Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...
Pagi Ahad lepas, lepas aje anak-anak habis mengaji kami pun cepat-cepat siap dan pergi ke Pajam. Tau ajelah jalan kat KL ni lambat sikit aje dah penuh dengan kereta. Kalau pagi-pagi kurang sikit.
Pagi Ahad lepas, lepas aje anak-anak habis mengaji kami pun cepat-cepat siap dan pergi ke Pajam. Tau ajelah jalan kat KL ni lambat sikit aje dah penuh dengan kereta. Kalau pagi-pagi kurang sikit.
Sampai aje tengok ada orang tengah buat kerja. Selalu Amy datang diorang ni tak ada.
Terpaksa naikkan tembok tu. Cer tengok tembok lama tu, senang aje orang nak panjat masuk. Kononnya nak buat sama aje tinggi tapi nampak peliklah pulak nanti, lastnya buat macam tangga.
Kenalah naikkan dua-dua belah.
Belakang pun Amy naikkan sikit supaya orang belakang tak nampak aktiviti Amy kat dapur nanti. Amy naikkan tembok tu aje, kalau jiran yang akan datang nak letak besi ke kayu ke atas tu lantaklah diorang. Kalau boleh nak tinggi lagi supaya boleh keluar kat belakang ni boleh tak pakai tudung tapi nanti macam dalam kurunganlah pulak + tak de angin pulak.
Pokok apa Amy pun tak tau... cantik pulak dia hidup. Amy tanam pokok kari tak besar-besar tapi pokok ni tetiba aje dah besar.
Dulu Amy tanam anak dia aje, sama tinggi ngan pokok yang bunga merah tu. Pokok pink ni dah tinggi tapi pokok bunga merah tu bantut pulak.
Bila orang Seri Pajam nak hantar penutup longkang Amy pun tak tau, bila tanya diorang kata dah order. Jiran sebelah tu yang dah duduk bertahun-tahun sampai dah buat penutup longkang sendiri.
dah ramai ke sis yg pindah ke situ?
ReplyDeletecantik rumahnya, mesti semangat nak pindah masuk
ReplyDeletetak sabar nk tgk bila dh siap sepenuhnya kak
ReplyDeleteBagus tu klu ada tanah bole cucuk tanam sayur kn .mcm pokok cili serai pandan ke.hehe..kalau ena la.. xpyh beli luar dah..
ReplyDeleterasanya ada satu blogger pun selalu tulis pasal seri pajam..dia duduk situ.
ReplyDeletekita link blog awak jugak..nak baca pasal kitchen kabinet u n others.. :D