Kempen Minum Air Kosong - Dapat Botol Air

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Semalam Faris dan Nasiim bawa balik botol air besar siap dengan logo sekolah. Rupanya semua murid dapat botol air ni dan kebetulan Faris dan Nasiim dapat warna yang sama. 

Kempen Minum Air Kosong - Dapat Botol Air


Kalau dah satu sekolah ada botol yang sama dan ramai pulak ada warna yang sama jadi kenalah tulis nama. Penutup pun Amy tulis nama sekali mana tau nanti ada pulak kes penutup hilanglah, penutup tertukarlah. Budak-budak... faham ajelah.


Kempen Minum Air Kosong - Dapat Botol Air

Rupanya semalam SK Seri Bintang Utara buat kempen minum air kosong dan semua murid dapat botol air.

Kempen Minum Air Kosong - Dapat Botol Air

Anak-anak Amy memang bawa air kosong ke sekolah. Kalau nak beli air, Amy tak galakkan diorang beli selain air kosong lagipun harga air lain tu mahal. 

Comments

  1. Boleh pulak dpt sama warna hihi...
    Amy kreatif dan maklum tentang anak-anak baik tulis nama -betullah tu.

    ReplyDelete
  2. Kalau dah biasa dari kecik minum air kosong sampai besar pun akan jadi biasa
    Sebab itu anak-anak kakak walau duduk di asrama pun ada botol air juga Amy. Dia isi sendiri sebelum ke sekolah dah biasa.

    ReplyDelete
  3. Di sekolah bukan setakat botol je tulis nama, kasut pun kena tulis nama.

    ReplyDelete
  4. Di sekolah bukan setakat botol je tulis nama, kasut pun kena tulis nama.

    ReplyDelete
  5. Wahhh menarik juga idea cikgu ni untuk galakkan murid-murid minum air kosong. Tapi tu lah, bagi semua botol sama nanti ada kes hilang pulak haha. Dah tulis nama tu okay la kot :) btw saya singgah dan follow blog akak ya. jemput melawat blog saya jika berkelapangan :)

    ReplyDelete
  6. Bgus prog ni amy. Dapat hadiah tk klau meet target? Mek jugak yg liat nk mnum air puteh --'

    ReplyDelete
  7. bagus kempen yg diadakan tu, menggalakkkan budak-budak biasakan minum air putih. sy kalau pi mana-mana memang akan bawa air putih sendiri. malas nak beli, jimat juga duit 😁

    ReplyDelete
  8. bgs nyer idea sekolah mcm ni...sepatutnya dilaksanakan seluruh negara

    ReplyDelete
  9. bagusnyaaa.. warna oren sma pulak tu. comel. hehe. betul tu, mmg anak2 perlu minum bnyak air masak :)

    ReplyDelete
  10. bagus kempen ni buat di sekolah. pasal tulis nama tu, kasut pun kena tulis gak. hihi

    ReplyDelete
  11. Dapatkan penapis air yang baik Dan harga yang berptutkan .Boleh membekalkan nutrisi untuk badan anda boleh Hubungi saya di 01127161998

    ReplyDelete

Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)