Hari Minggu di My Town, Cheras.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari Ahad lepas kami ke My Town, Cheras untuk kali ke dua. Kali pertama kami datang minggu sebelum tu, kebetulan kami ke Ikea teruslah menjengah sekali My Town tu. Punyalah besar, kami jengah aje dan ambil Servis & Facilities booklet dulu. Malas nak naik satu-satu tingkat...tengok kedai apa yang ada ... jalan macam tak de hala tuju.



Hari Minggu di My Town, Cheras.

Minggu lepas kami ke sana lagi... terus tuju kedai mana kami berkenan nak 'melawat'... 😅.


daiso, my town cheras

Masih banyak lagi kedai yang belum dibuka. Yang dah dibuka pun banyak jugak. Ada parkson, GSC, Kaison, Daiso, MPH, Zara, H&M, Uniqlo, Mango Consept store, Village Grocer. Tempat makan pun ada banyak tapi Amy tak nampak pulak KFC ke MCD ke Pizza Hut ke. Tak buka lagi kot.

Daiso kat sini lagi besar dari Daiso di Maluri dan Pavilion.


Kaison, my town cheras

Lepas meyinggah di Daiso menyinggah pulak kat Kaison. Daiso, Kaison, MPH dan Cinema dekat-dekat aje. Dalam satu baris tak silap Amy.

Ini ialah kali pertama Amy pergi mencuci mata di Kaison. Selalu dok dengar citer aje sebab nak pergi jauh dari rumah. Sekarang ni dah dekat bolehlah pergi cuci mata selalu.

Kaison, my town cheras

Amy suka basikal ni...

Kaison, my town cheras

Yang ni pun Amy suka tapi harga dia....

Kaison, my town cheras

Rambang mata dah masuk dalam ni. Hajat di hati nak tengok wallpaper yang RM19 lebih tu tapi tak de yang Amy berkenan.

Kaison My Town, Cheras.

Kaison, my town cheras


Hari Minggu di My Town, Cheras.

Gambar untuk kenangan...



Hari Minggu di My Town, Cheras.

Anak soleh bertiga ni tak boleh dekat ada aje citer diorang. Pergi berjalan pun mulut mama dan mulut ayah dia tak boleh rehat.


Hari Minggu di My Town, Cheras.

 L3 ...
Sila abaikan Amy yang telah membesar, heheh.


Hari Minggu di My Town, Cheras.

Kat bawah ... berhampiran Ikea.

Hari Minggu di My Town, Cheras.

Ada ramai orang yang menjual...

Hari Minggu di My Town, Cheras.

Nampak sangat gambar tampal...

Hari Minggu di My Town, Cheras.

Yang ni keje en hubby.


Hari Minggu di My Town, Cheras.

Menyinggah kat Lavender. Amy suka beli roti kat sini, mahal sikit tapi sedap. Anak-anak Amy paling suka madeleine.

Hari Minggu di My Town, Cheras.

Dah lama tak mengopi... singgah sekejap kat JCO. Amy order coffee yang ada puding.. Amy pun tak ingat apa ntah nama dia. Donat pula hanyalah untuk anak-anak. Lepas tu kami ke Ikea beli hotdog dan karipap untuk makan tengah hari.

Ini ajelah kedai yang kami singgah... punyalah besar My Town tu. Tak larat nak tawaf. Anak-anak pun dah bising sebab penat berjalan.

Hari Minggu di My Town, Cheras.

Hasil tangkapan .... Beli di Kaison RM12.90.

Kesimpulannya... Amy suka cuci mata di My Town ni sebab ada macam-macam. Sediakan duit aje. 

Comments

  1. Seronok bawa anak jalan-jalan..

    ReplyDelete
  2. Dah besar2 anak amy... Seronok dapat hang out satu family.. Walaupon tak beli pape..

    ReplyDelete
  3. suka juga pegi kaison sebab barang2nya comel2 cantik2 memikat hati ��

    ReplyDelete
  4. Ohh dah bukak rupanya mall ni. nampak sangat lama siqah tak ke CHeras. Hihi. Kaison!! OHH my favourite <3

    ReplyDelete
  5. Owh...tak pernah tau kewujudan Mall ni. Hehehe..anyways, selalu juga dengar orang cerita id=f nak beli barang rumah boleh cari di Kaison. Dan saya belum lagi smpi kat Kaison tuh. Bestkan perasaan cuci mata? sambil2 berangan....cantiknya kalau pasu tuh letak kat sini, kerusi putih tuh kat sana..eh!

    ReplyDelete
  6. Lama betul tak singgah Ikea :)

    ReplyDelete
  7. busyra pun ska tngok basikal putih hiasan tuuu. cute!

    ReplyDelete
  8. aritu sy tersesat smpi area situ hehehehe... tapi x menyinggah pun... insya allah ada ms akan ke sana

    ReplyDelete

Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)