Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...
Dah nak habis Syawal baru nak up date citer hari raya... inilah padahnya kalau blog pun cuti raya jugak 😅. Alhamdulillah anak-anak Amy semuanya berjaya puasa penuh ramadan tahun ni. Mungkin kerana cuti sekolah masa mula puasa tu panjang dan cuaca tak berapa panas.
Persediaan menyambut hari raya tahun ni 'paling sederhana' (tak jumpa perkataan yang sesuai lerr). Biskut raya buat dua jenis aje tapi tak sempat raya dah habis kena kenduri nasib baik MIL ada bagi 2-3 jenis. Tahun-tahun lepas ada jugak beli kuih kapit, tempeyek, popia dan kerepek tapi tahun ni langsung tak ada.
Raya tahun ni adik-adik Amy turn rumah MIL diorang jadi tinggal kami yang beberapa kerat ni aje yang sambut 1 Syawal dengan nenek.
Bersama nenek Amy...
Alhamdulillah nenek masih bersama kami. Dialah menjadi penyatu kami adik beradik setelah pemergian serentak mak, abah dan adik Amy mengadap illahi.
Adik Amy yang paling kecil, Haryani dan suaminya. Ramai yang tanya kenapa rupa dia tak sama, sebenarnya dia adalah dua pupu Amy kalau tak silap. Dia bersama kami sejak lahir lagi.
Kalau balik kampung anak-anak Amy main bunga api aje. Pakcik-pakciknya aje yang main mercun.
Yang paling Amy sakit hati ni bila raya ... jiran-jiran Amy buka setakat main mercun tapi main 'BOM' sekali.
Ada sekali sampai jatuh terduduk nenek Amy sebab terkejut, Dia dahlah ada sakit jantung nasib baik tak ada apa-apa. Siang-siang ok lagi tapi bila malam time orang nak tido masa tulah diorang start nak perang.
Raya ke 3 adik Amy yang ke 3 dah balik jadi ajak dia pergi dobi sekali.
Mesin basuh kat rumah tu dah rosak jadi terpaksalah mencari kedai dobi. Punyalah penuh kedai dobi raya ke 3 baru Amy dapat pergi basuh baju.
Anak-anak Amy macam biasalah kalau balik kampung memang tak duduk dalam rumah.
Sambil makan ais krim sambil beborak. Entah apalah yang diorang cerita agaknya.
Raya keempat baru balik Melaka singgah rumah sedara mara sekejap dan terus balik KL.
BElum terlambat CCL ucap salam aidilfitri
ReplyDeleteseronok anak2 akak jumpa sepupu2nya... dhla rmi lelaki yek...
ReplyDeleteakak gambar no 5 tu, mcm ada entiti je... seram
tak perasan pulak Dana, bila Dana cakap baru akak perasan ... heheh.
DeleteSELAMAT HARI RAYA kak amy =)
ReplyDeletesama laa kita...lps berbuka je, kawasan ruma hsekeliling dah serupa mcm kat gaza kek dah nyer berdebom sn berdebom sini...sian yg ada ank2 kecil terkujat2 baby tu dibuatnya
ReplyDelete