hilmirdadaud.blogspot.my

Resepi Biskut Coklat Cip Soft Dan Chewy

| On
April 06, 2018
Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Hari Selasa yang lepas Amy cuba satu lagi resepi biskut coklat cip yang baru. Tekak Amy tak puas dengan biskut Ultimate tu. Nak cari penganti resepi chewy chocolate ala sunway tu.


Resepi Biskut Coklat Cip Soft Dan Chewy

Tak jauh pergi pun, kat blog bettycrocker tu jugak... heheh.

Resepi lain biskut coklat cip sedap

bettycrocker
Tukang rating tak sebanyak Ultimate chocolate chip cookies tu tapi komen boleh tahan laaa.

Resepi ni dapat banyak. Lebih 50 keping, Amy simpan dalam 2 bekas. Kalau yang nak makan sikit aje bolehlah di separuhkan atau di sukukan resepi ni.

Ada komen yang kata kemanisan biskut ni ok, anak-anak Amy pun kata ok tapi bagi Amy masih lagi manis. Mungkin sebab coklat chip tu dah manis dan agak banyak Amy letak dalam tu. Tapi kalau makan yang tak de coklat chip dia rasa ok.

Biskut ni Amy suka dibakar 13 minit. Rasanya crunchy kat tepi tapi kat tengah tak chewy gooey sangat... sikit lah. Bagi Amy Amy suka resepi ni tapi kalau nak rasa tebal dan chew gooey banyak sikit kena pakai resepi ala subway tu.

Bagi yang suka biskut yang macam biskut raya. Boleh bakar lama sikit supaya dia crunchy semua tempat tapi yang pulak sampai legam.. heheh. 

Adik ipar Amy tak suka biskut chewy gooey ni dia lagi suka yang macam biskut raya tu.


Resepi Biskut Coklat Cip Soft Dan Chewy

Resepi Soft & Chewy Chocolate chip Cookies
BettyCrocker.com


Bahan-Bahannya :-

1 1/4
cwn gula
1 1/4
cwn gula perang
1 1/2
butter @ magerin (375g) - Amy guna SCS Salted
2
sk esen vanila
3
telor saiz A - Amy pakai saiz L
4 1/4
cwn tepung
2
sk baking soda
1/2
sk garam - Amy tak letak
2-4
cwn semisweet coklat cip - Amy letak 3 cwn


Steps.

1. Panaskan oven - Oven Amy 180c.
2. Ayakkan tepung, baking soda dan garam.
3. Pukul butter dan gula sehingga ringan dan gebu, tapi janganlah sampai macam nak buat kek pulak.
4. Masukkan telor dan esen vanila, pukul lagi sehingga sebati.
5. Masukkan tepung, gaulkan
6. Masukkan coklat chip. Gaulkan.

-jangan lama sangat gaulkan coklat cip tu nanti coklat pulak adunan tu.

7. Letakkan dalam dulang pembakar.
8. Resepi asal kena bakar 8-10 minit tapi Amy lamakan sikit sebab biskut Amy besar.
9. Biar kan 1-2 minit dalam dulang sebelum pindah ke redai. Dia akan keras bila dah lama sikit.



Resepi Biskut Coklat Cip Soft Dan Chewy

Suka hatilah nak pakai skop ais krim tu ke nak bulat-bulat pakai tangan ke ... Amy cekup-cekup aje.

Saiz pun ikut suka tapi kena jauhkan jaraknya.


Resepi Biskut Coklat Cip Soft Dan Chewy

Dah masak...

Memula Amy cuba bakar 11 minit, 1-2 jam pertama dia ok tapi bila dah sejuk dah tak berapa. Tengahnya masak tapi rasa macam tak masak.

Kemudian Amy bakar 13 minit, barulah ok.


Resepi Biskut Coklat Cip Soft Dan Chewy

Selamat Mencuba.
5 comments on "Resepi Biskut Coklat Cip Soft Dan Chewy"
  1. sedapnyaaa.. aduii kite je yg malas nak buat hahaha

    ReplyDelete
  2. ok yg ni pn sy nk... 3 balang ikea😆😆😆

    ReplyDelete
  3. ni sekut mcm yg kt subway kan kak? sedapnya....
    nk oder sebekas dua kt akak la hehehhe

    ReplyDelete
  4. Wah! pasti sedap n ranggup kan?

    Jom sertai giveaway yg sdg berlangsung di blog Abam Kie? Terima kasih.

    http://www.zukidin.com/2018/04/spm-result-giveaway.html

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)