Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...
Hari ni cerita bergambar yang ringkas aje. Masih lagi dalam mood bercuti. Vitamin M terlebih pun iya jugak... heheh.
Pagi semalam budak bertiga tu grading lagi. Sikit sangat yang hadir mungkin kerana cuti sekolah. Tali pinggan Green 2 hanya 4 orang aje. Macam biasa kalau Grading hari Sabtu, ia diadakan di SK Seri Bintang Selatan.
Lepas Bruch kami ke Sunway Vellocity pulak. Tak sampai seminggu lagi buka. Punyalah besar. Sunway Vellocity ni dekat sangat dengan JJ Maluri. Kalau Amy nak gi jalan kaki pun boleh. Tak lama lagi My Town yang dekat Ikea tu pulak buka. Yang tu pun boleh tahan besarnya. Nanti tak lekat rumah lah Amy. Anak-anak ke sekolah mamanya pergi window shopping 😍.
Kami singgah Popular. Besar jugak Popular ni. Rambang mata.
Tengah pilih buku.
Hajat di hati datang hanya nak tengok apa yang ada kat Sunway Vellocity tu jadi tak delah membeli belah. Faris aje yang beli buku kat Popular tu.
Mak mertua Amy pesan sebelum gi shopping makan dulu. Kalau perut dah kenyang nanti tak delah rasa nak memborong.
Berkesan e kalau makan dulu baru g shopping?? Hehe.. boleh cuba ni..
ReplyDeleteSalam singgah sambil follow...#328
ReplyDeleteBtl tu.. Amalkan makan dulu sblm keluar.. Selalu amalkn.. Memang bkesan melainkan memamg nk keluar sbb nk makan.. Hihihihi.. Tp skg ni jrg da, sbb keluar memang tuk cri makan jak.
ReplyDeletecari buku apa budak2 tu kak? mcm komik je tu ;-)
ReplyDelete