Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...
Entah macam mana tahun ni boleh terlupa yang Faris dah kena buat kad pengenalan (MyKad). Tarikh lahir memang ingat, siap belanja dia makan lagi tapi lupa yang dia dah kena buat kad pengenalan tahun ni... adehhhh.
4-5 hari sebelum kami pergi menunaikan Umrah baru teringat tapi tak berkesempatan nak pergi buat. Hari Isnin lepas baru teringat balik yang kad pengenalan dia tak buat lagi... rasa nak tepuk dahi aje.
Pagi Selasa kami bergi UTC Pudu, pintu belum buka lagi barisan dah panjang, nasib baik dapat no 21.
Sepatutnya kena buat kad pengenalan (mykad) 12 tahun tu dalam temph 30 hari dari tarikh lahir tapi Faris dah terlebih banyak jadi kenalah bayar denda RM10.
Pagi pergi naik MRT turun stesen Merdeka tapi balik malas nak jalan jauh, kami naik LRT aje kat Stesen Plaza Rakyat tu.
Sepatutnya hari Rabu kena pergi ambik kad pengenalan tapi malas nak keluar punya pasal hari khamis (semalam) baru pergi ambik.
Kejap aje menunggu tak sampai 15 minit pun. Amy masukkan RM20 untuk TnG kat stesen LRT. Suka dia sebab mykad dia boleh pakai untuk TnG.
Balik tu baru pukul 9 pagi, tak sarapan lagi perut pun dah lapar jadi ambik MRT sebab nak menyinggah Ikea.
MRT ke Kajang kosong, dapatlah anak bertuah tu peluang berdiri kat depan sekali. Si Irfan tak ikut sebab dia ada projek berkumpulan KH.
Eh... dah ada jalan nak ke Ikea.
Lama dah tak pergi Ikea naik train. Sebelum ni kena seberang jalan, agak bahaya jugak sebab kereta banyak.
Agak jauh kena berjalan berbanding seberang jalan kat luar. Kena masuk MyTown dulu, naik tangga tawaf MyTown baru boleh sampai Ikea.
Kalau tak bawa anak memang Amy tak akan ikut jalan ni, jauh. Belum tawaf Ikea lagi dah penat.
Selalu kalau masuk Ikea tak pernah meja-meja tu kosong tapi pagi ni lenggang. Tak payah cari meja dulu baru beli makan.
Konon nak beli mihun RM1 tu tapi bila dah nampak roti telur terus tak jadi. Konon nak beli roti dan air aje tapi ... heheh.
Jam plastik yang RM3-4 dulu tu dah tak de, ganti jam yang ni RM6 lebih. Cantik jugak tapi kocik.
p/s: tak bw lagi, lambat sikit ye...
hehehhe... punyalah lama tamat tempaoh bt maykad sampai kene denda ye kak hehehhe...
ReplyDeletebestnya jln2 ikea ngn anak2 kak, dhtu lenggang pulak tu... musim cuti org2 lbh suka cuti2 ke luar kl... itu yg lenggang tuh ikea nya....
best betul
kalau dah menyinggah ikea tu fhm2 je laa mesti rembat 1-2 brg kan? hehehe
ReplyDelete