Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...
Sebenarnya dua kek ni Amy buat minggu lepas, lama dah abisnya tapi baru hari ni Amy letakkan kat sini.
Masa nak buat kek coklat ni Amy tak tau nak pakai resepi yang mana satu lastnya Amy gabungkan aje resepi kek coklat tu, bahannya ikut resepi kek coklat ni dan cara buatnya ikut resepi ni.
Cara buat Amy ikut resepi tu sebab caranya lebih senang dan cepat tak payah nak pukul telor asing... lebur aje.
Alhamdulillah cantik kejadian kek coklat kukus ni rasa pun sedap. MIL Amy kata kek ni pahit coklat tapi bagi kami sekeluarga sedap aje jadi kepada sesiapa yang tak berapa suka rasa coklat lebih bolehlah kurangkan serbuk koko.
Amy lebih suka guna serbuk koko daripada serbuk coklat sebab harga lebih murah dan Amy rasa serbuk coklat tu lebih pahit.
Kalau setakat nak makan kek coklat camtu aje bolehlah buat resepi ni ... kalau nak letak buttercream ke whipping cream ke pun ok guna resepi ni. Kek ni tak de lembut sangat seperti resepi asal yang Amy guna untuk buat kek coklat cheese lava tu .... TAPI, ada tapi tu kalau nak letak topping coklat meleleh tu macam tak berapa sangat sebab takut ia lembek.
Setiap kali lalu kedai Tea Leaf n Coffee tu asyiklah nampak mufin blueberry. Satu ketul tak silap Amy dekat RM7. Teringin Amy belilah satu. Terasa betul mahalnya tu...😅
Hari Ahad Amy bangun pagi-pagi untuk buat mufin blueberry ni. Puas hati dapat makan lebih.
Kalau pakai cup yang macam Amy tu dapatlah 9 ketul. Lain kali kenalah buat 2 aduan sebab tak cukup. Blueberry pulak Amy beli yang dalam paket tu aje kat JJ, Tak cukup satu cawan tapi lantaklah.
Amy bakar lama sikit sampai nampak keperangan. Masa lepas bakar rasa macam kering sikit tapi bila dah sejuk ia jadi lebih moist dan sedap.
Kek coklat tu sedapnyeee.... lama dah x membuatnye..
ReplyDeleteni kalau dpt teh tarik panas2 perghhhhh heaven!
ReplyDelete