Kain Langsir ...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Mengenangkan orang dari rumah seberang jalan boleh nampak sampai ke dapur dan orang sebelah yang rumahnya tinggi banyak tu boleh nampak apa yang ada dalam rumah Amy jadi terpaksa jugaklah mencari langsir.


Bayangkanlah dari pagi sampai petang kena pakai tudung (tutup aurat), kipas pulak tak de... nak sembahyang susah dan nak baring pun tak boleh. Rasa macam nak pengsan. 

Pagi semalam ajak en hubby pergi Jakel KL, punyalah ramai orang lama mencari parking. Amy sebenarnya tak suka kalau pergi mencari barang kalau ramai orang. Tak tenteram nak mencuci mata.

Beli langsir di Jakel


Semua kain yang cantik RM40 semeter keatas. Satu sliding door aje lebih kurang 10 meter, pengsan. Nasib baik ada kain yang RM10 - RM2+ semeter.

Target dari rumah nak beli langsir yang RM9.90 aje semeter tapi bila belek-belek balik kain tu rasa macam pakai setahun dah reput aje. Pernah terjadi MIL kononnya nak basuh langsir yang Amy beli tahun sebelum tu. Rumah mengadap matahari petang jadi langsir tu memang kena panas selalu, baru rendam belum basuh lagi... bila angkat aje dah rosak. Tak boleh pakai lagi.

Pekerja Jakel tu tunjukkan kain yang harganya sama tapi lebih baik dan jenis yang 'blind' tu (betul ke). Kain tu yang tergantung nampak sikit aje dalam gambar tu. Amy beli kaler purple gelap tu untuk tingkap kecik dalam bilik. Tak de kaler yang Amy berkenan pulak untuk sliding door dan tingkap kat bawah.



Beli langsir di Jakel

Semalam Amy tak beritahu pun budak bertiga tu yang kitaorang nak ke Jakel. Sampai aje sana terus bising. Tak puas hati kena pergi kedai kain. 

Kita sibuk memilih kain diorang sibuklah... "mama, bila nak balik"... "mama, dah laparlah". Penat mengadu, dia kacau dia pulak. Pastu mengadu balik... yang paling kelakar tu Nasiim mengadu yang bulu tangan dia dah panjang kena tarik dengan abang Faris.


Beli langsir di Jakel

Amy ni sebenarnya 'fail' tang nak gunting ni. Bukan setakat gunting aje, semua yang ada kaitan dengan garis lurus, Amy 'fail'. Amy minta pekerja Jakel tu potongkan siap-siap, nanti Amy tinggal jahit aje. Kalau setakat nak jahit tepi, nak sambung kain tu bolehlah, kalau nak macam-macam design, kirim salam lah... tak de bakat.

Beli langsir di Jakel

 Purple untuk bilik bawah... senang Amy nak solat nanti. Biru untuk sliding door ruang keluarga atas - naik aje tangga, orang sebelah dah boleh nampak jadi kena letak langsir. Coklat merah untuk sliding door bawah, pun supaya orang sebelah tak nampak. Yang merah tu pulak dah potong-potong tetiba tak cukup kain nasib baik ada yang kaler lebih kurang sama. Yang tu untuk sliding door depan dan tingkap depan.

Beli kain langsir untuk tingkap yang perlu aje dulu. 3 tingkap dan 3 sliding door. Rasa nak pengsan membayarnya. 


Beli langsir di Jakel

Nak bergambar pun sempat lagi mengusik.

Hari ni Amy tengok aje langsir dalam beg plastik tu. 'Bercinta' nak menjahit. 

Comments

  1. baru pindah ke ? ea la kalau dah sampai orang luar boleh nampak apa kita buat kat umah memang tak boleh nak tenteram punya he

    ReplyDelete
  2. Akak dah beli langsir kat jakel..
    Tahun lepas lagi..
    Tapi tak berjahit lagi..
    Nak jahit lurus ajer AMy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah kak, jahit lurus aje.
      baju yang beli tahun lepas pun tak jahit lagi.

      Delete
  3. kami kalau beli kain langsir mesti pergi nagoya..

    ReplyDelete
  4. Ahaha part bulu jadi panjang tu kelakar

    ReplyDelete
  5. selalu juga mengikut mak pergi beli kain gaya menunggu macam anak kak amy la, asyik tanya bila nak habis..haha

    ReplyDelete
  6. ayooo kak berapa banyak sliding door n tingkap ada kt umah akak...
    banyak tuh kain nk beli

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak Dana, masa nak beli langsir nilah rasa macam nak pitam

      Delete
  7. masa jakel buat sale nak pindah, saya dapat beli dan jahit kat jakel je. total spent rm1800 tak silap utk sebuah rumah banglo. berbaloi gak

    ReplyDelete
    Replies
    1. untungnya... kalau rumah banglo sangat-sangat berbaloi tu.

      Delete
  8. tu baru harga beli langsir x siap jahit...yg dah siap berganda2 mahalnya...

    ReplyDelete
  9. bnyknyaaa akak beli.. cntik warna tuuuu. <3

    ReplyDelete

Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)