Rumah Pajam : Langsir Dan Motor.

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera ....

Post kali ni agak panjang sebab Amy satukan dari mula hingga akhir cerita. 

Sebelum ni Amy ada citer pasal Amy jahit sendiri langsir rumah Pajam tapi Amy hanya berjaya jahit langsir untuk tingkat bawah dan sliding door ruang family kat atas. Semuanya 4 tingkap dan 3 sliding door. Dapur pakai blind yang dibeli dari Ikea dan bilik belakang memang dah ada langsir.


Atas ada 4 lagi tingkap yang belum berlangsir. Yang mematahkan semangat Amy tu ialah tingkap bilik Amy. Punyalah tinggi tingkap tu ... berapa meter nak kena beli, kalau salah kira nanti 'senteng'(singkat) pulak langsir tu. Nak potong nak jahit ... punyalah panjang, tak mampu den. 

Pastu nak kena pikir sapa nak panjat kalau nak pasang atau nak turunkan langsir tu nanti.

beli tempah pasang langsir dan motor

Bulan Oktober tahun lepas, kami ke Homedex lagi buat kali kedua tahun tu. Kononnya nak mencari kipas. Kipas rumah KL ni dah lama buat perangai. Bila lalu kat booth langsir In Curtain, En Hubby terus berkenan dengan motor langsir yang boleh turun naik tu. Inilah namanya lain yang dicari lain yang jumpa.

beli tempah pasang langsir dan motor

William Yap dari In Curtain, Jln Ipoh Kuala Lumpur. Kalau ada yang berminat bolehlah hubungi dia, 010-246 9700.

Ehhhh iklan tak berbayar pulak... heheh. Amy promote sebab kerja dia sangat efisen berbanding dengan orang yang buat tembok dan orang yang buat kitchen cabinet untuk rumah Pajam tu. Memang puas hati dengan kerja dia.

beli tempah pasang langsir dan motor

Akhirnya ... disebabkan dah tak kuasa, dah menyampah nak mencari dan menjahit langsir Amy tempah aje langsir tu. Amy bukannya kenal jenis-jenis kain ni, yang Amy tau kain langsir ni adik beradik Acacia. 


Rumah Pajam : Langsir Dan Motor.

Dinding rumah Amy ni keras sangat. Drill En hubby tu tak mampu nak buat kerja jadi suruh diorang pasangkan blind dapur tu sekali. 
Dah alang-alang pasang langsir kat atas kami suruh sekali diorang pasangkan rel langsir kat bawah. Senang tapi duit lah yang terkorban.

Boleh pengsan En Hubby kalau dia pasang sendiri satu rumah tu. Bawah aje dah 7 tingkap 3 sliding door atas pulak 2 sliding door 5 tingkap. Nak membelinya satu hal, nak mendril pun dia sorang aje. Amy tolong tengok... heheh

Ikutkan hati nak beli jenis rod tapi duit dalam poket hanya boleh beli jenis rel aje. 

beli tempah pasang langsir dan motor

Langsir yang Amy jahit.
Semua orang kena tolong cucuk besi, Nasiim aje yang terlepas. En Hubby kata ... baru dia ingat kenapa masa dia kecik-kecik dulu tak suka kalau kena pasang langsir. 
Anak-anak soleh tu memula aje excited lepas tu mulalah bising. Diorang tak tahu tu yang mamanya pun masa kecik paling pantang kalau kena suruh cucuk besi langsir ....😂.


beli tempah pasang langsir dan motor

Nak ikutkan seminggu dah siap tapi nak kena tunggu kami free baru boleh ke sana jadi 2 minggu siap pasang.


beli tempah pasang langsir dan motor

Langsir bilik Irfan tapi orang lain yang jadi modelnya. Masa ni day curtain belum pasang lagi.

beli tempah pasang langsir dan motor

Bilik Faris dan Nasiim.
 Bilik ni ada 2 tingkap. Langsir putih jarang tu Amy beli kat Ikea RM30 sepasang, senang dah siap jahit tinggal jahitkan kain keras untuk cucuk besi tu aje kat atas. 


beli tempah pasang langsir dan motor

Dari tengah hari sampai ke malam diorang buat kerja. Tingkap yang satu ni susah sikit nak setkan motornya.

beli tempah pasang langsir dan motor

Pembantu dah penat William pulak yang naik.
Sampai pukul 9 malam tak siap lagi sambung lagi 3-4 hari kemudian.

beli tempah pasang langsir dan motor

Tadaaaa... dah siap langsirnya.


beli tempah pasang langsir dan motor

Biasalah ... model ni memang sentiasa ada aje.

Comments

  1. Cantik nya langsir2 rumah Amy tuh. Rase sejuk jer mata tengok.

    ReplyDelete
  2. tingginyaaaaa... nnt nk tukar langsir tu mcm mn? ada ke yg sudi nk tlg panjat and psangkan nnt? ;-)

    ReplyDelete

Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)