Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...
Tiga minggu dah sekolah bermula tapi baru semalam baru nak pergi mencari baju untuk unit beruniform Nasiim. Kalau satu jenis aje tak pe jugak ni 2. Satu yang macam kemeja kaler putih tu satu lagi baju t-shirt yang merah.
Nasib baik kena beli untuk anak seorang aje kalau semua, nanggis. Nak pinjam Faris punya, Faris pun masih pakai lagi baju dia lagi pun baju Faris besar Nasiim ni kecik aje orangnya.
Amy tak ingat dah nama sekarang ni, BSMM ke apa nama baru PBSM tu. Punyalah banyak nak kena beli sampai RM180 lebih seorang. Nasib baik duit dalam beg tu ngam-gam aje.
Dah keluar kedai barulah Nasiim teringat yang topi tak beli... adehhh. Kebetulan setiap Isnin ketiga kena pakai baju unit beruniform lengkap. Tak de topi tak lengkap lah kan tapi nasib baik sekolah beri kelonggaran bulan pertama ni boleh pakai baju PJ.
Nasiim dah bersemangat nak pakai hari ni tapi topi tak de. Amy cakap dengan dia kalau dia nak pakai jugak kalau cikgu tanya nanti cakap "mama saya tak cukup duit nak beli topilah, cikgu".... hahaha, terus tak jadi nak pakai.
Baju Faris dul butang dah siap-siap kat baju. Yang ni butang pun kena beli dah tu mahal pulak tu. Amy pulak tak kira butang tu, rasanya penjual tu kata ada 10 biji tapi bila sampai rumah ada 9 aje.
Puaslah membelek, macam mana nak pasang butang ni. Satu lubang kecik satu lubang besar. Sampai kena tengok youtube cara-cara nak pasang butang tu... adehhh.
Kalau jahit terus kan senang. Nanti nak basuh nak kena buka balik, pasang buka pasang buka lama-lama ada jugak yang hilang.
dulu dana pun pbsm kak, unipom nya mmg agak mahal pastu ngn segala butang2 tuh mmg renyah... tp dh nama minat kan... pakai tshirt je rasa tak syok hehehhe
ReplyDeletebanyak pulak ye baju kne beli... kopak.. hahhaa
ReplyDeleteagaknya kalu lengkap semuanya lbh kot rm200 kan? waduhhhh zaman skrg...
ReplyDeleteAcik, macam mana nak pasang butang tuuuðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
ReplyDelete