanpa dipukul tapi alhamdulillah tetapi jadi dan sedap.

Semua kata sedap tapi En Hubby dan Nasiim tak berapa sangat sebab mereka lebih suka yang ada coklat cip. Amy, Irfan dan Faris ajelah yang 'mengkendurikan' muffins ni. Bagi Amy resepi blueberry muffins ni memang sedap. Tak sampai 2 hari dah habis. Mungkin lepas ni Amy akan gantikan bluberry dengan coklat chip. Yang tu mesti kena buat double, kalau tak memang tak cukup.

Segmen Jom Exchange Link.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...


Klik banner untuk join..

Segmen Jom Exchange Link by Mellya Crayola, Jom kita join. Syarat-syaratnya pun mudah aje.

Blog ni Fhatin ni memang cantik, Amy suka dengan bunga-bunga yang besar kat tepi-tepi tu.

Meja Makan = Meja Ping Pong.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Bukan setakat tempat makan, buat homework dan bertukang. Sekarang dah tambah satu lagi.... tempat main ping pong.

Mama dia tengok rasa macam nak pengsan.


Berkali-kali Amy ingatkan diorang tentang lampu kat atas tu, komputer dan pasu bunga yang kat belakang.


Diorang main relax aje... mama dia aje yang tak senang duduk.
Abislah lampu aku..
Abislah pasu aku...
Janganlah kena komputer tu ...
Nangis mama ... huhuhu.


Anak-Anak.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Kebelakangan ni 'mood' nak 'mengupdate' blog tak berapa sangat. Amy ni memang macam ni, kalau ada yang merunsingkan fikiran rasa macam nak buat tu tak kena nak buat ni pun rasa tak kena. Alhamdulillah, masalah dah selesai Amy pun dah mula mengadap komputer balik... heheh.


Setiap hari macam ni lah. Meja nilah tempat makan, meja ni tempat buat homework tapi skang dah tambah satu lagi.... tempat bertukang. Mamanya hanya boleh geleng kepala aje, dalam hati "habislah meja aku". Nak marah pun tak boleh jugak, rumah kecik tak de tempat lain nak buat. Kalau buat kat lantai nanti bunyi ketuk mengetuk tu orang bawah komplain. 




Hari Ahad lepas sebelum ke British Counsil kami menyinggah dulu ke Kinokuniya dan lepas tu ke kedai alatan sukan. Dah 7 tahun duduk kat rumah ni tapi tak pernah lagi menggunakan gelangan squash tu, rasa macam rugi pulak. Jadi kami pun pergilah membeli racket squash yang murah + beginner. Nanti bolehlah si Irfan dan si Faris belajar main squash. Ayahnya pun bolehlah tumpang sekaki.


Budak bertuah ni pulak orang sibuk tengok racket dia relax aje baca buku yang dia beli kat Kinokuniya tu kat situ.

Dua Pelangi Di Petang Hari.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Cerita petang semalam...



Bukan selalu dapat tengok pelangi sekarang ni nak pulak dua pelangi sekali gus. Bersyukur sangat sebab masih lagi diberi kesempatan menikmati keindahan ciptaan Allah. 

nota kaki: tak taulah apa yg amy buat sampai tak sempat nak buka komputer. Slow-slow buat BW, jgn marah tau.

Innisfree Mask ... rambang mata.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Setiap kali lalu kedai Innisfree ni Amy nampak ramai orang beratur nak bayar. Tak kiralah kat KLCC ke kat Pavilion ke sama aje. Kebetulan masa Amy gi ambik cik lappy kat KLCC, kedai Innisfree ni lengang sikit. Amy pun apa lagi tak melepaskan peluanglah terus masuk kedai tu dan siasat apasal kedai tu ramai aje orang. Macam polis pulak... hahaha.


hilmirdadaud.blogspot.my

Masuk aje kedai tu terus nampak mask. Huyoooo ada macam-macam. Rambang mata. Yang paling murah RM4, Amy ambik strawberry, rose, timun dan manuka honey. Jadilah. 

Masa Amy pilih mask barisan nak bayar tu dah panjang. Amy pun cepat-cepat beratur tak sempat nak siasat barang lain. Yang Amy perasan dia tulis produk dari Jeju. Tu aje. Beratur pun lama rasa macam tak jadi beli aje
Rupanya ada yang masa bayar tu diorang join member sekali. Amy nampak yg join member tu dapat macam-macam free gift. Amy tak join pun.. tak kuasa nak tunggu lagi rasa nak cepat keluar aje.

