Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...
Sekadar perkongsian dari group WA kumpulan Soal Jawab Agama. Amy 'kopipes' mungkin ianya info yang berguna bagi kita.
HUKUM MEMBUNUH SEMUT
Terdapat empat jenis haiwan melata yang dilarang oleh Nabi sollallahu alaihi wa sallam untuk membunuhnya. Berdasarkan riwayat tersebut di antaranya adalah semut iaitu;
عن ابنِ عَبَّاسٍ ، قالَ; "إِنَّ النَّبيَّ صلى الله عليه وسلّم نَهَى عنْ قَتْلِ أَرْبَعٍ مِنَ الدَّوَابَ: النَّمْلَةُ، وَالنَّحْلَةُ وَالْهُدْهُدُ وَالصُّرَدُ".
Diriwayatkan daripada Ibn Abbas radhiallahu anhuma, beliau berkata : "Sesungguhnya Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam telah melarang membunuh empat jenis haiwan yang melata, iaitu semut, lebah, burung Hudhud, dan burung Surad".(Abu Daud, No. 5262)
Menurut al-Damiri, al-Baghawi, dan al-Khattabi, semut yang dimaksud dalam hadis itu adalah semut besar dan tubuhnya agak panjang yang biasa berada pada sisa-sisa peninggalan runtuhan. Semut jenis ini dikenali dengan nama "نمل سليماني " (Naml Sulaimani).
Justeru, menurut qaul muktamad, hukum membunuhnya adalah haram kerana semut ini tidak terlalu mengganggu manusia. Namun, jika ia terlalu mengganggu, maka ketika itu harus membunuhnya. Hal ini berbeza dengan semut kecil yang menjadi makhluk perosak bagi manusia, maka hukum membunuhnya adalah harus.
Walaubagaimanapun, ia tidak harus dibunuh dengan cara membakarnya melainkan jika hal demikian hanya satu-satunya cara untuk membasminya. Maka ketika itu harus membakarnya. Berdasarkan sabda Rasulullah sollallahu alaihi wa sallam;
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّ نَمْلَةً قَرَصَتْ نَبِيًّا مِنْ الْأَنْبِيَاءِ فَأَمَرَ بِقَرْيَةِ النَّمْلِ فَأُحْرِقَتْ فَأَوْحَى اللَّهُ إِلَيْهِ أَفِي أَنْ قَرَصَتْكَ نَمْلَةٌ أَهْلَكْتَ أُمَّةً مِنْ الْأُمَمِ تُسَبِّحُ
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah sollallahu alaihi wa sallam bersabda: "Seekor semut menggigit seorang Nabi di antara nabi-nabi, lalu Nabi tersebut menyuruh membakar sarang semut itu, lalu dibakarlah. Kemudian Allah Subhanahu Wa Taala mewahyukan kepadanya: "Apakah kerana seekor semut yang menggigitmu, lalu engkau musnahkan suatu umat yang selalu membaca tasbih."(Muslim, no.4157 )
Justeru, hukum ini adalah sama dengan hukum serangga-serangga lain yang boleh mengganggu kehidupan manusia.
اليسع
Wallahu A'lam.
Rujukan;
- 'Aun al-Ma'bud
- Hasyiah al-Bujairimi 'ala Syarh al-Manhaj
- Bughyah al-Mustarsyidin
Terima kasih amy untuk perkongsian ini..
ReplyDeleteGut info amy.. 😉
ReplyDeleteapa lah salah semut pd kita smpi kita mahu bertindak kejam ke atas nya selagi ia tidak menyusahkan kita
ReplyDelete