Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...
Dekat seminggu tak up date blog ni hari ni kenalah rajinkan diri jugak... heheh. Minggu lepas kami dah dapat kunci rumah Pajam jadi sepanjang minggu cuti ni Amy dan keluarga berulang alik dari KL ke Pajam.
Dekat seminggu tak up date blog ni hari ni kenalah rajinkan diri jugak... heheh. Minggu lepas kami dah dapat kunci rumah Pajam jadi sepanjang minggu cuti ni Amy dan keluarga berulang alik dari KL ke Pajam.
Alhamdulillah, akhirnya kami dapat memiliki rumah yang besar sedikit dan ada tanah. Gembira lihat anak-anak yang merdeka, berkejar-kejar keluar masuk rumah tanpa perlu rasa bimbang. Yang penting pintu pagar depan kena kunci supaya diorang tak keluar ke jalan.
Inilah yang kami dapat masa pergi maintenance office. Masking tape yang basar tu Amy punya, diorang bagi yang kocik tu.
Memeriksa poin lampu, plug, suis dan semuanya yang ada dalam senarai handover key tu bersama wakil maintenance office seri Pajam.
Amy cukup tak puas hati betul tembok pemisah belakang. Rumah belakang dan rumah kami di bina berselisih... jadi bila jiran belakang buat sesuka hati dengan tembok pemisah tu, tembok rumah dia nampak cantik tapi tembok rumah kami pulak yang nampak macam cacat. Dah lah sekerat ada besi sekerat lagi tak ada boleh pulak cat atas lain bawah lain.... tiang tembok tu ada yang tinggi dan ada yang rendah.
Tengoklah tembok depan rumah Amy ni. Walaupun pintu pagar berkunci tapi orang masih boleh masuk ikut tembok tu. Nasiim pun boleh panjat naik dari jalan tu.
Rasa macam berkelah pulak.
Hari Isnin minggu lepas keluarga En hubby datang sekali bersama kami. Kak Ida dari Paroi Jaya (Seremban) pun datang sekali. Meriah rasanya bila dah berkumpul ramai-ramai macam ni.
Dah mengaji Al Quran dengan neneknya baru dapat bermain.
Banyak berkeliaran kat luar rumah. Mula-mula datang anak Amy asyiklah mengadap sebab tak pernah jumpa...😂.
Sronoknya dah dapat kunci ;) besar jugak rumah ni amy. Tang yg tk kena tu, kena slow slow buat lain --' tk dapet dah nk btolkan dengan developer
ReplyDeleteAlhamdulillah... kakak rasa macam belum lama Amy cerita kisah rumah di Pajam ni tahu-tahu dah dapat kunci. Seronoknyaa... raya tahun ini di rumah barulah ye Amy.
ReplyDeletemaknanya pasni trs pindah pajam la ya kak?
ReplyDeletetak jugak Anis.
Deletesekolah anak kat kl ni belakang rumah aje tp kalau kat pajam jauh berkilometer.
Bestnyaaa tengok rumah besar. Dan, memang kalau ada tanah baru best anak2 nak main. Kitapun bolehlaa bercucuk tanam jugak. :)
ReplyDeletewaaa bestnya pindah rumah baru, permulaannya mesti penat tapi terselit bahagia kan :)
ReplyDeletebestnya kak....
ReplyDeletekalau pindah pastu ramai sedara mara dtg menolong
rasa tak berapa pnt kot heheheh...
tak sbr nk tgk deco2 umah akka nnti
wow 6 bilik ek? beso kebaboom tu ;)
ReplyDelete