Hari Mengorek Tabung... Duit Tabung Untuk Bercuti

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Awal tahun dulu Amy ada terbaca satu blog tentang kumpul duit ikut kaler. Maksud Amy kalau duit RM5 semuanya RM5 aje. Amy pun terpengaruhlah dengan idea tu. 

Duit tabung.

Awal bulan Januari Amy mula kumpul duit RM20. Masa tu RM20 ni aje yang jarang Amy dapat. Nak pulak anak Amy semua dah sekolah dan masing-masing perlukan duit poket jadi duit yang lain tu memang tak boleh nak kumpul.

Mula-mula niat dihati nak kumpul sampai hujung bulan Disember tahun ni dan belanjakan duit tu dengan memborong di Ikea. Bila di fikir-fikirkan balik dah bertahun Amy tak bawa anak-anak mandi laut. Tak pelah, anak-anak lebih penting lagipun adalah alasan nak ajak en hubby pergi berjalan... heheh. 



duit tabung untuk bercuti

Amy dah book Avillion Port Dickson untuk 2 malam. Agak mahal walaupun tanpa breakfast. Padahal banyak aje hotel yang lebih murah harganya tapi kali ni teringin nak duduk tempat mahal... mengada kan. 


duit tabung untuk bercuti

Ada lagi baki duit tabung Amy tu dan cuti tahunan en hubby pun masih banyak lagi jadi Amy pun book Hatten Hotel pulak. Hatten hotel ni termasuk breakfast murah banyak dari Avillion tu.

Amy rasa cukup duit tabung Amy tu untuk makan dan duit minyak semasa bercuti nanti. Selamat duit En Hubby ... heheh.

Comments

  1. Macam inilah isteri yg abang sayang hihi...
    Pandai planning.
    Setakat jadi driver utk makan angin en abe Amy mesti senyum lebar
    Selamat bercuti Amy:)

    ReplyDelete
  2. dah lama tak jalan kat sini, blog dah cantik ;)
    wah hatten lagi murah ek?
    belum pernah ke sana lagi

    ReplyDelete
  3. Alhamdullilah. Berkat simpanan kan kak amy :)

    Siqah kumpul duit rm5 je. Itupun ada jugak yang terbelanja. Tak kuat betul semangat menyimpan. Nak kena ikut gaya kak amy nie :)

    Selamat bercuti kak amy :)

    ReplyDelete
  4. waaaa best tu kak... dh banyak gitu

    avilion best kak, 2 thn lps merasa jgk lah duk situ sbb opis edy bt family day kt situ...
    pastu nk jln2 sekitar PD pun dekat

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah..cik nor kumpul duit syiling..bla nak pnuh balang xthu la thu...hihi

    ReplyDelete
  6. akak, kita buat yg duit hijau..tak kira lg berapa hasil dia..hjg bulan baru nak bukak tabung..hrp2 bole jd jutawan :P

    salam kenal kak

    ReplyDelete
  7. Wahh kental betoll.. Dulu pernah nak buat camni, tapi tak kental sgt jiwa.. hahaha

    ReplyDelete
  8. Sekali sekala kan kak amy.. Dapat bercuti dan menginap di hotel yang mahal2.. Sekurangnya dapat merasa sekali.. :D

    ReplyDelete
  9. seronok rasanya bila dapat menikmati duit yg dikumpul 😊

    ReplyDelete
  10. lps ni kak duit kaler ungu yeee ;-) jauh sikit cutinya nanti...

    ReplyDelete

Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)