Perkongsian Wanita ...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Amy kongsikan di sini dari group telegram, jawapan dari Ustaz Mohd Zamri Abdul Halim tentang wanita, haid dan al quran.




Para Ulama berpendapat harus bagi perempuan dalam haid membawa, memegang dan membaca kitab al-Al-Quran bertafsir yang mana kandungan tafsirnya lebih banyak daripada ayat-ayat al-Al-Quran. Sekiranya kandungan tafsir dan kandungan ayat al-Quran adalah bersamaan dari sudut kuantitinya maka hukumnya adalah makruh dan sekiranya ayat al-Quran lebih banyak daripada tafsirannya, maka hukumnya menjadi haram kembali.

Para ulama membenarkan wanita yang berada di dalam keadaan haid dan nifas untuk membaca al-Quran di dalam hati tanpa menggerakkan lidahnya sehingga boleh menyebabkan keluar suara yang mampu didengari oleh dirinya sendiri. Tetapi jika dia mengerakkan lidahnya tanpa mengeluarkan suara dan hanya menyebutnya di dalam hati maka ianya dibenarkan.

Jumhur ulama mengharamkan pengajaran dan pembelajaran al-Quran secara syafawi (lisan) dalam keadaan berhadas besar, iaitu menyebut ayat-ayat al-Quran dengan lidah. Jika hanya menunjukkan dengan isyarat atau alatan yang bersesuaian, ia dibenarkan. Walaupun begitu, terdapat keringanan dalam bab ini kerana terdapat perbezaan para ulama.

Diharamkan kepada orang yang berhadas besar membaca al-Quran dengan lidahnya walaupun satu huruf atau kurang satu ayat sekalipun pada mazhab Syafi’e dengan niat membacanya. Sekiranya untuk tujuan doa, pujian, ucapan perasmian, memohon perlindungan daripada Allah atau zikir, maka hukumnya dibolehkan. Sekiranya dengan niat membaca ayat al-Al-Quran atau niat membaca al-Al-Quran beserta zikir, maka hukumnya adalah haram.

Comments

  1. nice sharing... terima kasih sis:)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kak Amy untuk peringatan ini =)

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas perkongsian kak Amy

    ReplyDelete
  4. maknanya memang betullah apa yg sy buat/ belajar / pegang selama ni...

    ReplyDelete

Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)