Resepi Bluberry Muffins Yang Sangat Sedap.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...


Amy pernah beli blueberry muffin kat Tea Leaf n Coffee Bean, memang sedap tapi harga... tak boleh beli selalu. 

Cari punya cari punya cari... akhirnya Amy jumpa dua resepi blueberry muffins ni. Satu guna fresh blueberry dan satu guna blueberry filling tapi akhirnya Amy pilih yang guna fresh blueberry.  Biasalah kalau kat sini mahal sikitlah harganya.


Amy pilih yang guna fresh bluberry tu sebab Amy nak tahu macam mana rasanya kalau guna fresh blueberry dan satu lagi penyebabnya ialah resepi yang guna fresh blueberry ni dah berusia lebih 150 tahun dan ramai yang kata sedap.


Bila angin rajin dah datang .... haa hambik, 2 sekali. Dua-dua resepi ni senang dan cepat disediakan. Amy buat relax-relax dari pukul 12 lebih dan pukul 3 dah siap tinggal kena kenduri aje. Chocolate brownies kedut ni memang dah jadi kesukaan family Amy, buat aje gerenti habis. Resepi chocolate brownies kedut ni boleh ambil di sini.


Grandmother Hinckley's Blueberry Muffins.
Di ambil dari Cooks.com.


Bahan-Bahannya:
3 sb butter 
2/3 cwn guna - Amy guna gula castor
1 biji telor - dipukul. 
1/2 cwn susu- Amy guna fresh milk.
1 1/2 cwn tepung*
2 sk baking powder*
1/2 sk garam*
1 - 1 1/2 cwn bluberry

* tepung, baking poder dan garam di ayak bersama.



Caranya:

Panaskan oven dulu suhu 160c-170c. Bergantung ada oven masing masing.
Pukul butter dan gula sehingga berkrim.
Masukkan telor.
Masukkan susu.
Masukkan bahan yang diayak bersama kedalam adunan.
Masukkan blueberry dan digaulkan sahaja.



Masukkan adunan kedalam muffin pan atau cup.
Amy guna cup shj dan dapat 11 biji.
Mula-mula Amy bakar 160c untuk 25 minit dan kemudian naikkan 170c dan bakar lagi 5 minit. 


Resepi ni butternya guna sudu jadi biarkan butter tu lembut sehingga boleh disukat guna sudu tapi janganlah biarkan sampai cair pulak.

Amy guna baki butter scs yang ada, malas nak pergi beli butter yang lain. Rasa dan bau bergantung pada penggunan butter kita. Telor pulak Amy tak baca resepi betul-betul dan terus masukkan tanpa dipukul tapi alhamdulillah tetapi jadi dan sedap.

Semua kata sedap tapi En Hubby dan Nasiim tak berapa sangat sebab mereka lebih suka yang ada coklat cip. Amy, Irfan dan Faris ajelah yang 'mengkendurikan' muffins ni. Bagi Amy resepi blueberry muffins ni memang sedap. Tak sampai 2 hari dah habis. Mungkin lepas ni Amy akan gantikan bluberry dengan coklat chip. Yang tu mesti kena buat double, kalau tak memang tak cukup.

Comments

  1. wah cantik betul kejadiannya...rasa pun mesti melting-melting nih dlm mulut..

    ReplyDelete
  2. sedapnya muffin tu. hehe. btw busyra first time singgah sini :)

    ReplyDelete
  3. Hello !
    Welcome to the "Directory Blogspot"
    We are pleased to accept your blog in the division: MALAYSIA
    with the number: 667
    We hope that you will know our website from you friends,
    Invite your friends by giving them the "Directory award"
    This is the only way to expand the site.
    The activity is only friendly
    Important! Remember to follow our blog. thank you
    Have a great day
    friendly
    Chris
    For other bloggers who read this text come-register
    http://world-directory-sweetmelody.blogspot.fr/search/label/Asia%20Malaysia____________711%20%20Members
    Imperative to follow our blog to validate your registration
    Thank you for your understanding
    ++++
    Get a special price "Directory award" for your blog! with compliments
    Best Regards
    Chris
    A pleasure to offer you a degree for your site
    http://nsm08.casimages.com/img/2015/04/22//15042212171618874513195366.png

    INVITE YOUR FRIENDS TO JOIN YOU
    +++++++

    Hello!
    Selamat datang ke "Direktori Blogspot"
    Kami gembira untuk menerima blog anda di bahagian ini: MALAYSIA
    dengan bilangan: 667
    Kami berharap anda akan tahu laman web kami dari kamu sahabat,
    Jemput rakan-rakan anda dengan memberi mereka "Anugerah Direktori" yang
    Ini adalah satu-satunya cara untuk mengembangkan laman web ini.
    Aktiviti ini hanya mesra
    Penting! Ingat untuk mengikuti blog kami. terima kasih
    Mempunyai hari yang hebat
    mesra
    Chris
    Untuk blogger lain yang membaca teks ini datang-daftar
    http://world-directory-sweetmelody.blogspot.fr/search/label/Asia%20Malaysia____________711%20%20Members
    Penting untuk mengikuti blog kami untuk mengesahkan pendaftaran anda
    Terima kasih kerana memahami
    ++++
    Dapatkan harga istimewa "Anugerah Direktori" untuk blog anda! dengan pujian
    Salam
    Chris
    Keseronokan A untuk menawarkan anda satu darjah untuk laman web anda
    http://nsm08.casimages.com/img/2015/04/22//15042212171618874513195366.png

    INVITE FRIENDS ANDA UNTUK JOIN ANDA

    ReplyDelete
  4. Lawo2 muffins Amy buat. Naik gebu gebas. Rasa die sure sedapkan? Nampak menarik sangat. Brownies pun one of my favourite. Sebab senang jer nak buat and rase pun sedap. Semua dalam rumah ni suka. Nanti boleh la Nany cuba bebila.

    ReplyDelete
  5. Sedapnya kak... Kalau blueberry, reen kurang sikit nak makan. Tapi! Kalau choc atau vanilla. Nak nak! :D

    ReplyDelete
  6. Yg baked tu tkde nye --' klau kukus ade :) bleh try kkus tk amy?

    ReplyDelete
  7. waduhhhhh mbak sedap banget niiiiii ;-)

    ReplyDelete
  8. sb tuh..sudu besar kan?
    Guna sudu besar yg biasa kt rumah atau measuring spoon?

    ReplyDelete
  9. Sedap nampak...tapi macam malas nak buat hari ini....

    ReplyDelete

Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)