Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...
Waktu pagilah waktu yang paling kurang kerajinan Amy nak masuk dapur tapi nak buat camner kena masuk jugak... heheh.
Cheese grill ni salah satu kegemaran Irfan dan faris, Nasiim tak berminat. Si Nasiim tu Amy kena buat roti tampal telor untuk dia.
Yang bagusnya cheese grill senang dan cepat nak sediakan dia. Lagi cepat dari buat roti salut telor tu. Yang penting semua bahan dekat dengan kuali.
Bahannya:
2 keping roti
sekeping cheese - Amy guna chesdale
Butter atau magerin - Amy guna buttercup dalam tin.
Caranya:
1.Sapukan magerin atau butter pada roti - satu bahagian sahaja pada setiap keping.
2. Api kecil
3. Letakkan roti yang pertama di dalam kuali - bahagian yang disapu butter dibawah.
4. Letakkan cheese di atasnya.
5. Letakkan kepingan roti kedua diatasnya cheese - bahagian yang disapu butter dibahagian atas.
6. Agak-gak bahagian bawah dah keperangan, terbalikkan roti tu.
-Amy suka tekan-tekan supaya cheese tu cepat cair kat dalam tu... heheh.
7. Angkat bila kedua belah dah perang.
Anak-anak Amy memang suka makan masa cheese dia cair, bertali-tali macam pizza.
Kalau ada yang suka tambah bahan-bahan lain kat tengah tu pun boleh jugak tapi Amy ni buat yang cepat siap aje... heheh.
okey esok sy dtg bersarapan sekali hahahah
ReplyDeletesodap nih kak, tp tak blh mkn banyak... muak
ReplyDeletenyummm. sedapnya
ReplyDeleteyummy! sedapnya. Bebudak suka sangat lah kalau ada cheese ni. Hehehe
ReplyDeletesiapa yang hantu cheese suka la ni hahaha
ReplyDeleteboleh try lah nanti
ReplyDeleteSedapnya.. Sha suka buat macam nie.. kenyang makan..
ReplyDelete