Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...
Akhirnya Amy tewas jugak dengan godaan si Duck tu... heheh. Sebab utama Amy tertewas tu adalah kerana si Duck tu dah ada yang empat segi pulak. 3-4 kali nak order tapi bila part nak bayar hati Amy berbelah bagi tapi akhirnya Amy bayar jugak. Bukannya senang nak buat keputusan, tengok ajelah harganya. Kalau yang LE tu Amy mampu tengok ajelah.
Alhamdulillah berjaya tangkap satu, kalau lambat terus tak merasa. Hari Jumaat malam Amy order malam semalam diorang hantar. Amy ingatkan poslaju ataupun kenkawan dia tapi tak... tak sangka yang hantar tu perempuan dan dia bawa motor. Risau jugak menengoknya tau ajelah KL ni kalau dah memalam.
Inilah dia yang ada dalam kotak tu.
Berjaya jugak Amy 'menangkap' MSS Sq Froth ni.
Hari ni anak-anak balik paling awal pukul 4:30 petang, sempatlah Amy nak keluar. Bukan pergi jalan mana-mana pun cuma pergi opis En Hubby dan lunch dengan dia. Maklumlah sekarang ni dah ada MRT. Dari Stesen Maluri tu ke Stesen Pasar Seni 10 minit tambang RM1.10.
Tangga nak keluar ke Pasar Seni ni punyalah tinggi, walaupun dah separuh tapi tetap nampak tinggi lagi.
Sila abaikan muka orang baru balik berjalan ni ye... hahaha. Bedak dah abis, lipstik dah tak berapa ada... muka berminyak, bilalah muka ni nak licin.
Ni nak tayang tudung yang tak sempat basuh lagi dah pakai sebenarnya tauuu 😅.
Besar, mudah terbentuk dan senang nak pakai. Terpaksa bawah dagu tu pakai pin, Amy ni ganas sangat kalau pakai magnet pin belum keluar pintu lagi dah tercabut.
alahai bestnya kak amy! :D
ReplyDeletewah bestnya dapat ber duck. cantik kainnya
ReplyDeletewahhh dah rembat satuuuu
ReplyDeletewahhhhh duck tu...takpe belanja sekali sekala...kalau selalu mau pokai haha
ReplyDeleteharga duck mahal huhu mampu pkai mumuscarves si rabbit logonya
ReplyDelete