Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...
Dah 3 hari berturut-turut naik MRT tapi hari ni first time naik MRT dari Maluri ke Stadium Kajang. Hari ni Amy jumpa lawyer kat sana berkenaan rumah Semenyih tu. Jemu pulak dah tetiap ari naik train ni.
Tak sangka lengang sungguh dalam train tu. Masa ni pukul 9:50 pagi, yelahkan waktu macam ni orang semua nak menghala ke KL kita pulak terbalik mana tak lengang.
Inilah salah sorang penumpang yang ada dalam train tu. Bukan senang Amy nak berselfie ni tau kena tengok kiri kanan dulu pastu kena nampak kurus sikit... pastu...pastu heheh. Mengada. Kalau suruh En hubby yang ambikkan gambar memang dia tak layan.
Hambik Amy pakai tudung kaler tu hari ni ... saje pakai tudung kaler Mango ni, biar senang lawyer tu nampak. Kalau tak nampak jugak aku tak tau lah.
Sampai aje Stesen Stadium Kajang terus nampak Medan Satey. Seberang jalan aje .... jadi haruslah menyinggah.
Kaunter buka pukul 10:30 tapi belum lagi 10:30 dah beratur panjang.
Sekejap aje jumpa lawyer tu, opis dia dekat-dekat situ aje. Senang aje dia nampak Amy dalam 2 barisan yang panjang tu.
Amy bungkus aje satey tu ... balik rumah tinggal makan aje tak payah masak dah.
Masa Amy sampai tak de pulak ramai-ramai ni.
Nasib baik Amy dah lepas masa ni. Diorang menyanyi lagi Merdeka kat situ sampai susah orang nak lalu.
Kumpulan ni nyanyi macam-macam lagu kat sini termasuklah lagu merdeka tu tadi.
Stesen selepas Maluri ke Kajang semuanya atas langit, Maluri aje dalam tanah.
bestnya kak... jln2 walaupun sorang2... tp tang paling best dpt nyinggah beli sate tuh...
ReplyDeletersa teringin lak sate kajang... tp mlm ni dh jnji nk msk sambal udang kt edy hehehhe... esok2 la mkn sate tuh
lama dah psg niat nk naik smpi kajang. tp diorg kata kat situ ramai beratur nk beli satay trs x jd niat tu hahahaa
ReplyDelete