Gambar Kenangan Tingkatan 5, 1997.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...



SMBBS 1997

Sembang-sembang whatsapp tetiba seorang sahabat Amy hantar gambar ni. Gambar yang tak pernah Amy ada. Tak sangka dapat tengok lagi gambar tingkatan 5 tahun 1997 tu. Amy yang belakang sekali. Kebudak-budakan sungguh muka masa ni kan.

Masa ni kelas BI dan guru yang mengajar tu bernama Jaib Singh tapi kami semua panggil Cikgu Mr Bean sebab dia selalu buat gaya-gaya Mr Bean. Masa gambar ni diambil kami semua kena buat ala-ala ratu cantik, kena berjalan dan bercakap lepas tu tapi kami semua jalan tegak aje. budak lelaki pun kena jugak tapi bukanlah ala ratu cantik... 😅.

Kami tak berapa sangat dengan cikgu tu sebab ada aje aktiviti yang kita orang kena buat dan yang paling tak best kami kena buat pilihan raya sekolah. Kalau kelas kami aje oklah jugak tapi satu sekolah. Ahli politiknya tentulah murid-murid kelas kami. Siap berkempen bagai dan semuanya dalam BI.

Masa tu kami buat kerana terpaksa lepas-lepas tu barulah sedar kenapa cikgu tu bersusah payah untuk kami.

Masa sekolahlah masa yang paling best sekali dan masa yang paling tak best sekali ialah masa tanam anggur ... masa mencari kerja.

Comments

  1. sebayalah kita rupaya..hihi

    ReplyDelete
  2. Benda yang paling akan kita kita ingat semasa belajar adalah benda yang kita buat. Kira effective laa kot cara cikgu akak mengajar tu. Hihi

    Terbaik gambar zaman muda. Omey2 semuanya. Hihi <3

    ReplyDelete
  3. Hahaha betul tu kak, saya setuju. Saya dalam fasa menanam anggur sekarang ni T_T

    ReplyDelete
  4. perkara biasa tu..kalau tanam anggur..

    nanti bila dah berbuah..

    ada hasilnya

    p/s : salam perkenalan

    ReplyDelete
  5. zaman blaja zaman paling best 😍 wuwuwuwu, rinduuu zaman blaja 😭

    ReplyDelete
  6. Saya baru 5 tahun time ni! hehehee. Tak dapat teka mana satu akak dalam gambar tu.

    ReplyDelete
  7. sy lom lahir lg ms pic ni diambil hahahahahaha.... yg kanan tu mcm tersipu2 je... alolololo.... hehehehhe

    ReplyDelete
  8. Zaman sekolah memang zaman yang paling ohsem..

    ReplyDelete

Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)