Wattpad.. Baca Novel Kat Telifon Aje.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Amy sebenarnya malas nak pergi kedai buku terutamanya Kinokuniya. Kalau dah ke sana mesti rambang mata rasa macam tak cukup satu buku. Harga pulak lagi tebal buku lagilah mahal.


BEASTY - [A Wattpad Trailer]
Ada novel yang mempunyai lagu atau video pendek kat atas dia. Jangan ingat movie aje ada. Kalau rasa nak dengar sambil baca tu boleh tekan 'play' aje.

Mungkin ramai yang dah pasal tahu Wattpad tapi macam biasalah, Amy ni ketinggalan sikit... heheh. Ada banyak tempat lain yang boleh baca buku online free tapi Amy install wattpad ni sebab kat Appstore tu dia yang kat atas sekali.

Sekarang ni Amy baca novel kat tipun aje, senang. Tak payah pergi kedai  + selamat duit aku... hahaha. 


Ada banyak buku kat sini... pilih aje ikut 'genres' yang suka dan simpan kat library atau kat kita punya reading list. 



Kat sini memang banyak citer ala-ala mengarut aka dongeng yang Amy suka tu. Bagi Amy citer-citer yang macam tu tak menyakitkan hati dan Amy pun tak 'emo'.



Kalau nak baca kat komputer, pergi aje wattpad.com tu. Tulisan pun nampak lagi besar... heheh.



Mary Kay ... Starter Kit Box Punyalah Besar.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Minggu lepas Amy ada citer tentang Amy cuba produk Mary Kay kan tapi Amy tak citer pulak pasal Amy beli barangan dia. Amy join member untuk starter kit dia yang ada macam-macam tu. 

Hari Selasa lepas courier datang hantar kotak punyalah besar. Terkujat sekejap. Tak sangka kotak besar macam tu. Ingatkan dia hantar starter kit + barang yang Amy beli. Rupanya dalam tu starter kit aje.

hilmirdadaud.blogspot.my

Bila Amy buka kotak tu nampak ada beg besar aje tapi bila buka beg tu ada macam-macam. Boleh tak bayangkan betapa besarnya beg tu. Dalam katalog nampak macam handbeg saiz biasa. Bagus jugak besar macam tu boleh letak telekung dan barang lain.

Amy join member bukanlah sebab nak berniaga tapi nak kan diskaun 30% dan kat dalam starter kit ada facial wash dan moisturizer yang Amy nak tu. Kalau hitung balik harga 2 barang yang Amy nak tu aje kalau non member price dah RM2++. Kalau join member ni tak sampai banyak tu dah dapat 2 barang ni. 


hilmirdadaud.blogspot.my

Selain facial wash dan moisturizer kat dalam tu ada 2 liquid foundation, night solution sample, lipstick sample dan moisture renewing gel mask sample.

hilmirdadaud.blogspot.my

Kiranya berbaloilah Amy join member ni. 

Yeay... Cik Lappy Dah Keluar Hospital.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Akhirnya cik lappy dah ok selepas masuk hospital dekat sebulan. 


hilmirdadaud.blogspot.my

 Nak ambik tu kenalah cek dulu manalah tau kot tak ok lagi ke kot ada calar atau rosak bahagian luar dia kan. Cek mengecek komputer ni en hubby yang lebih arif, Amy pandai guna dan pandai rosakkan aje... heheh.

Dekat 2 minggu baru keluar keputusan diagnostik. Nasib baik macbook pro Amy ni belum cukup 5 tahun dan part dia masih ada. Lepas ni kalau buat hal lagi kena hantar luar.

hilmirdadaud.blogspot.my
Alhamdulillah... tak sebanyak yang dijangkakan. Maklumlah kan kalau part yang baru tu satu aje dah beratus. En hubby kata kalau hantar kat luar tak dapat harga macam tu, kalau kena beribu baik beli laptop baru.




Ayah kat depan sibuk 'mengecek' cik lappy kami kat belakang sibuk 'berwefie'.

nota kaki: Dah sebulan pakai komputer besar guna mouse, bila pakai lappy pun terikut-ikut nak gerakkan mouse jugak.