When I Was A Child ... When I Grew Up Dan Ular Di Sekolah.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Siapa pernah jumpa hantu?

Masa kecik-kecik dulu Amy memang takut hantu, waktu malam pantang dengar bunyi pelik sikit mulalah fikir yang bukan-bukan. Maklumlah Amy membesar di kampung, kampung dulu tak sama dengan kampung sekarang. 

Bekalan elektrik masuk pun masa tu Amy dah darjah 6.Cerita hantu dari mulut ke mulut memang 'femes' masa tu, cerita hantu kat tv start selepas ada elektrik. 

when i grew up


Di sekolah kawan-kawan pun bercerita pasal hantu. Bila nak masuk toilet mulalah takut. Toilet punyalah jauh dari kelas. Kalau bolejh tahan memang Amy tahan sampai balik.

Zaman sekolah pernah jumpa sekali dua... kat kampung kan haruslah jumpa.

Tapi paling banyak kali Amy jumpa masa zaman IPT, masa menyewa rumah kampung. Banyak kali aku tengok kau, kau tengok aku... nasib baik tak pengsan. Ada satu malam siap main lari-lari atas bumbung rumah lagi.

Tapi bila dah dewasa ni... Amy setuju, manusia lebih menakutkan dari hantu lebih-lebih manusia yang tak ada perasaan belas kesian sesama manusia. Manusia yang kejam pada anak-anak kecil dan orang tua.


ular di sekolah

Ular di sekolah.

Pagi Isnin lepas,  dapat dari group whatsapp. 

Walaupun bukan sekolah anak Amy tapi dalam satu pagar yang sama (4 sekolah dlm satu kawasan). Alhamdulillah ular tu berjaya ditangkap pukul 6:40 pagi sebelum anak-anak sampai disekolah tapi tak taulah kalau dah ada yang sampai waktu tu.

Ini ular yang kedua(ular besar) ditangkap masa anak-anak Amy belajar di sini.  Dulu dekat luar pagar padang sekolah, masa Amy nak jemput anak-anak balik sekolah.

Amy siap tunjuk lagi gambar ni pada anak-anak dan pesan dengan diorang agar berhati-hati selalu. 

Comments

  1. memang menakutkan cik u tu. tp memang betul, buat apa nak takut hantu, sedangkan lagi takut kat cik u dan penjahat manusia ni

    ReplyDelete
  2. mungkin ada antara kita ada pengalaman jumpa hantu atau makluk halus nie ,tapi betul sangat manusia lebih menankutkan berbanding hantu..

    ReplyDelete
  3. akak ni selamba je ayat yg... jumpa hantu tu, yg saling berpandangan tuh...

    kalau dana mau dh pengsan berkali2...
    seram nya nengok ular tu kak oi... bsr betul lak tu...

    ReplyDelete
  4. Memang btul apa sis katakan tue, manusia di zaman sekarang lebih menakutkan jika dibandingkan dengan hantu.. Sebab hantu nie pilih sesetengah orang untuk disakat tapi manusia tak kira siapa, tua ke muda ke, kecik ke, besar ke, sumanya 'disakat' dengan begitu tragis sekali.

    ReplyDelete
  5. antara ular dan hantu, saya takut ular lagi

    ReplyDelete
  6. Antara hantu, ular, dan manusia........manusia paling berbahaya. :3

    ReplyDelete
  7. hihi. setuju sangat dengan statement sis :)

    ReplyDelete
  8. Setuju sangat kak Amy! Manusia lagi seram dan bahaya daripada hantu. Tapi siqah takut hantu gak nanye, dan ular sawa, oii sape tak seram tengok ular gitu.. Huhu

    ReplyDelete
  9. Oh my!!! ular tuh :( Cakap pasal kampung. Teringat juga kenangan masa kecik2 dulu tau Amy. Jamban rumah kat luar ok. Lepas tuh tade flusher. So, kena simbah manually. Lepas tuh siap kadang tuh ada katak melepak dalam jamban tuh. Kita nak membuang hajat pun tak aman. Bila waktu malam, pandai2 la guna torch light. Haa...macam tuh la kenangan nya.

    ReplyDelete
  10. Serius lah pernah jumpa hantu kak? syed setakat ni takda lagi pengalaman yang macam tu. Tapi kalau tempat-tempat gelap jalan sorang-sorang memang takut lah. Takut ke hantu tu dah nombor 2. Lagi takut kalau kena samun ke apa, manusia sekarang bukan betul sangat. Ular tu memang besar! cuaknya kalau nampak depan mata.

    ReplyDelete
  11. huhuhu zaman skrg lebih takutkan org daripada hantu amy.. byk sgt jenayah berlaku skrg.. uiss besonye uloo.. mintak jauh dr sebrg perkara buruk berlaku..

    ReplyDelete
  12. mmg betul... manusia skrg lbh menakutkan... tingat ular msk kt sekolah berhampiran rumah sy baru2 ni... besar pulak tu...

    ReplyDelete

Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)