Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...
Masa makan kat restoran Thai Isnin lepas, ternampaklah pulut mangga kat menu diorang. Balik rumah teringat-ingat pulak. Nak tak nak kenalah buat, kalau tak buat tak merasa.
Pulut Mangga ni Amy buat semalam. Rendam 4 jam aje. Mangga Amy guna mangga biasa tu aje, janji manis.
Amy kongsikan resepi pulut mangga yang Amy ambil dari blog kak Azie Kitchen. Terima kasih kak azie untuk resepi yang sedap ni. Untuk yang tak berapa kuat masin tu, bolehlah kurangkan sikit garam untuk sos santan.
Pulut Mangga
oleh : Azie Kitchen
Bahan-bahan:
3 biji mangga - potong ikut suka
2 sudu besar bijan - digoreng tanpa minyak (Amy tak letak)
Pulut Kukus
Bahan bahan:
2 cawan beras pulut – rendam semalaman atau 4 jam
1/2 santan pekat + air secukupnya + 1/4 sudu kecil garam
2 helai daun pandan – carikkan
Cara-cara :
Tos pulut dan masukkan dalam pengukus. Kukus selama 15 minit. Angkat dan masukkan ke dalam bekas.
Tuang santan yang digaul bersama garam. Gaul bersama santan hingga rata. Tuang santan sedikit sedikit sehingga pulut lembut.
Masukkan kembali pulut ke dalam pengukus bersama daun pandan dan kukus semula selama 20 minit atau hingga masak.
Sos Santan
Bahan bahan:
1/2 cawan santan kotak
1 cawan air
1 sudu kecil garam -
1 helai daun pandan
1 sudu kecil tepung jagung - larutkan dgn sedikit air
Cara cara:
Satukan semua bahan kecuali tepung jagung. Masak hingga mendidih. Terus dikacau supaya tidak berketul. Kemudian masukkan tepung jagung dan masak hingga sos nampak pekat. Teruskan kacau supaya santan tidak berketul. Kalau agak cair masukkan sedikit lagi tepung jagung.
Pastikan kuah mempunyai rasa yang agak masin supaya dapat menyeimbangi rasa manis buah dan pulut. Angkat dan sejukkan. Hidangkan pulut bersama mangga dan sos santan.
Cara Menghidang
Letak pulut ke dalam pinggan. Hiris mangga secara kiub atau apa yang disukai. Tuang sos santan ke atas pulut. Tabur bijan. Sedia untuk dihidangkan.
Selamat Mencuba...
alamakkk kak sedapnyaaa. mak busyra sllau beli mangga mcm tu..
ReplyDeletekalau dpt harum manis mesti lagi kaw kot eeee sedapnyaaaaaaaaaaa
ReplyDeleteMacam sedap ja ni! tapi tak suka sangat la mangga hehe.
ReplyDeleteTengok gambar pun dah nampak sangat sedap dan menyelerakan. To be honest, tak pernah buat sendiri pulut mangga ni. Semoga daku diberi kerajinan untuk membuat pulut mangga ini. Hehehe...
ReplyDeletepernah buat tapi saya tak tahu kuah tu kena masak. saya buat kuah cam pulut durian, x masak. tapi still sedap. hihi
ReplyDeletesedapnye tgk~
ReplyDeletenyumm nyumm sodapnyeee.. adeh..
ReplyDeletemenengok santan yg pekat tuh, perkkkkh sedapnya
ReplyDeletetp dana tak minat sgt pulut mangga kak, kalu plt durian perkkkkh mmg tak tolak