First Time Beli Barang Di CJWowshop.

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Percaya tak kalau Amy katakan dekat 8 tahun ni Amy hanya ada satu kuali kecik. Tak delah kecik sangat bolehlah goreng ikan 3 ekor atau goreng nasi untuk kami berlima kalau nak masak rendang ayam seekor tu ngam-ngam aje penuhnya. 

Dah uzur sangat kuali tu sampaikan nenek Amy kata nanti dia belikan kalau dia lalu kedai jual kuali. Dia tak puas hati betul dengan kuali Amy tu.

Beli kuali di CJWowshop

Selalu tengok CJWowshop tu tu tak de pulak kisah nak beli kuali tapi ntah macam mana hari Rabu lepas Amy boleh terfikir pulak kuali yang kat dapur tu.

Kalau nak tunggu Amy pergi beli entah bilalah kan. Kalau pergi beli barang tu tak pernah pulak nak lalu kat tempat kuali.

Fikir-fikir ... tambah tolak bahagi dan darab Amy pun orderlah kat online dan bayar bila dia dah sampai depan pintu. Kuali yang paling besar 28cm tapi Amy tak pulak ukur 28cm tu besar mana. Inilah first time Amy beli barang di CJWowshop tu.


Beli kuali di CJWowshop

Hari Khamis pagi dah sampai depan pintu.
Ada 4 kuali, kitchen utensils, 2 cutting board dan 2 chopstick besar. Rupanya kuali yang 28cm tu lebih kurang besar kuali Amy yang sedia ada ni aje besarnya. Hampeh. Ingatkan besar lagi.

Anak-anak Amy semuanya tak sangka Amy beli kuali kat CJwowshop tu.

Comments

  1. Hehehe...Kena ukur bebtul dulu lah nampak gayanye next time kalau nak memebli yer. Anyways, try dulu guna. Mana tau best ke kan. Berbaloilah beli.

    ReplyDelete
  2. Aduiiii.. kene ukur dulu sblm beli.. Rugi la.. tp x pe la.. boleh ganti baru kuali lama.. hehehe

    ReplyDelete
  3. Ala rugila macamtu kalau size lebih kurang ja. tapi takpelah boleh ganti yang baru kan. haritu mak nak beli juga pressure cooker dari wow shop tu tapi syed tak bagi haha.

    ReplyDelete
  4. adalah beli jugak, tapi dekat go shop. hehe

    ReplyDelete
  5. Alamak.. Sama saiz pula.. cam rugi pula ye Amy..

    ReplyDelete
  6. mudah kan skarang semua senang nak shopping heheh.. hujung jari je semua =)

    ReplyDelete
  7. berani jg ya beli sy mmg suka tgk tp tkt nk beli...

    ReplyDelete

Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)