Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...
Seminggu kemudian orang tabletop datang lagi bawa tabletop yang dah siap berlubang.
Kalau tabletop yang dulu lagi panjang dari yang sekarang tapi boleh bawa masuk dalam lif sebab masa tu pendek-pendek dah bila nak pasang mereka polish sampai tak nampak kesan sambung tu.
Seminggu kemudian orang tabletop datang lagi bawa tabletop yang dah siap berlubang.
Kalau tabletop yang dulu lagi panjang dari yang sekarang tapi boleh bawa masuk dalam lif sebab masa tu pendek-pendek dah bila nak pasang mereka polish sampai tak nampak kesan sambung tu.
Tapi tabletop kali ni(quartz) tak boleh nak bawa pendek-pendek sebab walaupun dah polish tetap nampak sambungan. Kalau rumah yang tak pakai lif tu tak de masalah sebab dia bawa sekali panjang tak de potong-potong.
Rumah Amy kena guna lift, tak sanggup doh diorang nak panjat tangga 15 tingkat. Tabletop tu lebih dari 10 kaki jadi memang tak muat jadi kenalah potong sikit.
Ruang bawah singki. Belakang tu memang tak tutup.
Installer ni lotak aje dulu sinki, dapur dan oven tu dulu. Nanti orang lain pulak datang untuk siapkan kerja-kerja yang selebihnya.
Bila dah siap kitchen kabinetnya pening kepala pulak nak masukkan pinggan mangkuk. Dulu kat tempat lain skang dah tempat lain. 2-3 hari baru siap masukkan semua.
Tapi kan kenapa ek walaupun ruang dah lebih banyak tapi masih rasa macam tak cukup. Kalau dulu satu ruang campur-campur tapi sekarang kalau boleh satu ruang satu fungsi aje. Tu lah pasal tak cukup-cukup.
Yeayyyy dah siap kemas.
Ruang atas countertop tu dah pendek sikit berbanding dulu sebab dah letak oven. Dah 4-5 tahun beli baru sekarang oven tu ada baju. Kesian oven den.
Tempat sangkut-sangkut tu pakai aje yang lama tapi tempat pinggan tu kena beli yang lain sebab yang lama punya tak muat nak letak kat situ.
Nampaknya tema hitam putih ajelah dapur Amy. Kalau boleh nak letak kain yang kat lantai tu... lupalah nama dia, nak kaler hitam putih tapi kain yang ada tu pun ada 5-6 helai jadi jangan membazir pakai ajelah apa yang ada tu... kan.
Kaler dinding dan kaler kabinet memang memainkan peranan kan. Sebelum ni nampak malap dan kocik tapi sekarang nampak lapang dan boleh bernafas dah Amy kat situ.
Dapur Amy ni kabinet aje yang baru... eh singki, dapur dan hood pun baru 😅 tapi singki, kepala paip dan hood tu pakej, Amy tambah RM30 dari harga kabinet.
Barang-barang yang lain lama punya.
Pinggan mangkuk, blender, periuk, cerek air Amy beli masa Nasiim baby lagi, sebelum beli rumah KL ni. Yang lain beli sikit-sikit bila dah masuk rumah ni. Tak mampu nak beli sekali gus...heheh.
selalunya macam tu la..macam kitchen kabinet umah SA memang rasa x cukup padahal boleh je muat...tak tau la maybe SA jenis x organize person kot..hehehe...psstt...kaler kitchen kabinet kita lebih kurang sama....
ReplyDeleteini bukan rumah yg dekat pajam tu kan
ReplyDeletebukan, yang ni rumah yang duduk sekarang :)
Deletetantek nyerrrr CK dia.... suka sy kaler tu. nmpk kemas je... nmpk luas pun ya
ReplyDeletewahh,,cantiknya blog awak..follower pun ramai, saya y baru ni nk komen pun segan.hihi..salam kenal awak. moh ler ke blog saya http://cararesepi.blogspot.my/.Kalau tak kisah, masukkan lah blog saya lam senarai blog awak....huhuhu
ReplyDelete